Friday, May 21, 2010

Salahudin Ayubi


Tajuk : Novel Sejarah Islam Salahudin Ayubi (Penakluk Jerusalem)
Penulis : Abdul Latip Talib
Tebal : -
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : -
Tahun : Cetakan Ke 9, 2010
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson

Nama sebenarnya ialah Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543 H atau 1138 M. Najmuddin Ayyub iaitu ayah Salahudin berbangsa Kurdish dan berasal daripada Azarbaijan. Ayahnya merupakan gabenor di Tikrit dan bapa saudaranya, Asadudin Syirkuwah merupakan panglima tentera.

Sejak kecil Salahudin didik dengan ilmu keagamaan dari ayahnya dan ilmu kenteraan oleh bapa saudaranya.

Menurut Lane-pole seorang ahli Sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. “ Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjadi kelesuan pemikiran golongan bangsawan.”

Kejayaan utama Salahudin ialah menawan kota Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari jumaat 27 Rejab 583 Hijrah selepas berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai 1187.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.

Salahudin Ayubi merupakan seorang yang begitu teliti dalam ilmu ketenteraan. Beliau menggunakan teknik peperangan seperti zaman Rasulullah. Beliau bercita-cita tinggi untuk membebaskan kota Baitul Maqdis dari jajahan Rom walaupun tidak mendapat kejersama dari kerajaan Islam lain. Salahudin Ayubi juga merupakan seorang yang tekun beribadah dan patuh kepada ajaran agama.Contohnya, apabila Salahudin ingin menawan Baitul Maqdis, beliau hanya memilih pejuang Islam yang menghidupkan malam dengan melaksanakan Qiamulail...

Ini hanya sebahagian coretan perjuangan Salahudin Ayubi. Untuk mengetahui liku-liku perjalanan Salahudin Ayubi bersama tentera Islam dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis, boleh dapatkan buku ini di pasaran....

No comments:

Post a Comment