Wednesday, July 13, 2011

Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia

Iklim dan Cara Hidup Manusia di Negara-negara Lain
Iklim dunia dibahagikan kepada tiga zon:


a) Zon panas - iklim khatulistiwa, Iklim Monsun Tropika, Iklim Jenis Sudan dan Iklim Gurun Panas.

b) Zon sederhana
i) Zon sederhana panas
- Iklim China, Jenis Steppe dan Jenis Mediterranean
ii) Zon sederhana sejuk
- Iklim Jenis British, Jenis Siberia dan Jenis Laurentia


c) Zon Sejuk

- Iklim Tundra/ Artik


Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Gurun Thar


A) Ciri Iklim di Gurun Thar

- Mengalami iklim gurun panas iaitu panas dan kering sepanjang tahun

- Hujan tahunan kurang daripada 250 mm.
- Julat suhu tahunan besar, 23 o C
- Suhu maksimum pada bulan Jun mencapai 50
o C
- Suhu minimun pada hujung dan awal tahun suhu serendah 5
o C hingga 10 o C. Ibun (fros)
sering berlaku kerana suhu yang sangat rendah

- Suhu pada waktu siang sangat tinggi manakala suhu waktu malam sangat rendah.
- Ribut pasir (andhi) berlaku pada bulan Mei dan Jun

B) Kehidupan di Gurun Thar
- Gurun Thar terletak di sempadan India dan Pakistan.
- Kegiatan pertanian kurang penting kerana cucaca panas dan kering sepanjang tahun
- Sebilangan besar, penduduk menjalankan kegiatan menternak binatang (lembu, kambung dan
unta) secara nomad.
- Hujan yang turun akan ditakung di dalam tangki atau empangan. Tangki bawah tanah dikenali
sebagai 'Kunds'.
- Projek Terusan Rajasthan untuk memudahkan kegiatan pertanian.
- Jenis tanaman yang diusahakan ialah gamdum, kapas, kurma dan pokok delima.
- Sumber makanan terdiri daripada biji dan buah pokok Khejri, Kiar, Kumat, Kachri dan
Gonda
yang dijadikan hidangan yang dikenali sebagai 'Pack-Kutta' yang biasa di makan
semasa musim kemarau.
- Rumput Munja dan Kans digunakan untuk membuat pulpa.
- Unta dan keldai diternak untuk pengangkutan dan sumber makanan.
- Penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian tinggal di kawasan petempatan yang tetap.



MENGAPA GURUN PANAS MENGALAMI JULAT SUHU HARIAN YANG BESAR?
- kerana tiada litupan awan di gurun panas
a) Cuaca pada waktu siang panas kerana kekurangan litupan awan menyebabkan pancaran matahari sampai terus ke bumi.
b) Cuaca pada waktu malam sejuk kerana haba dibalikkan semula ke angkasa dan tidak dihalang oleh awan.

CIRI IKLIM DAN CARA HIDUP MANUSIA DI KAWASAN SIBERIA
A) CIRI IKLIM SIBERIA
1) Mengalami iklim sejuk sederhana atau iklim jenis Siberia
2) Musim sejuk yang panjang dan terlampau sejuk. Suhu musim sejuk antara – 5 oC hingga – 11 oC.
3) Musim panas singkat dan sederhana panas. Suhu musim panas antara 12 oC hingga 15 oC.
4)Julat suhu tahunan besar iaitu 65 oC.
5) Hujan tahunan antara 380 mm hingga 635 mm.
6) Hujan turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan dan pada musim sejuk turun dalam bentuk salji.
B) KEHIDUPAN DI KAWASAN SIBERIA
1) Kegiatan pertanian terhad di Siberia kerana mengalami musim sejuk yang panjang.
2) Penanaman diusahakan di barat dan barat daya Siberia kerana lebih panas sedikit dari Pergunungan Ural hingga Tasik Baikal.
3) Penduduknya menanam gandum, oat, ubi kentang, rai dan barli.
4) Penternakan lembu tenusu, ayam dan itik juga dijalankan.
5) Kaum Samoyed dan Yakut menjalankan kegiatan memburu dan menjerat binatang seperti tupai,beruang, musang kecil, lynx, martens dan rubah.
6) Pada musim sejuk, penduduk menjalankan kegiatan pembalakan di hutan pokok tirus. (Hutan Taiga). Pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku dan pokok mudah ditebang.
7) Kegiatan melombong gas asli, petroleum, arang batu dan emas turut dijalankan.
8) Terdapat kawasan perkilangan seperti industri melebur aluminium, pulpa, tekstil, kenderaan dan bahan logam.

CIRI IKLIM DAN CARA HIDUP MANUSIA DI KAWASAN GREENLAND
A) CIRI IKLIM GREENLAND
1) Mengalami iklim tundra atau Artik
2) Sangat sejuk dan kering sepanjang tahun
3) Musim sejuk panjang dan amat sejuk. Suhu antara - 4 oC hingga – 22 oC.
4) Permukaan bumi diliputi salji selama 8 bulan semasa musim sejuk.
5) Musim panas singkat dan sederhana sejuk. Suhu antara 1 oC hingga 5 oC.
6) Julat suhu tahunan besar antara 27 oC
7) Kerpasan dalam bentuk salji dan jumlah tidak melebihi 250 mm.
8) Ribut salji bertiup dengan kelajuan 209 km/j


B) KEHIDUPAN DI KAWASAN GREENLAND

1) Penduduk utama terdiri daripada kaum Inuit atau dikenali sebagai Orang Eskimo.
2) Kaum Inuit memburu binatang seperti karibu dan anjing laut untuk mendapatkan daging dan kulit.
3) Mereka juga menanam ubi kentang dan rumput di bahagian Selatan Greenland.
4) Penternakan biri-biri dan rusa dijalankan.
5) Perikanan merupakan pekerjaan utama. Mereka menangkap udang, ketam salji, halibut, salmon dan kod.
6) Kini, penduduk Greenland tinggal di rumah yang dibekalkan dengan air dan elektrik. Mereka tidak tinggal dalam tupik dan igloo.

Thursday, July 7, 2011

Eksplorasi Gua Gunung Senyum - Siri 2

Sambungan dari Siri 1: Ekplorasi Gua Gunung Senyum (31/5/2011)

Lokasi Gua Makan Tok Long terletak di tepi Gunung Senyum

Untuk sampai ke Gua Makam Tok Long, kami terpaksa mendaki tangga yang agak curam. Gua Makam Tok Long ini menawarkan cerita mitos dan misteri di sebalik makamnya.

Menurut mitos seperti diceritakan oleh En. Sallehudin, Tok Long merupakan seorang hamba Allah yang hidup sebatang kara dan anggaran berumur awal 30 – 40 tahun. Tok Long berpewatakan menarik, baik hati, jujur, lurus dan suka membantu orang kampung. Tok Long mempunyai hobi yang suka memikat burung terkukur. Pada suatu hari, Tok Long telah berjaya memikat burung terkukur berbulu emas. Semasa Tok Long ingin mengeluarkan burung terkukur emas itu dari sarang, burung terkukur emas itu berjaya melepaskan diri dan terbang dari dahan ke dahan lain sehingga menuju ke kaki Gunung Senyum. Hati Tok Long ralat. Setiap hari ada kelapangan, Tok Long akan mengunjungi Gunung Senyum untuk cuba memikat kembali burung terkukur emas itu.

Hari demi hari, bulan demi bulan, kunjungan setia Tok Long ke Gunung Senyum menarik perhatian si Puteri Bunian. Akhirnya, Tok Long dan Puteri Bunian berkahwin dengan beberapa syarat. Antaranya, Tok Long haruslah mandi di Gua Kolam Tujuh, mengeringkan badan di Gua Angin serta bermandikan cahaya bulan di Gua Terang Bulan. Perkahwinan Tok Long dengan Puteri Bunian dihadiahkan Gua Taman Satu dan Gua Taman Dua.


Setelah sekian lama, Tok Long berasa rindu dengan keluarganya. Tok Long meminta kebenaran Puteri Bunian untuk berjumpa dengan keluarganya selama satu purnama. Puteri Bunian kemudian mengizinkan kepulangan Tok Long. Semasa keberadaan Tok Long dengan Puteri Bunian, Tok Long telah mempelajari ilmu perubatan. Semasa kepulangan Tok Long ke kampungnya di Kuala Krau, Tok Long telah merawat orang sakit. Akibat terlalu gembira pulang ke kampung, Tok Long telah melanggar janjinya dengan Puteri Bunian. Apakah yang berlaku dengan perkahwinan Tok Long dan Puteri Bunian? Jawapannya boleh anda dapati dengan melawat Gua Makam Tok Long ini.


Antara misteri yang menyelubungi Gua Makam Tok Long ini ialah bau wangi pada waktu pagi dan petang yang dapat dihidu oleh orang pertama menjejak kaki ke Gua Tok Long ini dan bau semakin menghilang ke penjejak yang terakhir. Selain itu, terdapat dua tapak kaki yang tiada lekuk di persekitaran Makam Tok Long.

Selain mitos dan misteri, Gua Makam Tok Long juga menyimpan khazanah zaman pra-sejarah. Di sekitar Makam Tok Long, terdapat kesan cari gali arkeologi yang menemui rangka manusia, tulang, cengkerang, manik perhiasan wanita dan kesan pembakaran yang dipercayai kawasan dapur.

Tapak arkeologi yang terdapat bersebelahan Makam Tok Long

Seterusnya, kami mengambil jalan tangga kerana ramai antara kami yang keletihan. Rasanya rugi para pelajar kerana tidak dapat merasai melalui dicelahan lubang gua yang sempit untuk menuju ke Gua Silat.

Kami semua berkumpul mendengar taklimat terakhir di Gua Silat


Sesampai kami di Gua Silat, kelihatan dalam guanya yang gelap dan luas. Memang sesuai untuk menuntut ilmu persilatan sesuai dengan namanya, Gua silat. Kami memasuki dalam perut Gua Silat menuju ke Danau Impian. Ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk melihat Danau Impian yang merupakan sebuah kawasan yang terperosok di tengah-tengah kawasan gunung yang dikelilingi batu-batan. Di dalamnya terdapat tumbuh-tumbuhan dan danau yang masih terpelihara daripada gangguan manusia. Menurut jurupandu kami, di sinilah kali terakhir Tok Long melihat kelibat Puteri Bunian.

Gua Danau Impian seindah namanya.....berehat sebentar...

Eksplorasi ke Gua Gunung Senyum sampai ke penghujungnya. Di Gua Silat, kami mendengar taklimat terakhir dari En. Sallehudin. Antara pesanannya kepada kami semua ialah teknik belajar yang berkesan iaitu dengar, sebut, tengok dan buat. Selain itu, kami semua dinasihat terutama kepada pelajar yang mengambil peperiksaan awam supaya jangan meninggalkan solat, melakukan Qiamulai, solat hajat berdoa pada sujud terkahir.

Keindahan di tepian kaki Gunung Senyum


Maka berakhirlah, eksplorasi kami ke Gua Gunung Senyum. Berat mata memandang, berat lagi hati kami untuk meninggalkan Gua Gunung Senyum yang banyak menyimpan misteri dan mitos disebaliknya. Dalam kepenatan, kami turun menuruni tangga yang curam dengan berhati-hati. Sampai di kaki Gunung Senyum, kami perlu berhati-hati semasa melalui jambatan yang tergantung bersebelahan Gunung Senyum kerana ada kayu-kayu di jambatan telah berlubang. Rasa nak tercabut jantung ini melalui jambatan kerana kegayatan serta ditambah dengan kenakalan peserta ekspedisi yang mengoyangkan jambatan ini. Syukur alhamdulillah, akhirnya kami semua selamat sampai ke tapak perkhemahan.

Berakhirlah eksplorasi kami gua Gunung Senyum yang banyak menyimpan misteri dan mitos di sebaliknya. Semoga eksplorasi ini ada manfaatnya terutama kepada pelajar yang mengikuti kembara ini. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia, kita sebagai manusia seharusnya mengkaji dan mengambil pelajaran disebaliknya.Harapan aku semoga dapat mengikuti lagi kembara melihat keindahan ciptaan Tuhan.


Gua Gunung Senyum menyajikan keindahan bagi pencinta alam sekitar