Friday, May 21, 2010

Dalam Mihrab Cinta



Tajuk : Dalam Mihrab Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Muka Surat : 421
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Harga : RM 25.90
Tahun : Cetakan Ke 3, 2008
Pemilikan : Perpustakaan Desa Kg.Chuah


Novelis terkenal dengan karya islamik terkenal “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta Bertasbih” ini kembali dengan novel yang unik dengan menggabungkan tiga cerita berbeza dalam satu novel.

“Takbir Cinta Zahrana” merupakan pembuka cerita novel ini. Zahrana merupakan seorang wanita yang berjaya dalam pendidikan hingga peringkat Master Teknik dari institusi yang terkenal dan melayakkannya memegang jawatan pensyarah di sebuah universiti swasta terkenal di Jawa Tengah Semarang. Walaubagaimanapun, disebalik kejayaan itu, hidup Zahrana masih lagi sepi tanpa seorang teman hidup iaitu suami. Keadaan ini menggusarkan ibu dan bapanya kerana usia Zahrana semakin hari semakin meningkat. Pak Karman merupakan Dekan Falkulti Zahrana telah menghantar rombongan meminang Zahrana. Walaubagaimanapun, Zahrana telah menolak peminangan itu dan ini menyebabkan Pak Karman marah dan ingin memcecat Zahrana dari jawatan pensyarah yang di pegangangnya. Apa kesudahan ceita ini. Adakah lelaki yang dapat menambat hati Zahrana? Adakah hajat ibu bapanya untuk melihat Zahrana berumah tangga tercapai? Dapatkan novel ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

“Dalam Mihrab Cinta” merupakan petikan cerita daripada novel “Dalam Mihrab Cinta” yang bakal ada di pasaran tetapi tidak tahu bila ada di pasaran. Jalan cerita yang menarik. Rasanya tak sabar nak baca novel yang lengkap….Bila agaknya ada kat pasaran….

Manakala, cerita “Mahkota Cinta” merupakan cerita ketabahan seorang anak muda yang berjuang untuk mengubah nasib hidupnya hingga sanggup bermusafir di bumi Malaysia. Zul merupakan pemuda Jawa dari Indonesia yang bercita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat S2 di Malaysia. Dalam perjalanan dari Indonesia ke Malaysia dengan menaiki feri dari Batam ke pelabuhan Johor Bahru, Zul telah berkenalan dengan seorang wanita iaitu Siti Martini yang telah membantu Zul sepanjang perjalanan dari Johor Bahru hingga Kuala Lumpur. Setelah Zul dapat menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Zul terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung hidupnya di Kuala Lumpur. Zul begitu tabah menghadapi kesempitan hidup dan begitu berdisplin dalam hidupnya. Namun, hidup tidak pernah sunyi dari dugaan, pertemuan semula dengan Mari (Siti Martini) telah membibitkan rasa cinta kepada pasangan ini. Akhirnya, Zul membuat keputusan berkahwin dengan Mari setelah di nasihatkan kawannya selepas melihat hidup Zul tidak terurus menahan panahan asmara. Walaubagaimanapun kedatangan Zul kerumah Mari telah menyebabkan hidupnya hancur setelah membaca keratan akhbar iaitu penangkapan Mari dan kawannya atas tuduhan melacurkan diri. Apakah kesudahan cinta Zul dengan Mari? Apakah Zul dapat bangkit dan meneruskan perjuangan menamatkan Master dalam Pendidikan di UM? Ikutilah cerita ketabahan Zul ini dan semoga menjadi inspirasi untuk kita terus bangkit untuk terus berusaha menambah ilmu pengetahuan.

No comments:

Post a Comment