Friday, January 28, 2011

Info Alam Sekitar: Tahukah Anda


1. Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

2. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF), ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama satu jam, bertujuan untuk mengurangkan pembebasan karbon ke udara sekali gus mengurangkan pemanasan global.

3. Beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

4. Mod Sedia di Peralatan Elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video,stereo, komputer dan lain-lain peralatan elekttrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia ada boleh mengurangkan sehingga 100kW jam setahun iaitu sehingga 100kW jam setahun iaitu lebih kurang RM22/tahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.

5. Kitar Semula Dapat Menyelamatkan Hutan. Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksan ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkn bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru oksigen dan udara bersih.

SUMBER: Berita Harian, Jumaat 7 Januari 2011

No comments:

Post a Comment