Wednesday, April 27, 2011

Hijau



Terima kasih kepada pengunjung setia blogku ini....pelajar-pelajarku, Rohan, Jasmin, Nabihah..Mohon maaf kerana kesibukan cikgu sekarang ini untuk menyiapkan kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun (Geografi) Tingkatan 1.

Hayatilah "Hijau" khas buat kamu semua...Semoga ada manfaatnya..

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku. (Ini biasanya guru Bahasa Melayu @ Bahasa Inggeris
Kalau aku guru geografi, mengajar 8 kelas....erm lebih kurang 560 buah juga aku kena tanda)

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah seperti Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah, Sukan Tahunan, Merentas Desa

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pula - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi, Buku Pemantauan / salah laku murid, Buku catatan relief guru, Buku tugasan mingguan, Laporan mingguan, Laporan keceriaan, Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan, Buku Kokurikulum murid, Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

Sumber: Jimmy Rose

Friday, April 22, 2011

Penebangan Pokok



Apabila seseorang menebang pokok, kemudian pokok itu jatuh kedalam sungai dan mengubah laluan sungai serta menyebabkan banjir dikawasan pembinaan dan menyebabkan batu besar itu jatuh kekawasan pembinaan jalan raya dimana memusnahkan kenderaan serta menyebabkan tumpuhan minyak dan menolak itik dan anjing laut ke antartika, menyebabkan banjir serta tsunami dan kemudian menjatuhkan pokok lagi dan seterusnya haiwan dan akhir sekali manusia.....

Ini merupakan ABM yang pernah aku gunakan semasa menjadi guru pelatih. Sangat menarik video ini, mengenai penebangan pokok dan akhirnya mangsa adalah manusia juga.

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Surah Ar-Rum (30:41)

Thursday, April 21, 2011

LARIAN MAHKOTA 2011

Aktiviti: LARIAN MAHKOTA 2011
Tempat: SMK KB
Masa: 7.30 pagi



Pelajar berkumpul di padang

Wajah-wajah ceria pelajarku, 1 RK 1...teruskan usaha untuk berjaya


Pelajar berkumpul mengikut kelas


Sekali sekala Senam Aerobik bagus juga, "Badan sihat, Minda cergas"


Alahai, kesianya pelajar, nak buat senam aerobik pun tak cukup ruang


Pelajar dikumpulkan mengikut rumah sukan masing-masing


Berkibar megah Jalur Gemilang sepanjang larian mahkota ini


Ini berlari ke jalan santai je ni...


Kawalan guru di "checkpoint" untuk memastikan keselamatan pelajar


Pelajar dikumpulkan sekali lagi untuk penyampaian hadiah...


Tahniah kepada rumah sukan kuning, juara keseluruhan Larian Mahkota, 2011


Kesian pokok ini, menjadi mangsa pijak pelajar...Berlari-lari juga, keindahan alam sekitar harus dipelihara..

Tuesday, April 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMK KB

Aktiviti: Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Tempat: SMK KB
Masa: 8.30 pagi


Ini adalah sepanduk kelasku....Walaupun pelajarku terlewat daripada kelas lain untuk menghasilkan sepanduk, tapi hasilnya sangat mengkagumkan.....Tahniah Aini Afzida dan pelajar lain yang terlibat.


Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah




Makan nasi ambeng....erm, sedapnya makan dalam dulang bersama kawan-kawan

Monday, April 18, 2011

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain-Kampuchea






Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea:
1) Tonle Sap di Kampuchea dikenali sebagai tasik besar merupakan sebuah tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara dan keempat di dunia.
2) Pada musim kering, aktiviti menangkap ikan dijalankan oleh petani secara sambilan.
3) Tonle Sap juga menjadi destinasi para pelancong yang menaiki bot melalui Sungai Mekong.
4) Kegiatan menangkap ikan air tawar adalah kegiatan ekonomi utama penduduk.

Perbandingan dengan Tasik di Malaysia:
1) Kegiatan perikanan ikan air tawar di Malaysia dijalankan di Tasik Bera, Tasik Chini dan Tasik Kenyir.
2) Menjadi pusat rekreasi dan kawasan pelancongan. Contoh Tasik Chini dan Tasik Bera
3) Tasik di Empangan Pedu dan Empangan Muda digunakan uktuk mengairi kawasan sawah padi
4) Membekalkan air ke rumah dan kilang. Contoh: Tasik Kenyir, Terengganu

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain-Thailand






Kepentingan sungai di Thailand:

1) Sungai-sungai digunakan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu jati dan padi.
2) Kegiatan perdagangan di atas perahu dijalankan di terusan yang dinamakan ‘pasar apung’.
3) Jaringan terusan menghubungkan cawangan Menam Chao Phraya di kenali sebagai “klong”.
4) Bandar raya Bangkok di kenali sebagai “Venice Timur”.

Kepentingan sungai di Malaysia:

1) Pengangkutan sungai penting di Sungai Rajang (Sarawak) dan digunakan untuk mengangkut penduduk dan hasil ekonomi.
2) Sungai Kinabatangan (Sabah) digunakan untuk mengangkut kayu balak.
3) Membentuk dataran aluvium yang sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Delta Rajang.
4) Sungai yang beraliran deras diempang untuk menjana kuasa hidroelektrik seperti Empangan Bhumibol (Thailand) & Empangan Kenyir (Malaysia).

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain-Pulau Jawa






Kegiatan utama di cerun bukit Pulau Jawa ialah :

1)Kekurangan tanah pamah memaksa petani bercucuk tanam di cerun bukit.
2)Pulau Jawa dilitupi tanih lava bes yang subur di cerun-cerun bukit yang menggalakkan penanaman padi berteres. Contoh: Selatan Surabaya.
3)Menggunakan kaedah peneresan kerana kekurangan tanah dan mengelakkan hakisan

Kegiatan utama di tanah tinggi di Malaysia ialah :

1)Kawasan pertanian tanah tinggi Cameron disaliri dengan sistem perpaipan dan tanihnya disuburi menggunakan baja kimia bukan daripada lava bes gunung berapi.
2)Penting untuk pelancongan dan pertanian seperti di Tanah Tinggi Cameron Highlands.
3)Pusat penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan untuk pasaran tempatan dan eksport.
4)Penanaman kelapa sawit dan getah di cerun bukit bertanih laterit

Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Negara-negara Lain-Switzerland






Kegiatan pelancongan utama di Switzerland ialah :
1) Kemuncak bersalji untuk aktiviti meluncur ais (salji), contohnya Puncak
Matterhorn, Pergunungan Gstaad dan Zermatt.
2) Menikmati permandangan bentuk muka bumi glasier (musim panas sederhana sejuk. Contohnya Perkampungan Zermatt
3) Aktiviti mendaki gunung. Contoh Gunung Zermatt
4) Pusat Peranginan kesihatan di St. Moritz dan Arosa kerana empunyai mata air panas
5) Menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine
6) Tapak perkhemahan dan berperahu di Interlaken (Tasik Brienz dan Tasik Thun)
7) Aktiviti mendaki gunung seperti Gunung Matterhorn dan dan berekreasi di kawasan air terjun seperti Staubbach Falls
8) Kemudahan kereta Kabel di Gunung Titlis

Kegiatan utama di tanah tinggi di Malaysia ialah :
1) Mempunyai pelbagai persamaan kepentingan tanah tinggi di Switzerland.
Namun, tanah tinggi di Malaysia tidak diliputi salji.
2) Udara yang nyaman. Contoh Tanah Tinggi Cameron dan Genting, Pahang
3) Melawat kawasan penanaman teh, bunga dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron,
Pahang dan Kundasang, Sabah
4) Aktiviti mendaki gunung seperti Gunung Kinabalu dan dan berekreasi di kawasan air terjun di Air Terjun Parit, Tanah Tinggi Cameron
5) Kemudahan kereta kabel di Tanah Tinggi Genting dan kereta api di Bukit Bendera