Friday, May 21, 2010

Laksamana Agung



Tajuk : Laksamana Agung
Diceritakan Semula: Rosnah Suhaimi
Tebal : 95 muka surat
Penerbit : S.S Mubarak & Brothers (M) SDN. BHD.
Harga : RM 6.90
Tahun : 1982
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson


Pertama kali aku tengok luaran kulit buku ini sudah uzur. Aku balut di bahagian tepi buku ini dan aku baiki bahagian dalam buku ini. Sebenarnya aku ingin menampal nombor panggilan untuk buku ini. Aku bilik seimbas lalu buku ini. Aku fikir buku ini berkaitan dengan kisah fiksyen. Tetapi aku tertarik untuk baca sebab ia berkaitan dengan zaman” Victoria”. Bila aku baca dan teliti buku ini berkaitan dengan kisah seorang laksamana agung pada sekitar tahun 1800. Tetapi siapakah laksamana Agung tersebut?

Bagi yang berpeluang pergi ke Trafalgar Square,di tengah kota London, pasti anda akan melihat monument yang menjulang tinggi iaitu Nelson Column. Siapa itu Nelson? Kenapa pihak British membina monument tersebut? Apakah jasa beliau kepada Negara British?


Nama sebenar Nelson ialah Horatio Nelson yang dilahirkan di Burnham Thorpe iaitu di Norfolk pada tahun 1758. Pada zaman kecilnya, Nelson biasa hidup dalam kepayahan. Ketika berumur sebelas tahun, Nelson telah mengikuti angkatan tentera laut dibawah Kapten Maurice Suckling iaitu bapa saudara Nelson. Walaubagaimanapun peperangan dengan Sepanyol itu tidak terjadi.

Menurut Prince William Henry, Nelson adalah seorang kapten yeng termuda dan terpendek. Ia mempunyai pakaian lengkap yang penuh berenda. Rambutnya yang panjang diikat kebelakang dan kelihatan aneh. Ketika itu umur Nelson ialah 24 tahun dan telah mempelajari ilmu peperangan. Pada tahun 1793, King Louis XVI bagi negeri Perancis telah dihukum bunuh. Ini menyebabkan perhubungan Britain dengan Pemberontokan Perancis menjadi tegang. Peluang ini amat di tunggu Nelson apabila dia dilantik menjadi Kapten untuk kapal perang Agamemnon. Nelson telah menggempur pertahanan Perancis di Bastia dan di Calvi. Akhirnya Nelson Berjaya menawan Calvi walaupun dia telah cedera parah di bahagian mata kanan. Nelson tidak menerima penghargaan di atas tugas cemerlangnya walaupun Nelson berkeinginan jasa keberaniannya di hargai. Nelson telah memenangi kejayaan cemerlang dalam peperangan di Cape St. Vincent atas keberaniannya menawan Kapal San Josef milik Sepanyol. Atas kejayaan tersebut Nelson telah diberi gelaran Laksamana Muda Sir Horatio Nelson, “Knight of the Bath” dan Nelson amat berbangga dan bermegah serta tidak menolak pujian.

Ketika peperangan di pelabuhan Santa Cruz di Pulau Teneriffe di barat laut pantai Afrika dan cubaan menawan kapal Sepanyol, Nelson telah mengalami cedera parah di tangan kanannya akibat kena tembak. Nelson bernasib baik kerana anak tirinya Josiah Nisbet bersama isteri yang bernama Fanny, telah menjumpai Nelson terbaring dalam keadaan pengsan. Akibat kecederaan tersebut, lengan kanan Nelson terpaksa dipotong. Kejadian ini berlaku pada tahun 1797. Pada tahun 1798, sekali lagi Nelson diberi kepercayaan untuk mengemudi tiga kapal perang iaitu Vanguard, Orion dan Alexander untuk menyerang kapal tentera milik Napolean. Pada Ogos, 1798, 10 buah kapal perang di bawah pimpinan Nelson telah menyerang 13 buah kapal Perancis di bawah pimpinan Laksamana De Brueys. Kapal terbesar Perancis ialah Orient telah digempur oleh Nelson dan Laksamana De Brueys telah terputus kedua-dua belah kaki akibat kena tembakan dan terbunuh terkena sebiji peluru berpandu. Dalam peperangan itu, kapal Orient telah meletup dan letupannya boleh didengari sehingga ke Alexandria di Mesir dan cahayanya cerah memerangi seluruh kawasan Aboukir Bay. Sekali lagi, Nelson mendapat kecederaan di bahagian dahi dan sekeping kulit tergantung menutupi matanya. Nelson tetap mengutamakan anak buahnya apabila mengikut giliran penerimaan rawatan walaupun doctor itu mengharapkan dapat merawat Nelson serta merta. Peperangan itu lebih dikenali sebagai Battle of Nile.

Sir William Hamilton merupakan pesuruhjaya tinggi British di Naples dan telah berkahwin dengan perempuan muda dan cantik iaitu Emma. Nelson dan Emma telah jatuh cinta dan hubungan mereka telah diketahui oleh Sir William. Walaubagaimanapun, Sir William tidak berbuat apa-apa kerana sangat menyayangi Nelson. Pada 6 Oktober 1798, Nelson telah dianugerahkan gelaran Lord Nelson of the Nile dan Burnham Thorpe. Dua tahun kemudian, Nelson juga telah dianugerahkan gelaran Nelson Sicilian Dukedon of Bronte apabila menyelamatkan keluarga diraja Naples keluar daripada Naples dan menetap di Palermo Sicily. Pada 13 Januari 1801, Nelson telah berpisah dengan isterinya Fanny. Pada 1 Februari 1801, Puan Hamilton telah melahirkan anak perempuan yang bernama Horatio iaitu anak hasil hubungan terlarangnya bersama Nelson. Nelson telah menganggap Emma sebagai isterinya. Pada tahun 1801, Britain telah berperang dengan kesemua Negara Eropah kecuali Portugal.

Pada 19 Mac 1801, angkatan tentera British telah sampai di pantai utara Denmark iaitu Skaw. Pada 1 April 1801, berlaku pertempuran yang dikenali sebagi Battle of Copenhagen dan sekali lagi kejayaan milik Nelson yang mengemudi kapal Elephant walaupun Nelson telah melanggar larangan Sir Hyde Parker. Nelson telah dikurniakan gelaran Viscount oleh negaranya. Nelson telah berperang sebanyak 105 kali tetapi peperangan Copenhagen adalah yang paling besar.

Rakyat Britain memandang Nelson sebagai laksamana paling agung dan mereka meminta Nelson untuk menjaga Selat Dover daripada ancaman angkatan Napolean. Tabiat Nelson ialah dia tidak suka bertahan. Lalu Nelson merancang satu serangan ke atas kapal-kapal penyerang di Pelabuhan Perancis bernama Boulogne. Namun, angkatan Perancis adalah lebih kuat dan mereka telah menerima kekalahan.

Pada April, 1803 Sir Willian Hamilton meninggal dunia ketika hubungan British dengan Perancis semakin tegang selepas mengikat perjanjian perdamaian sementara pada 1801. Pada 30 Julai 1803, Nelson memantau pergerakan kapal Perancis di pelabuhan Toulan dengan menggelapai Kapal Victory . Pada tahun 1805 telah berada di Mediterranean selama dua tahun. Pada 1805, Nelson naik ke darat di Gibralter sejak ia memerintah angkatan tentera laut pada 1803. Nelson belayar ke Portsmouth untuk bercuti.

Pada 19 Ogos 1805, Nelson telah disambut dengan besar-besaran. Nelson hanya singgah setengah jam sahaja di London dan menuju ke pangkuan Emma buat kali terakhir di Merton. Nelson hanya tinggal di darat selama 25 hari. Nelson seolah dapat merasakan akan menghadapi peperangan terakhir. Oleh itu, Nelson telah menyuruh pembuat keranda di London untuk menjaga keranda Nelson yang diperbuat daripada kayu dan besi kapal Orient yang meletup di Bay of Aboukir, Switfsure.

Pada 2 september 1805, Nelson telah diarahkan untuk bersiap siaga untuk berperang. Selain Nelson, Kapten Berry akan mengetui kapal Agamemnon, Kapten Blackwood mengetui Euryalus bersama Nelson dan Hardy mengetui kapal Victory. Sir Home Popham telah mencipta satu sistem isyarat di mana bendera mempunyai berlainan perkataan. Antara jasa Nelson dalam hal perkapalaN ialah dia telah mengarahkan buku berkenaan haruslah disebarkan kepada seluruh kapal-kapalnya. Isyarat ini telah dituliskan dalam Telegraphic Signals atau Marine Vocabulary. Ketika Nelson keluar daripada rumah tumpangan pada 13 September 1805, Geogre Inn, ramai orang ramai menanti kedatangan Nelson kerana mereka tahu Nelson tidak akan pulang hidup ke Portsmouth.

Pada hari Sabtu, 28 September 1805, Victory bersama Ajax dan Thunderer sampai di Teluk Cadiz. Pada 29 September 1805, Nelson telah menyambut hari jadinya yang ke 47 tahun. Nelson telah memperkenalkan satu teknik peperangan yang dikenali sebagai “the Nelson Touch” iaitu membiarkan kumpulan kapal pertama untuk di tembak oleh musuh dan tidak dapat membalas balik untuk memecahkan barisan tentera Perancis dan Sepanyol. Pada 21Oktober 1805, angkatan British belayar perlahan menuju ke Selat Gibralter, Sepanyol untuk memotong kapal-kapal Villeneuve daripada berlayar ke Mediterranean. Pada pukul 11.40 kapal Collingwood telah dihujani peluru. Kapal yang dinaiki oleh Nelson iaitu Victory bersama sahabatnya, Hardy telah duhujani oleh peluru musuh selama 20 minit. Kemudian kapal Victory telah berlanggar dengan kapal Perancis Redoubtable. Akibat perlanggaran itu, kapal Victory telah tersangkut pada kappal Redoutable dan solah-olah tidak dapat dipisahkan. Pada pukul 1.35, Hardy telah menyedari Nelson sedang berlutut dalam keadaan mengerikan dan Nelson rebah ke kiri. Nelson telah ditembak menembusi bahagian tulang belakang. Nelson telah dibawa ke bahagian bawah kapal untuk diberi rawatan. Nelson telah menutup mukanya dengan sapu tangan supaya berita mengenainya tidak tersebar luas. Walaubagaimanapun Dr. Beatty mendapati mereka tidak dapat menyelamatkan Nelson. Dalam keadaan nazak itu, Nelson telah mendengar sorakan yang menanda sebuah kapal musuh dapat ditawan.

Dalam kesakitan itu, Nelson ingin berjumpa Hardy untuk bertanya mengenai peperangan. Menurut Hardy, mereka dapat menawan dalam lingkungan 14 dan 15 buah. Selain itu, Nelson berwasiat supaya tolong berikan rambutnya kepada Puan Hamilton dan segala barang kepunyaannya. Sebelum menghembus nafas terakhir iaitu 4.30 petang, Nelson telah menyatakan dia telah puas. Syukur kepada Tuhan yang dia telah menjalankan tugasnya. Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Trafalgar yang berkhir pada pukul 5 petang. British dapat menawan 17 buah kapal Perancis dan Sepanyol manakala 18 buah telah meletup. Manakala 27 buah kapal British tidak tenggelam. Walaupun British telah memengangi peperangan tersebut, namum berita sedih kematian laksamana agung, Nelson telah tersebar dan kehilangannya sungguh mengharukan. Collingwood menngmabil tugas Nelson. Berita kemenangan peperangan tidaklah sebesar kesedihan atas pemergian Nelson.

Pada 4 Disember 1805, kapal Victory membawa mayat Nelson mengibarkan bendera separuh tiang telah berlabuh do St. Helens Solent. Kemudian ia belayar mengelilingi Sungai Thames dan mayat Laksamana Nelson diletakkan dalam keranda yang dihadiah oleh Kapten Ben Hallowell. Keranda tu telah dipamerkan selama empat hari di Royal Naval College, Greenwich. Pada 9 januari 1806, keranda itu diusung ke St. Paul’s Cathedral dan perarakan itu memakan masa panjang. Suasana di kota London sepi dan yang hanya kedengaran ialah bunyi orang mengangkat topi ketika kenderaan yang membawa mayat dapat dilihat orang mereka. Upacara pengkebumian memakan masa 4 jam dan bendera yang terkoyak akibat tembakan telah menutup keranda tersebut. Nelson meninggal dalam usianya yang masih muda.


Maklumat lanjut mengenai Nelson:

http://en.wikipedia.org/wiki/Nelson%27s_Column
http://www.solarnavigator.net/history/nelsons_column_trafalgar_square_london_england.htm

1 comment:

  1. huhuhu..igatkan ini cerita fiksyen. Terima kasih cari maklumat ini. Moga ia menjadi kenangan kepada cg Nurul sewaktu praktikal di SMRAC. Lain kali buat perenggan ye. Susah nak baca. Myb kesilapan teknikal ni. teruskan usaha (^_^)

    ReplyDelete