Tuesday, September 27, 2011

27 SEPTEMBER 2011

Pejam celik... pejam celik.... rupanya sudah setahun aku berada di bumi Johor ini. Sepanjang perjalanan hidup di sini, pelbagai liku-liku kehidupan aku lalui. Ada suka dan ada duka. Itulah kehidupan...Bak kata pujangga...

"Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah akan sentiasa hidup"

Setiap manusia ingin kehidupan yang indah dan bahagia bersama orang tersayang. Kadang-kadang Allah, jarakkan kita dengan orang tersayang supaya kita saling sayang-menyayangi dan harga-menghargai. Apabila berjauhan dengan keluarga, amat terasa kesunyiannya tetapi apabila mempunyai teman-teman yang baik dan memahami, terasa kesunyian itu dapat ditampung mereka.

Hari ini genap setahun aku bergelar seorang guru. Aku cuba menjadi guru yang terbaik dan ingin memberi terbaik kepada pelajarku. Namun, jalannya berliku kerana kelemahanku sendiri. Mungkin pengalamanku masih kurang, banyak yang perlu aku belajar. Aku perlu belajar bagaimana hendak mengawal kelas supaya kelas tidak bertukar menjadi pasar. Aku perlu belajar bagaimana hendak menarik perhatian mereka supaya terus fokus dengan apa yang ingin aku sampaikan. Aku perlu belajar bagaimana hendak memahami mereka yang masih muda dan mentah ini.

Pintaku kepada pelajarku, tolonglah beri perhatian semasa guru mengajar, bukannya bersembang dengan rakan-rakanmu. Tolonglah hormati guru kerana di situ letaknya keberkatan ilmu. Jangan disia-siakan usia mudamu dengan perkara sia-sia. Gunalah usia muda untuk menuntut ilmu. Niatkan setiap kali datang sekolah, tujuanmu hanya satu menuntut ilmu kerana Allah. Semoga usahamu diberkati Allah.

Wahai pelajarku, janganlah kamu leka dengan keindahan dunia ini yang sementara. Janganlah kamu leka dengan pelbagai gajet (handphone, laptop-facebook) yang melalaikan. Gunalah ia sekadar keperluan sahaja, jangan sampai melampui batas sehingga menyiakan masamu. Janganlah kamu tersalah memilih teman kelak kamu yang rugi. Pilihlah teman yang baik membawamu kearah kebaikan dan kesejahteraan.

Terima kasih untuk pelajar 1 A. Ucapan "Terima Kasih" yang bersemangat itu, membuat aku rasa di hormati dan di hargai.

Sekadar peringatan, buat diri ini yang lalai...

Pelajar 1 A sedang mengambil peperiksaan Matematik

p/s: Jangan lupa buat ulangkaji dari Unit 1- Unit 16... Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang pada 17 Oktober ini. Manfaatkan cuti sekolah sempena PMR ini. Semoga kamu semua lulus dengan cemerlang....

Monday, September 26, 2011

Cintakan Ilahi

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi,
namun hati sibuk mencari cinta pujaan hati...

Suara lantang menegakkan kebenaran,
namun jiwa ingin merasai nikmat percintaan yang tidak ditabalkan...

Munajat mengalir di ruang lidah,
namun jasad tak kuat nak bermujahadah...

Kita mengaku sayangkan DIA,tapi hakikatnya,
si dia tetap pertama di sanubari kita...

Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-NYA..
tapi usaha kita lebih ke arah mengejar cinta si dia...

Kita impikan Syurga namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita...
Adakah kita letakkan DIA hanya di bibir tanpa membuktikannya??

Kerana dia,
kita pinggirkan DIA...
Adakah DIA berpuas hati??

Tepuk dada, tanya iman kita yang masih berbisa...
Ampunkan d0sa2 kami Ya Allah....

Peringatan buat Diri yang sering Lupa~

Tuesday, September 20, 2011

Hutan Hujan Tropika

Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia (Sumber: Buku teks Geografi Ting 1)


Hutan Hujan Tropika

1. Jenis hutan yang paling luas di Malaysia.

2. Hutan hujan tropika terdapat di kawasan pedalaman dan kaki bukit kurang daripada 1 200 meter.

3. Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah:

a. Malar hijau. (Tumbuh-tumbuhan yang sentiasa menghijau sepanjang tahun kerana tiada musim luruh yang nyata).

b. Hutan padat dengan pelbagai jenis flora dan fauna

c. Tumbuh bercampuk aduk (banyak spesies) dan bukan berdirian tulen

d. Terdapat empat lapisan hutan yang nyata, iaitu:


i. Lapisan renjong atau emergen (melebihi 40 meter)

ii. Lapisan kanopi atau silara( 20 – 40 meter)

iii. Lapisan tengah(10 - 20 meter)

iv. Lantai hutan(kurang 10 meter)

Empat lapisan yang terdapat di hujan tropika (Sumber: Buku teks Geografi Tingkatan 1)


Lapisan renjong atau emergen

· Lapisan teratas

· Ketinggian pokok antara 40 – 50 meter.

· Pokok berakar banir untuk menyokong batang yang tinggi

· Pokok tumbuh lurus dan tinggi. Contoh: Cengal, kapur, kempas, senduduk, tualang, mersawa dan meranti.

· Contoh hidupan liar: Burung kakak tua, Kelawar, Burung Layang-layang


Lapisan kanopi atau silara

ü Ketinggian pokok antara 20 – 40 meter

ü Pokok tumbuh rapat dan padat untuk membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan

ü Contoh: kedondong, kandis, penarahan dan kelat

ü Contoh hidupan liar: Tupai, Burung, Kera, Kongkang,


Lapisan tengah

- Ketinggian pokok antara 10 – 20 meter

- Pokok-pokok kecil dan sederhana padat

- Tumbuhan utama ialah epifit dan parasit. Epifit ialah tumbuh-tumbuhan yang menumpang di pokok-pokok lain seperti paku langsuyar dan paku tanduk rusa. Parasit pula tumbuh-tumbuhan yang hidup pada pokok lain dan mendapatkan makanan daripadanya (air, garam dan mineral) seperti orkid.

- Terdapat juga tumbuhan liana iaitu sejenis tumbuhan yang memanjat pokok lain bagi mendapatkan cahaya matahari seperti rotan.

- Contoh hidupan liar: Lotong, Orang utan, Katak pokok, musang, harimau bintang, tupai pinang, tenggiling


Lantai hutan

Ø Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter.

Ø Tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari seperti pokok renek, semak samun dan pokok herba kecil.

Ø Terdapat tumbuhan saprofit (memakan bahan reput) seperti kulat dan cendawan.

Ø Contoh hidupan liar: Rusa, memerang, cipan/tapir, landak, seladang, beruang, harimau, gajah dan ular

Pelbagai jenis hidupan liar di Malaysia mengikut lapisan dalam hutan hujan tropika. (Sumber: Buku teks Geografi Ting 1)

Monday, September 19, 2011

Perubahan Iklim dan Ancaman Krisis Makanan

Pemanasan global telah memberi kesan terjadinya kenaikan suhu bumi yang mengakibatkan hilangnya keseimbangan dan kenaikan suhu permukaan bumi serta perubahan musim yang tidak dapat dijangka. Fenomena di mana musim hujan cenderung menjadi lebih pendek dengan curah yang lebih tinggi, dan musim kemarau yang menjadi lebih panjang, telah mengakibatkan peningkatan ancaman bencana seperti banjir, taufan, siklon tropika, endemik, kemarau, El Nino, tsunami dan berbagai ancaman bencana lain yang akhirnya menjejaskan kesihatan, alam sekitar, pertanian dan makanan serta kelangsungan hidupan.

Perubahan iklim telah mencetuskan impak yang pelbagai kepada kehidupan manusia. Punca utama kepada berlakunya perubahan iklim adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana alam akibat berlakunya perubahan iklim.

Menurut laporan IPCC (Intergovermental Panel on Climate Change), perubahan suhu yang terjadi kebelakangan ini memberi kesan kepada produksi makanan. Penggunaan tanah untuk pembangunan telah menjejaskan kawasan pertanian untuk sumber makanan. Banjir dan kemarau boleh menjejaskan penghasilan produksi makanan.

Lebih dari satu milion penduduk dunia terancam bahaya kebuluran. Bahkan, kini setiap lima saat satu warga dunia meninggal akibat kelaparan (Sekjen PBB, Ban Ki-moon; 2009) .
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (Food and Agriculture Organization/FAO) menyebutkan bahwa sebanyak 36 negara berdasarkan pantauan mengalami krisis makanan akibat kenaikan harga-harga komoditi makanan akhir-akhir ini. (Washington, Waspada Online). Negara-negara tersebut adalah;
  • 21 negara di kawasan Afrika; Lesotho, Somalia, Swaziland, Zimbabwe, Eritrea, Liberia, Mauritania, Sierra Leone, Burundi, Republik Afrika Tengah, Chad, Congo, Côte d’Ivoire, Kongo, Ethiopia, Ghana, Guinea, GuineaBissau, Kenya, Sudan, dan Uganda. Sebagian besar Negara di kawasan Afrika sebagian besar terkena krisis makanan akibat mengalami perang saudara, masalah pelarian dan kemarau.
  • 9 negara di kawasan Asia; Iraq, Afghanistan, Korea Utara, Bangladesh, Indonesia, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, dan TimorLeste. Penyebab krisis makanan di negara Asia sebahagian besar banjir dan gempa, kemudian konflik yang terjadi di Pakistan dan Afghanistan.
  • 4 Negara di Amerika Latin; Bolivia, Haiti, Nikaragua dan Republik Dominika yang mengalami banjir.
  • 2 negara di Eropah:Republik Moldova dan Federasi Rusia.
  • Di Moldova terjadi krisis makanan karena kekeringan dan Federasi Rusia mengalami krisis karena berlakunya konflik.
Dalam konteks Malaysia , kawasan – kawasan yang berisiko bencana perlu dikenalpasti. Persediaan menghadapi bencana amat penting kepada masyarakat Malaysia . Kita seharusnya mengambil pengajaran yang berlaku terhadap isu – isu bencana di negara – negara jiran kita.

Sesungguhnya bencana yang berlaku telah banyak menjejaskan kelestarian alam sekitar. Kita harus menginsafi bahawa bencana yang berlaku pada masa ini banyak disebabkan oleh angkara manusia yang jahil dan rakus memunggah khazanah alam dan melakukan pencemaran serta kerosakan secara besar-besaran. Bencana alam akan terus meningkat seandainya kita terus leka dan alpa untuk mengejar pembangunan tanpa memikirkan impaknya terhadap kelestarian alam sekitar. Berdamailah dengan alam agar kelestarian alam terus terjalin!






sumber:

Perubahan Iklim dan Ancaman Krisis Makanan. Klik Sini

Bencana Alam Petanda Kelestarian Alam Semakin Terjejas. Klik Sini





Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim - Penipisan Lapisan Ozon

Penipisan Lapisan Ozon

1. Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
2. Lapisan ozon berada kira-kira 20 hingga 25 km dari permukaan bumi iaitu di lapisan stratosfera.

Kedudukan lapisan ozon di atmosfera bumi

3. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari. Lapisan ozon akan menyerap sinaran ultraungu. Lapisan ozon menyerap dan membalikkan semula sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.

Kegiatan manusia yang menyebabkan penipisan lapisan ozon

4. Antara faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah:
a) Penggunaan Klorofluorokarbon (CFC) dalam penyembur aerosol, peti sejuk dan alat pendingin udara mempercepatkan proses penghakisan lapisan ozon
b) Penggunaan baja baja nitrogen dalam aktiviti pertanian mengeluarkan gas nitrus oksida
c) Kapal terbang supersonik yang membebaskan nitrogen oksida
d) Ujian senjata nuklear yang mengeluarkan hidrogen dan nitrogen oksida

5. Sinaran ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan:
a) Penyakit kanser kulit
b) Melemahkan sistem pelalian badan
c) Katarak mata
d) Merosakkan tanaman dan hasil pertanian
e) Peningkatan suhu dunia

Imej satelit yang menunjukkan lohong ozon di Antartika.


Bacaan Tambahan:
Lapisan Ozon. Klik Sini
Lapisan Ozon. Klik Sini







Friday, September 16, 2011

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim - Hujan Asid


1. Hujan asid ialah hujan yang mengandungi asid lemah iaitu pH kurang daripada 5.6.

2.
Walaupun air hujan bersifat asid, tetapi kegiatan manusia telah meningkatkan keasidan atmosfera yang mempunyai kesan buruk terhadap persekitaran.

3.
Hujan asid berlaku apabila gas-gas oksida seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan bercampur dengan wap air di udara. Gas-gas ini larut dalam wap-wap air yang menjadikannya berasid. Wap air yang bercampur dengan gas-gas ini turun ke bumi sebagai hujan asid.

Pembentukan Hujan Asid

4. Kejadian hujan asid berpunca daripada:

a) Pembakan bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang

b) Pembakaran sampah secara terbuka

c) Letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas berasid, habuk dan debu


5. Kesan-kesan hujan asid:

a) Mencemarkan air minuman

b) Menjejaskan pernafasan dan menyebabkan sakit kulit dan sakit mata

c) Tanih tidak subur dan kandungan asid dalam tanih meningkat

d) Memusnahkan hidupan akuatik dan menjejaskan siratan makanan

e) Merosakkan bangunan, tanaman, tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

f) Cat bangunan cepat luntur dan besi mudah berkarat


6. Kawasan yang sering dikaitkan dengan hujan asid ialah Petaling Jaya (Selangor), Prai (Pulau Pinang) dan Larkin (Johor).


Kesan hujan asid . Sumber

Hujan asid di Hutan Jizera Mountains, Czech

Credit: Lovecz -Prague

Bacaan Tambahan:

Kesan Hujan Asid. Klik sini

Hujan Asid(Wikipedia). Klik sini

Hujan Asid. Klik sini