Saturday, March 31, 2012

Mesyuarat Agung PIBG


Pagi yang dingin. Hujan turun dari sejak awal pagi tidak menampakan tanda mahu berhenti. Walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan, mesyuarat agung PIBG tetap diteruskan di dewan kelas. Kehadiran ibu bapa kurang memuaskan..
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Kemudian, YDP PIBG mempengerusikan mesyuarat Agung dengan setiausaha dan bendahari membentangkan laporan tahunan. Kemudian mesyuarat diteruskan dengan pembentangan usul-usul ahli PIBG. Selepas itu, majlis diteruskan pembubaran AJK PIBG sesi 2011/2012 serta melantik AJK baru untuk sesi 2012/2013.


Akhirnya berakhirlah perjalanan tugasku sebagai Penolong Bendahari PIBG. Walaupun baru setahun jagung memegang jawatan ini tetapi banyak manfaat yang ku perolehi.

Kini, aku lebih mengetahui fungsi PIBG yang merupakan wadah pihak sekolah dan ibu bapa berbincang pelbagai perkara berkaitan dengan pelajar seperti prestasi akademik dan kokurikulum, p
embangunan modal insan seperti mempunyai sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar turut diperbincangkan setiap kali AJK PIBG bersidang.

PIBG juga berperanan sebagai penyumbang dana untuk program-program peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum, program kerohanian serta membantu pihak sekolah dalam meningkatkan infrastruktur sekolah. Contohnya, PIBG sekolahku telah menyumbangkan duit untuk pembelian kerusi dan meja baru (awal tahun), menaik taraf tandas lelaki dan program kelas tambahan semasa cuti sekolah. Selain itu, agenda PIBG ialah untuk membina susur gajah dari pintu pagar sekolah ke bangunan sekolah (untuk memudahkan pergerakan pelajar terutama masa hujan) dan membina tandas baru untuk pelajar perempuan.

Sehingga kini, PIBG sekolahku giat berusaha untuk memohon pembinaan dewan dan blok bangunan baru. Kesian aku melihat pelajar terpaksa beratur di tapak perhimpunan dalam keadaan cuaca panas terutama untuk pelajar sesi petang. Kadangkala pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan kerana faktor cuaca yang tidak menentu di Malaysia.

Program Kerohanian untuk Pelajar Tingkatan diadakan dalam dewan kelas

Fasilitati sekolah yang kurang seperti kelas tidak mampu menampung enrolmen pelajar lebih kurang 2000 orang. Akibatnya wujudlah 'kelas terapung' terutama di sesi pagi. Kesian pelajar yang belajar di 'kelas terapung' ini yang terpaksa menumpang di makmal sains dan bilik khas lain. Pembinaan bangunan pasang siap (kabin) hanya merupakan penyelesaian sementara, diharapkan permohonan pembinaan bangunan baru dapat dipercepatkan. Aku mengharapkan PIBG terus berusaha untuk mengutip dana untuk meluaskan surau kerana surau yang ada kini merupakan sumbangan individu yang tidak dikenali hanya mampu menampung solat berjemaah pelajar lelaki sahaja..

Selepas berakhirnya mesyuarat Agung PIBG, aturcara diteruskan dengan Majlis Hari Anugerah Cemerlang.... Tahniah kepada pelajar yang menerima anugerah cemerlang serta pelajar yang terlibat dalam persembahan seperti koir, tarian zapin dan 'choral speaking'. Persembahan kalian sungguh menghiburkan terutama 'choral speaking'. Tahniah juga kepada tiga orang penari Zapin yang berbangsa Cina. Sungguh menarik melihat kalian menari Zapin. Terima kasih juga kepada pelajar pengakap, bomba, kadet polis, pandu puteri yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Dan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke majlis ini...

Alhamdulillah, syukur sangat Allah memperkenankan doa hambaNya... Amin

Wednesday, March 28, 2012

Taklimat Kerani Pengundian

Hari Isnin, 26 Mac 2012.

Sampai je sekolah, Cikgu Pyan yang selalu 'kecoh' tu memberitahu aku bahawa nama aku 'naik' untuk bertugas semasa pilihan raya umum (pru) ke 13. Terkejut aku dibuatnya. Bila aku mengisi borang permohonan untuk menjadi petugas pru ni? Pihak pentadbir selalu menggunakan kuasa 'autoriti' berbanding 'demokrasi'. Apa boleh buat, terpaksa rela aku menerima tugas ini walaupun keinginan ini kuat untuk balik ke kampung untuk mengundi buat kali pertama. Berkecai harapan hatiku. Tetapi ini mungkin pengalaman seumur hidup sekali sahaja, jadi
kami yang menurut perintah, menerima dengan rela hati demi negara tercinta...Cikgu kerjanya serba-serbi boleh... dari mengajar dalam kelas hinggalah melakukan kerja-kerja perkeranian...

Hehe masa PRU ke 12 yang lepas, tak nak balik kampung mengundi (masa tu masih belajar di UPM). Sekarang PRU ke 13 ni mengundi pos je la ye..


Hari Rabu, 28 Mac 2012.

Seawal pagi, aku terus bertolak ke rumah kawanku untuk menumpang keretanya ke dewan raya. Setibanya di hadapan pasaraya Titah, kawanku 'Miss Ooi' sudah tiba lebih awal daripada kami walaupun kami sudah berjanji untuk berjumpa pukul 8.00 pagi. Inilah tingkah laku mulia, apabila berjanji menepati masa. Bukannya berjanji pukul 8.00 pagi baru nak bertolak dari rumah.

Sepatutnya, majlis bermula pukul 9.00 pagi, tetapi akibat ramai yang terlewat sampai di kaunter pendaftaran, maka majlis pun bermula lewat 15 minit. Ermm... bilalah orang kita nak berubah untuk menepati masa. Masa makan 10.30 pagi pun dianjakkan pukul 11.30 pagi. Laparnya perut ini kerana sebelum pergi tadi, makan pagi beralaskan susu dan sekeping roti. Sedihnya, apabila keluar menjamu selera makananya hampir habis dan airnya sudah habis. Terpaksalah menapak ke sekolah berhampiran...

Taklimat bersambung kembali... Kali ini petugas SPR menunjukkan kami gambaran suasana di saluran pilihan raya. Ada peserta yang berlakon menjadi kerani pengundian, ktm, ejen dan pengundi. Akhirnya, taklimat berakhir pukul 2.30 petang. Kemudian kami menjamu selera walaupun makananya hampir habis tapi makananya menyelerakan... asam pedas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hari ni boleh pulang awal....

Cabaran yang sebenar ialah pada hari pengundian... Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Amin... ..

Monday, March 26, 2012

Taklimat Induksi di Batu Pahat

Hari Sabtu, 24 Mac 2012

Alhamdulillah, sekian lama menunggu hampir setahun, akhirnya pada hari ini aku, Haja dan Ayu dapat menghadiri taklimat kursus induksi di Batu Pahat. Kursus induksi ini penting untuk pengesahan jawatanku. Kami semua berkonvoi kereta ke Parit Raja, Batu Pahat. Taklimat bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kami semua diberi tugasan individu dan berkumpulan. Penyerahan tugasan pada Kursus Induksi sebulan dari sekarang.

Tugasan individu lebih berkaitan dengan cara penyimpanan dokumen Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit serta Terhad. Manakala tajuk berkumpulan berkaitan Inovasi. InsyaAllah dalam tempoh sebulan ini, aku cuba untuk menyelesaikannya...

Seusai taklimat, aku terus menelefon adikku yang belajar di UTHM, Batu Pahat. Aku terus ke kediamannya dan membawanya keluar ke bandar Batu Pahat. Adikku membawaku ke Batu Pahat Mall. Pusat beli-belah yang senang untuk dikunjungi kerana berhampiran jalan besar yang menghubungkan Batu Pahat dan Ayer Hitam. Aku hanya membeli barang dapur di Pacific dan menghadiakan majalah Q & A isu perdana kepadanya. Batu Pahat telah kujelajahi, Muar tunggulah ketibaanku...

Inilah Fail induksiku..

Monday, March 19, 2012

Menghilir di Sungai Pahang

MENGHILIR DI SUNGAI PAHANG


Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan

PENYANYI: ROSLAN MADUN




Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu 475 km. Sungai ini merupakan cawangan dari anak Sungai Jelai yang berpunca dari banjaran Titiwangsa. Kemudian, ia mengalir ke bawah untuk membentuk Sungai Jelai di kawasan Lipis. Sungai mengalir terus ke kawasan Jerantut dan menyertai Sungai Tembeling, membentuk Sungai Pahang di Kuala Tembeling. Di lokasi tersebut, ia dipanggil Ulu Sungai Pahang. Sungai Pahang terus melepasi kampung Pulau Tawar dan daerah Temerloh dan Maran dan akhirnya bertemu di muara laut di rantau Pekan iaitu di Kuala Pahang. Akhirnya sungai bertemu dengan Laut China Selatan. (sumber: Wikipedia)



p/s: Seronoknya cuti sekolah seminggu yang lalu dapat menghabiskan masa bersama keluarga di negeri yang tercinta, Pahang Darul Makmur atau dahulu dikenali dengan panggilan Inderapura. Perjalanan pulang ke Johor dinihari Isnin, bertemankan kabus sepanjang perjalanan di Rompin selepas Muadzam Shah (melalui jalan persekutuan Kuantan-Segamat) sungguh mendamaikan..... Indahnya saat itu.... Memandu dalam kabus? Berhati-hatilah dan jangan lupa pasang lampu kereta anda supaya pengguna jalan raya mengetahui kehadiran anda di jala raya..

Wednesday, March 7, 2012

Tahniah adikku...

7 Mac 2012

Mencatat sejarah manis dalam kehidupan adik bongsuku. Alhamdulillah, setelah mengalami kekecewaan dalam PMR dan SPM, akhirnya semalan adikku mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. Tahniah, adikku yang memperolehi keputusan 3.75 ( 3A dan 1B) dalam STPM 2011.
.

Sesungguhnya, Allah tidak pernah mempersiakan usaha-usaha hambanya yang sedaya upaya berusaha mempertingkatkan kemajuan diri. Ingatlah, jangan kecewa untuk berusaha kerana ramai manusia yang mati kerana penyakit bukannya kecewa. Gagal sekali tetapi bukan untuk selamanya. Orang yang berjaya adalah orang yang bangun daripada kegagalan.

Kita manusia sebenarnya tidak ada apa-apa, tiada daya dan upaya, melainkan kehendak Allah...
Segala-gala milik Allah termasuk kejayaan & kegagalan kita.Allah Maha Adil – kita minta & tiada yang mustahil bagi Allah. Kemudian Allah akan tunjukkan jalan kejayaan dan kejayaan yang kita kecapi adala dengan izin Allah, bukan usaha kita. Kita hanya perlu beruasaha keras & berdoa..

Renung-renungkanlah dan selamat beramal....


Tuesday, March 6, 2012

Nusaku Darul Makmur (Pahang Negeriku)





NUSAKU DARUL MAKMUR (PAHANG NEGERIKU)

Dipagari tanah tinggi dan lautan

Bebunga berseri menghiasi taman

Dilintasi Sungai Pahang yang ternama

Menyuburi kehijauan tanaman


Berbagai cabaran misteri kedamaian

Hutan Endau -Rompin dan Taman Negara

Membiru gelombang di Teluk Cempedak

Pulau Tioman penuh keasyikan


Berbagai bangsa aneka budaya

Bersatu usaha penuh setia

Berganding menuju arah cita-cita

Demi masa depan penuh gemilang


Kuantan pusat perancangan

Lipis bersejarah pahlawan terbilang

Pekan Bandar Diraja duli bersemayam

Memerintah watan penuh keadilan

Dirgahayu…


Tinggi Gunung Tahan kemuncak harapan

Tenang Tasik Chini kedamaian watan

Wahai anak nusa

Bukti kesetiaan

Oh kau negeriku Pahang Darul Makmur…



Penyanyi : Razak Ahmad

Komposer: Azmi Hamzah (semasa mengajar di SK Tanah Rata,Cameron Highland 1986-1991)

· Tempat kedua Pertandingan Mencipta Lagu Pahang 1991


Lagu ini banyak nostalgia kepada diriku. Dulu, masa kecil selalu mendengar lagu ini radio Kuantan (Sekarang Radio Malaysia Pahang). Tetapi apa yang ingin ku catat disini, ialah seni kata lagu ini yang menceritakan perihal negeriku. Sesuai sangat untuk ABM BENTUK MUKA BUMI. Kenapa? Dalam lirik ini ada memperihalkan bentuk muka bumi iaitu tanah, tinggi, tanah pamah, lembangan (kawasan yang disaliri sungai) dan pinggir laut.

Bertuah negeri Pahang kerana letaknya Gunung Tahan iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, 2 187 m dan Sungai Pahang (sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, 475 km). Tasik Chini penuh misteri dan tasik Bera pula merupakan tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Damainya Hutan Endau-Rompin dan Taman Negara yang menyimpan khazanah biodiversiti yang tinggi nilainya.Tanah pamahnya pula dibina petempatan seperti di Kuantan (Ibu negeri Pahang), Lipis dan Pekan. Pantai-pantainya indah dan bersih seperti di Teluk Chempedak dan Pulau Tioman.


Alangkah indahnya lagu ini. Tetapi tak sesuai digunakan ABM di negeri Johor. Tapi adakah generasi sekarang di Pahang pernah mendengar lagu ini????? Sudah selesai mengajar bentuk muka bumi tanah tinggi. Minggu ini ada ujian 1. InsyaAllah, lepas cuti sekolah ini nak mengajar tajuk tanah pamah. Huhu, sedihnya kena balik lambat cuti sekolah ini, ada kelas tambahan.... Sabar aje lah...


Semoga ada manfaatnya..





Saturday, March 3, 2012

Selamat Ulang Tahun ke....

2 Mac 2012

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan diri ini untuk menghirup udara di bumi ini. Terima kasih kepada keluarga, sahabat, rakan sekerja dan anak muridku yang mendoakan kesejahteraan, kemurahan rezeki serta dipermudahkan jodoh buat diri ini... Amin. Semoga Allah merahmati kalian...

Tahun ini, aku tidak berkesempatan untuk berpuasa sempena hari kelahiranku. Hampir seminggu keadaan kesihatanku terjejas. Batuk, selesema dan sakit tekak membataskan kecergasanku.
Namun, aku gagahi jua untuk hadir ke sekolah kerana aku tidak mahu ketidakhadiranku menambahkan beban guru-guru lain yang terpaksa menerima SLIP GURU GANTI. Rasanya lebih daripada sepuluh orang guru tiada disekolah pada hari ini kerana ada urusan rasmi di luar sekolah.

Sebelum ke sekolah, aku menelan ubat batuk dan penadol. Aku menerangkan keadaan kesihatanku pada GPK Petang supaya tidak memberi banyak SLIP GURU GANTI tetapi aku terpaksa jua menerima dua slip guru ganti. Memandangkan hari ini, hari Jumaat maka masa pertama diperuntukkan untuk pengisian rohani. Aku ditugaskan untuk mengawal pelajar Cina bersama Pn. Choo. Tapi, aku rasa dunia ku berpusing dan kepala rasa berat akibat penangan ubat batuk. Jadi, aku meminta pelepasan daripada Pn. Choo untuk tidur sebentar di bilik guru pendidikan Islam. Walaupun, aku hanya tidur-tidur ayam akibat gangguan daripada guru yang memasuki bilik itu, tetapi itu cukup memberikan tenaga untuk aku meneruskan perjuangan hingga akhir waktu balik.

Terima kasih buat kak Diana yang sudi memberikan hadiah coklat Cadbury kepadaku. Maaflah kalau hadiah ini aku kongsikan bersama-sama guru-guru lain. Sekurang-kurangnya aku tidak dapat berpuasa, tetapi aku memberi sedikit 'manisan' kepada orang lain sebagai tanda bersyukur kepadaNya. Terima kasih buat, Shamiera anak muridku yang sudi memberi hadiah kepadaku.

Sempena kelahiranku ini, semoga impianku menjadi kenyataan...

Terima kasih kepada sudi yang memberi hadiah kepadaku..