Saturday, May 1, 2010

SELUHUR BUDI GURU

SELUHUR BUDI GURU

Penyusun: Azman Ahmad
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tahun: 2006

Seluhur Budi Guru merupakan koleksi kisah menarik dari guru-guru Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Johor. Gaya bahasa yang mudah, menarik dan santai. Cerita-cerita yang dipaparkan menjadi inspirasi untuk bakal seorang guru untuk mengutip pengalaman untuk dijadikan pedoman dalam mendidik anak bangsa. Antara cerita yang menarik ialah paparan kisah seperti yang tertera di kulit belakang buku iaitu kisah seluhur budi guru (m/s 123), karangan Rohaidah Sullaiman Mulianya seorang guru kerana sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitulah budi yang di tabur Cikgu Hassan kepada Aida menyebabkan semangat belajar Aida semakin meningkat dan Aida bercita-cita untuk menggenggam segulung Ijazah kedoktoran. Menariknya cerita ini, ia mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam pewarisan harta semasa kita masih hidup. Disebabkan harta, Cikgu Hassan telah disisihkan oleh anak-anaknya apabila mewariskan hartanya kepada anak semasa masih hidup. Akhirnya, Dr. Aida membalas budi gurunya dengan mempelawa Cikgu Hassan tinggal bersamanya.
Selain itu, kisah Budi Cikgu Mohammad karangan Mashith Hayati Hj. Ahmad (m/s 52) merupakan kisah seorang guru yang dermawan dan sanggup membantu anak muridnya yang dalam kesusahan. Cikgu Mohamad membantu anak muridnya Hayati yang kematian ayah (kawan karib cikgu Mohamad) dengan memberi belanja makan setiap hari.

Walaubagaimanapun, Hayati tidak sempat untuk membalas budi baik gurunya apabila gurunya meninggal dunia akibat serangan jantung. Namun Hayati masih mengingati pesanan Cikgu Mohammad iaitu Hayati boleh membayar hutang dengan membaca Al-Fatihah apabila Cikgu Mohamad sudah tiada….Al-Fatihah buat Cikgu Mohamad.

Cikgu Yusof penyiasat (Anuar Daud) m/s 38 merupakan kisah kebijaksanaan seorang guru merangkap pengetua sekolah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajarnya. Kisah bermula apabila Cikgu Halim membawa pelajar bernama Sivam untuk diadili dihadapan pengetua atas tuduhan mencuri duit RM 100. Penyiasatan ini berakhir apabila Cikgu Yusof dapat menyelesaikan masalah disiplin lain pelajarnya seperti Budin dan Mei Lin. Inilah sikap yang perlu ada pada seorang guru iaitu bijaksana dalam melakukan penyiasatan dan menyelesaikan masalah dengan adil.
Keseluruhannya buku ini amat menarik untuk dibaca oleh bakal guru, pelajar, ibu bapa dan sesiapa yang ingin menambah ilmu pengetahuan. Untuk mendapatkan banyak lagi cerita menarik perjuangan seorang guru boleh dapatkan buku ini di pasaran atau perpustakaan….Buku ini dipinjam dari Perpustakaan Desa Kg. Chuah, Port Dickson.

No comments:

Post a Comment