Friday, May 21, 2010

Tariq bin Ziyad


Tajuk : Novel sejarah Islam Tariq (Menang ataupun Syahid)
Penulis : Abdul Latip Talib
Tebal : -
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : -
Tahun : Cetakan Ke 2, 2008
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson

Tariq bin Ziyad berketurunan Barbar dan merupakan bekas budak suruhan kepada Musa bin Musair. Tariq bin Ziyad merupakan panglima Islam yang patuh kepada suruhan agama, kuat beribadah dan tinggi ilmu dalam bidang agama dan ketenteraan. Selain itu, beliau seorang bijaksana, jujur dan amanah serta mempunyai bakat kepimpinan. Tariq bin Ziyad juga seorang yang tegas dan berani. Disebabkan faktor inilah, Tariq bin Ziyad telah dipilih untuk mengetuai pasukan peninjau ke Andalusia (Cordova, Toledo dan Madrid) iaitu di selatan Andalusia dengan angkatan tentera seramai 12 000 orang. Kebijaksanaan Tariq bin Ziyad terbukti apabila hanya memilih angkatan tentera yang terbaik sahaja iaitu memilih tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardu, dan solat witir. Selain itu, Tariq bin Ziyad juga bijak dalam menaikkan semangat tentera di medan perjuangan apabila membakar kapal yang membawa mereka ke Andalusia sehingga berita itu disampaikan kepada Raja Rodegira (Raja Sepanyol yang berketurunan Gotik) telah membuat kesimpulan bahawa Tariq bin Ziyad seorang yang gila. Tetapi apakah sebenarnya tujuan Tariq bin Ziyad membakar kapal tersebut?

Inilah merupakan kata-kata Tariq bin Ziyad untuk menaikan semangat tenteranya berperang untuk menyebarkan Islam.

"Saudara-saudara, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan."

"Demi Allah sekiranya kita berundur, lautan akan menggelamkan kita. Sekiranya kita mara musuh sedang menanti. Kita tidak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas, nama baik kita tercemar. Tuhan juga mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka berani kepada kita. Sebaliknya Tuhan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut kepada musuh. Pertahankanlah jiwa kalian."

Pada awal bulan Ramadhan (19 Julai 711 Masihi) berlaku pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Gotik dibawah pimpinan raja Rodegira dan Goted di Sungai Barbat. Tentera Gotik yang jumlah berganda dari tentera Islam telah dirantai kaki dan tidak diberi makan dan minum. Kemenangan pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam kerana kebijaksanaan Tariq bin Ziyad apabila melihat ada peluang untuk menghapuskan tentera Gotik tanpa perperangan iaitu dengan membakar tentera Gotik di kawasan berumput kering. Akibat ramai tentera Gotik yang digari kaki, maka ramai yang tidak dapat melepaskan diri dan mati dalam kebakaran tersebut. Dalam peperangan ini, Raja Godigera telah mati lemas akibat cuba melarikan dalam medan pertempuran. Perjuangan tentera Gotik telah diteruskan oleh Goted.

Dalam perjuangan untuk menghapuskan saki baki tentera Gotik, Tariq bin Ziyad telah pergi ke sebuah perkampungan Maktum untuk mengawasi kampung tersebut daripada tentera Gotik. Akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh tentera Islam, maka ramai penduduk kampung yang tertarik dengan Islam lalu memeluk islam. Mereka di latih memegang senjata untuk berlawan dengan tentera Gotik. Tariq bin Ziyad juga telah mengambill anak angkat yang dinamanya Khalid kerana budak ini tidak takut kepada panglima Islam, Tariq bin Ziyad berbanding rakan sebayanya yang lain.

Tariq bin Ziyad yang dibantu oleh Panglima Amir, Malik dan Suffian dalam peperangan ini. Dalam usaha untuk menangkap angkatan tentera Goted, Tariq bin Ziyad telah membahagikan tentra Islam kepda empat bahagian iaitu 2 500 ke Cordova di bawah pimpinan tentera Amir, 2 500 tentera di bawah pimpinan Panglima Malik ke kota Malaga, tentera di bawah pimpinan Panglima Sufian ke kota Granada manakal Tariq bin Ziyad ke kota Toledo.

Apakah kesudahan perjuangan Tariq bin Ziyad? Adakah tentera Islam mampu menawan Andalusia? Siapakah yang membocorkan rahsia pertahanan Raja Godigera dan tentera Gotik kepada Tariq bin Ziyad? Adakah cita-cita Tariq bin Ziyad untuk menyebarkan sinar Islam di benua eropah tercapai? Untuk mengetahui kesudahan kisah perjuangan Tariq bin Ziyad, boleh dapatkan buku ini di pasaran...

No comments:

Post a Comment