Sunday, April 29, 2012

Muar oh Muar...

26 April 2012 (Khamis)

Selepas berhempas-pulas selama dua hari menantikan detik-detik Ujian yang mendebarkan, kebanyakkan nota-nota dan soalan yang kami ulang kaji disoal dalam ujian, cuma apabila menggunakan teknik hafalan menyebabkan ada fakta yang tak teringat semasa menjawab soalan... Oleh itu, dinasihatkan rakan-rakan sekalian baca dan cuba fahamkan lah apa yang dibaca ye...

Seusai 'check-out' daripada hotel, inilah masanya untuk menjelajah bandar Muar. Kebanyakkan bangunan di bandar Muar bercirikan seni bina era tahun 80an kerana ada bangunan yang berhadapan hotel penginapan kami tertera tahun 1986. Seusia dengan kami plak...

Tempat pertama kami tuju ialah ke tanah perkuburan bersebelahan SM Sains di Bakri. Sahabatku, Ayu ingin membaca Al-Fatihah kepada insan yang pernah bertahkta dihatinya. Apakan daya Allah lebih menyangi arwahyarham. Aku dan Haja hanya menanti di dalam kereta bersebelahan dengan tanah perkuburan.

Jalan di bandar Muar ini sehala. Jadi berhati-hatilah semasa memandu kereta ye. Kami melintasi semula jambatan yang merentangi sungai Muar iaitu sungai yang terpanjang di Johor.  Di sekitarnya, tersergam bangunan yang menunjukkan perubahan zaman dari era penjajah hingga kini. 

Sungai Muar, 
Engkau menyimpan seribu rahsia anak bangsa,
Sungaimu mengalir lesu menuju ke muara,
Membawa beribu kelodak yang memudarkan warnamu
Angkara tangan manusia tidak bertimbang rasa...
Namun, engkau tetap mengalir menyumbang jasa kepada bangsa...

Bersajak pula... Perut pun mula rasa lapar. Kalau datang Muar, rugi kalau tak makan Mee Bandung dan asam pedas. Kawan serumahku mencadangkan kami menikmati makanan ini di Tanjung Emas. Sedap juga makan Mee bandung Muar ni bersama ABC. Sebagai buah tangan kami membeli perencah mee bandung Mak Pon..
 
Suasana di sekitar Tanjung Emas. Lokomotif yang terdapat di Tanjung Emas dipercayai tertua di Malaysia.

 Bangunan antik yang terdapat di Dataran Tanjung Emas yang merupakan lokasi karnival di bandar Muar


Lepas makan, solat dan berehat sekejap di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di bawah ini gambar disekitar Masjid ...

Foto di dalam masjid. Mimbar dan lampu yang tergantung memaparkan kesenian zaman lampau

 Tempat yang indah untuk bersantai. Kolam air pancut mengindahkan lagi suasana dipersekitraran masjid

 Peninggalan sejarah harus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang



Hari Tapir Sedunia... 27 April. Tapir Semakin Pupus

 PEMUSNAHAN habitat adalah antara faktor menyebabkan kepupusan tapir.

KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

Sehubungan itu, Zoo Negara mengambil inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu.

Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix berkata, kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu adalah penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya.

Menurutnya, terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.

"Bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan," katanya ketika ditemui di Zoo Negara, dekat sini hari ini.

Muhammad Danial berkata, menerusi program yang diadakan sempena sambutan tersebut, pengunjung terutamanya golongan muda sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat menarik mengenai haiwan itu.

Katanya, sambutan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran tapir, sesi memberi makan, dan ceramah mengenai ekosistem haiwan tersebut.

"Kami di Zoo Negara memandang serius mengenai kebajikan haiwan terutamanya spesies yang hampir pupus.

"Usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai cabaran seperti tahap pemikiran, keadaan persekitaran dan sebagainya," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Induksi Muar...

24 -26 April 2012 ( Selasa - Khamis)

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Bandar Muar dan dikenali juga sebagai Bandar Maharani yang kini diisytiharkan sebagai Bandar Diraja untuk negeri Johor.
Kursus induksi yang aku hadiri ini merupakan Kursus Induksi SSM Modul Khusus iaitu untuk para pendidik yang berbakti di negeri Johor. Slot ceramah lebih kepada KPM dan peningkatan Profesional Keguruan. Modul Umum berkaitan dengan perkidmatan awam perlu dibaca sendiri ye...CD sudah dibekalkan semasa taklimat Induksi di Batu Pahat, sebulan yang lalu.

Penceramahnya memang terbaik walaupun ada sesi ceramah selepas makan tengah hari tapi kami semua enjoy ceramah dan tidak ada yang tidur semasa ceramah... Terkesan juga dengan satu soalan penceramah..

 "Keluarkan secebis kertas dan tulis kenapa anda menjadi guru". Kemudian penceramah itu secara rawak memilih peserta untuk membacakanya..

Ada yang mengajar kerana minat, ada yang kena paksa dan ada juga yang jadi guru kerana berjaya mengisi borang. Apapun kita semua ditakdirkan menjadi seorang guru. Mungkin yang dipaksa lama-kelamaan akan jatuh cinta dengan kerjaya ini tapi kalau tidak berminat jugak eloklah berhenti kerana

" Seorang doktor yang melakukan kesilapan hanya merosakkan seseorang sahaja tapi kalau guru yang melakukan kesilapan akan merosakkan satu generasi..."

Seronok sangat Kursus Induksi dengar ceramah, buat aktiviti berkumpulan (study), makan dan minum di Hotel Pelangi. Huh... Rasa macam duduk Cameron Highlands je, sejuk sangat... Tapi makanan dan kemudahan hotel amat memuaskan hati. Kadangkala stress juga fikir pasal peperiksaan di hari akhir kursus..

Masih aku teringat bacaan doa oleh seseorang ustaz yang bacaan doanya sangat sayu dan mendayu-dayu memohon rahmat dan perkenan Allah s.w.t.

Terima kasih kepada penghulu yang mengambil inisiatif untuk menolong 'photostat' soalan-soalan Ujian Induksi tahun-tahun lepas. Terima kasih juga kepada para peserta yang menyumbang bahan photostat... Semoga kita semua lulus dengan jayanya dalam Induksi ini...
 
 Antara peserta kursus Induksi di Hotel Pelangi. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain...

Saturday, April 28, 2012

Bola Keranjang

21 April 2012 (Sabtu)

Sabtu yang lepas merupakan hari persekolahan untuk menggantikkan hari cuti sempena Hari Raya Aidiladha nanti. Jadual mengikut hari Khamis. Namun, aku diarahkan untuk mengikuti satu kursus "Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru-Guru Bukan Opsyen dalam Mata Pelajaran PJK, 2012"

Program ini amat menarik sekali. Pertama kali dalam hidup, aku didedahkan dengan teknik permainan dan pengadilan Bola Keranjang. Penceramah En. Lee dan En. Wong sangat baik hati dan sabar melayan kerenah kami guru-guru yang tidak pernah bermain bola keranjang ini. 

Enjoy sangat belajar teknik isyarat tangan untuk mengadili perlawanan bola keranjang ni. Kalau ingat balik sekarang ni, hanya satu atau dua je isyarat yang boleh ingat.... Rasanya main bola keranjang lagi best dari bola baling..

Aku cuba aplikasikan apa yang aku perolehi semasa kursus itu. Namun, aku sedih dengan segelintir pelajar yang tidak berminat bermain bola semasa PJK. Apa yang harus aku lalukan? Aku masih mencari kaedah yang terbaik untuk menarik pelajar ini melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani...
 
 Inilah bola keranjang bersaiz 6 yang sesuai dimainkan oleh pelajar perempuan sekolah Menengah. Untuk pelajar sekolah rendah saiz bola yang sesuai ialah saiz 5 dan saiz 7 untuk pelajar lelaki sekolah menengah...


 Kebanyakkan cikgu yang terlibat dalam program ini ialah guru wanita

 Inilah penceramah jemputan, En. Wong dan En. Lee yang mahir dalam pengadilan bola keranjang

 Terima kasih SMK Bandar Putra dan UTM yang menganjurkan program ini..

Logo Persatuan Geografi dan Alam Sekitar

14 April 2012 (Sabtu)

Pada 14 April lalu telah diadakan perjumpaan kali ke tiga, Persatuan Geografi dan Alam Sekitar. Pada kali ini, pengerusi persatuan tidak hadir. Ermm... yang hadir pun hanya 9 orang sahaja. Jadi, aktivititi kali ini ialah melukis logo persatuan.... Inilah antara-antara hasil-hasil karya ahli persatuan. Tetapi yang berwarna hanya satu sahaja, yang lain cikgu tolong warnakan ye..Apakah logo yang paling sesuai untuk dijadikan logo persatuan ye?



Karya yang sangat kreatif ini hasil Mohammad Firdaus pelajar 5 Sastera 1 tetapi macam tak sesuai dijadikan logo persatuan je..



Karya Nurhanisah sangat sederhana tapi cantik. Kalau buat 'button badge' cantik jugakan..

Karya Nurul Amira ini diinsprirasikan daripada bentuk muka bumi, flora dan fauna... Sekali imbas , macam lencana sekolah pun ada jugakan


 
Karya cilik Mohd Zaidi dari Ting 1 Cekal. Pelbagai latar belakang yang dilukis tapi logo sebenar bumi yang dibalut riben tu...
 
 

 Hanya inilah karya asli, yang diwarnakan oleh sendiri oleh Fatin Nadiah. Kreatif tapi boleh dipertingkatkan lagi kecantikanya...

Jadi yang mana satu pilihan anda....



Thursday, April 26, 2012

Takziah...

Takziah buat sahabat lamaku, Siti Aishah yang kehilangan suaminya semasa berbulan madu di Pulau Langkawi. Usia perkahwinan baru 93 hari tetapi Allah s.w.t lebih menyayangi arwah. Semoga sahabatku tabah dan sabar menjalani ujian ini.  Al-Fatihah...




 


Betapa untungnya kita, masih mempunyai insan yang kita sayangi di dunia ini. Ambilah kesempatan yang masih ada ini, menyayangi dan menghargai insan-insan yang kita sayangi.... Teringat Novel 'Pudarnya Pesona Cleopatra'... Tapi apakan daya, yang pergi tak mungkin kembali.... Sayangilah setiap masa orang disisi kita..........



Friday, April 20, 2012

Piramid Bacaan

Kita biasa mendengar piramid makanan dan piramid di Mesir. Tetapi pernahkan anda mendengar mengenai piramid bacaan?

Betul ke rakyat Malaysia tidak suka membaca? Banyak khazanah ilmu boleh diperolehi dengan membaca
. Tetapi apakah bacaan yang paling terbaik?

Jawapanya ialah banyaklah membaca @ mengaji al-Quran. Kalau boleh setiap hari amalkan membaca al-Quran, sehelai atau dua helai muka surat dan membaca tafsirnya sekali.

Semoga kita memperolehi syafaatNya di akhirat kelak... Semoga ada manfaatnya..

Adab-adab Menuntut Ilmu..

Buat anak-anak muridku, amalkan adab-adab menuntut ilmu, agar kalian semua menjadi manusia cemerlang di dunia & di akhirat...

Thursday, April 19, 2012

Antara Cuaca dan Alam

DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.
 
Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan letusan.

Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang melakukan penerbangan.
Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau. 

Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa. 

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.

Wednesday, April 11, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Gempa 8.5 SR, Air Danau Toba Berpusar

Gempa berkekuatan besar dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang melanda Pulau Sumatera pukul 15.38 Waktu Indonesia Barat terasa hingga Medan, Sumatera Utara.

Getaran gempa terasa cukup kuat berlaku kurang lebih 5 minit. Gempa juga terasa di sekitar wilayah Danau Toba. Seluruh masyarakat Parapat dan Pulau Samosir yang rumahnya berada di tepi danau ketakutan dan berlari ke luar rumah masing-masing.

Ketika itulah, fenomena aneh dilihat warga terjadi di Danau Toba, gunung berapi yang terbesar di Indonesia, bahkan di Asia Tenggara.

Air Danau Toba yang biasanya tenang, nampak berpusar bak aliran sungai deras, hingga warga yang sempat menyaksikan menjangka akan terjadi tsunami dari tengah danau. Tak sedikit warga yang panik dan khawatir.

Hingga saat ini tak diketahui apa penyebab air Danau Toba bergolak. Lihat videonya di tautan ini.

Sumber: Harian Metro Online

Amaran Tsunami ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi


BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.

Sumber: Harian Metro Online

Gempa bumi di Aceh dirasai di Malaysia


Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.7 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang di Malaysia. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Susulan kejadian gempa bumi yang melanda Banda Acheh, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan supaya penduduk yang tinggal di kawasan perairan barat termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Perlis, Kedah serta Perak agar berwaspada dan tidak menghampiri kawasan pantai bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku susulan daripada bencana alam tersebut.

Amaran Jangkaan Tsunami:

GEORGETOWN, PULAU PINANG: DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI PADA 9.11 PM

PORT DICKSON: DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI 2.10 AM

SINGAPURA : DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI : 7.51AM ESOK

TOLONG SEBARKAN KEPADA KELUARGA, RAKAN YANG TINGGAL BERHAMPIRAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA

Saturday, April 7, 2012

Gunung Sebagai Pasak Bumi


Al Qur’an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologi penting gunung.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sebagaimana terlihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah goncangan di permukaan bumi.
Kenyataan ini tidaklah diketahui oleh siapapun di masa ketika Al Qur’an diturunkan. Nyatanya, hal ini baru saja terungkap sebagai hasil penemuan geologi moden.
Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan (plat) raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk berpanjangan yang dalam ke bawah. Ini bererti gunung mempunyai bahagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.
Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:
Pada bahagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pergunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305)
Dalam sebuah ayat, peranan gunung seperti ini diungkapkan melalui sebuah perumpamaan sebagai “pasak”:
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Al Qur’an, 78:6-7)
Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terombang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Singkatnya, kita dapat menyamakan gunung dengan paku yang menjadikan lembaran-lembaran kayu tetap menyatu.
Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah “isostasi”. Isostasi bermakna seperti berikut:
Isostasi: keseimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan graviti. (Webster’s New Twentieth Century Dictionary, 2. edition “Isostasy”, New York, s. 975)
Peranan penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi moden dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sumber: MyIbrah.com

Sunday, April 1, 2012

Taufan matahari lima kali saiz bumi

WASHINGTON – Satu taufan besar bersaiz lima kali Bumi meletus di permukaan matahari melibatkan pusingan­ gas-gas terpanas lebih daripada 160,934 kilometer (km) sejam dan melebihi dua juta darjah Celsius.

Penemuan bersama taufan, Dr Huw Morgan berkata, taufan unik dan hebat itu mungkin memainkan pera­nan­ penting terhadap cetusan ribut-ribut solar global.

Gas-gas terpanas bermula 50,000 kepada 2 juta Kelvin disedut daripada akar dasar dan berpusar memasuki atmosfera sejauh 200,000 km tidak kurang tiga jam.

SUMBER: HARIAN METRO ONLINE

60 Jam Bumi - EARTH HOUR

Pernahkan anda mendengar Jam Bumi? Kalau Earth Hour mesti anda pernah mendengarkannya... Sedikit info mengenai Jam Bumi


Earth Hour atau Jam Bumi
merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Tujuan

Tujuannya agar menyerlah kesedaran mengenai kepanasan global dan perubahan iklim yang cukup nyata. Perubahan iklim bukan saja mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam sekitar. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit. .

Sasaran

Orang ramai hendaklah memadamkan semua lampu tidak digunakan dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam waktu tempatan.

Earth Hour 2008

Earth Hour 2008 ialah 8:30–9:30 malam pada 29 Mac 2009. Dengan 35 buah negara di dunia merupakan anggota rasmi dan lebih 400 bandar juga menyokong, Earth Hour 2008 adalah kejayaan besar, dirayakan disemua tujuh benua. Mercu tanda ikonik kesemua seluruh dunia menutup lampu mereka yang tidak perlu untuk Earth Hour termasuk Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London's City Hall (England), Space Needle (Seattle), CN Tower (Toronto, Canada) dan The Giant Globe (Manila, Philippines).
Di Kuala Lumpur, Malaysia, lampu menara kembar tertinggi di dunia, Menara Kembar Petronas dipadamkan.

Earth Hour 2009

Earth Hour 2009 ialah 8:30–9:30 28 Mac 2009. Kini, 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah 'komited ke Earth Hour 2009, satu peningkatan sangat besar daripada perkecimpungan rakyat dalam 35 buah negara untuk Earth Hour 2008.

Earth Hour 2010

Earth Hour 2010 adalah acara Earth Hour yang keempat yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF). Pada 2010, ia disambut pada hari Sabtu 27 Mac 2010, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam waktu tempatan.126 negara telah menyertai Earth Hour 2010.

Earth Hour 2011

Earth Hour 2011 adalah sambutan yang terbesar dalam sejarah lima tahun kempen, merupakan penglibatan sukarela yang terbesar untuk alam sekitar. Memecah rekod iaitu sebanyak 5251 bandar dari 135 buah negara dan melibatkan di semua tujuh benua menyertai kempen ini. Dianggarkan 1.8 bilion orang di seluruh dunia menyertainya.Disambut pada 26 Mac 2011.(8:30 - 9:30 malam (waktu tempatan peserta)

Earth Hour 2012

Earth Hour 2012 telah berlaku pada 31 Mac 2012 (8:30 - 9:30 malam (waktu tempatan peserta). Pada bulan Februari, Earth Hour melancarkan kempen 2012 "I Will If You Will" (Saya Lakukan Jika Anda Lakukan", dengan tujuan untuk melibatkan masyarakat global yang kian meningkat melepasi masa dan menyelaraskan usaha-usaha secara terbuka melalui Facebook, Twitter, Google + dan e-mel.

Earth Hour 2011

Earth Hour 2013 akan diadakan pada hari Sabtu, 30 Mac, 2013.

SUMBER: Earth Hour, Wikipedia , Jam Bumi Wikipedia Bahasa Indonesia, Earth Hour Wikipedia Bahasa Melayu, Anarm Net