Saturday, May 1, 2010

A BOUQUET OF ROSES (A compilation of Heart-warming stories)



Susunan: Jabatan Pendidikan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbit: Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun: 2004

Buku ini merupakan kompilasi pelbagai cerita menarik iaitu motivasi, kekeluargaan, perguruan dan sebagainya. Tetapi cerita yang paling menarik ialah cerita “Zak’s Story” oleh Lee Man Yin Judith (m/s 61) iaitu kisah mengenai anak kecil bernama Zak yang bosan dengan hari-hari persekolahannya. Zak yang berumur 10 tahun mengutarakan cadangannya untuk berhenti sekolah dan bekerja bersama abangnya Ranggau. Keesokan harinya, Ranggau membawa Zek ke ladang lada Hitam untuk bertani. Setelah seharian penat bekerja di Ladang lada Hitam, abangnya Ranggau bertanya pada Zak adakah mahu bekerja lagi pada esok hari. Zak yang kepenatan bekerja di Ladang terus menolak pelawaan abangnya dan berkeingin belajar semula. Abangnya menasihat Zak supaya merebut peluang belajar kerana dirinya tidak berpeluang belajar. Sekiranya Zak tidak mahu belajar, seumur hidupnya akan diabadikan di ladang lada hitam. Pengajaran cerita ini ialah pengalaman adalah guru terbaik untuk menasihati seorang.

Selain itu, kisah “A Historical Figure” oleh Radha Krishnan Ponnusamy (m/s 30) telah mengubah persepsi bahawa pengajaran Sejarah boleh menarik kalau menggunakan kaedah yang betul. Seperti guru Mr. Pany yang mengaitkan kisah Sejarah dengan cerita seperti The Tiger of Sandakan dan Sinbad the Advanture telah mengubah persepsi pelajarnya bahawa Sejarah adalah subjek yang menarik dan tidak membosankan. Inilah kunci penting kejayaan sebuah P&P apabila minat belajar dalam diri pelajar sudah ada, maka mudahlah pelajar untuk menerima pengajaran daripada guru. Tetapi tidak dinafikan pengajaran subjek Sejarah agak sukar bagi guru yang mengajar bukan opsyennya. Walaubagaimanapun, itu semua boleh diatasi sekiranya guru itu pun mempunyai minat mendalam dalam profesion keguruan.

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa sikap seorang guru yang baik ialah seorang yang penyayang, mudah didekati oleh pelajar dan komited dengan tugas. ..

No comments:

Post a Comment