Friday, January 21, 2011

Berakhirnya Orientasi

Aku dan rakan-rakan guru terpaksa naik seminggu awal ke sekolah untuk bermesyuarat profesionalisme perguruan. Setiap hari mesti ada aktiviti di sekolah. Antaranya, hari rabu, semua guru terlibat dengan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 dan jumaat (walaupun cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak menang piala Suzuki 2010) aku dan rakan guru terpaksa menghadirkan diri untuk pendaftaran pelajar tingkatan 4.

Selain itu, aku dan rakan-rakan guru juga terlibat dengan pengurusan kelas. Kami terpaksa mengangkat kerusi dan meja yang baru sampai dari kilang dan menyeragamkan warnanya untuk keselesaan bakal pelajar. Kesian aku tengok guru-guru wanita pun terpaksa mengangkat kerusi dan meja kayu yang berat bebenannya. Ada juga rakan guru yang terpaksa datang ke sekolah pada hari sabtu dan ahad. Macam aku, terpaksa datang hari sabtu untuk menyusun kerusi dan meja yang baru sampai. Syukur alhamdulillah. Aku berterima kasih pada guru yang telah mengangkat kerusi dan meja dalam kelas aku.



Inilah hasilnya susunan kerusi dan meja di kelas aku. Aku berharap para pelajar hargailah harta sekolah terutama kerusi dan meja. Jangan amalkan budaya vendalisme kerana yang rugi pelajar sendiri. Mereka terpaksa kongsi kerusi dan meja serta menganggu P&P kerana mencari kerusi. Kesian aku tengok mereka. "Cikgu, saya nak keluar cari kerusi" itulah antara diaolag mereka dengan aku.

Akhirnya tiga bulan orientasi dapat aku dan kawan jayakan waluapun terpaksa mengorbankan dua minggu cuti sekolah. Aku dan rakan-rakan sepakat untuk menghantar buku laporan orientasi pada hari Jumaat. Aku cuba menyiapkan buku laporan itu pada hujung minggu dan hari cuti umum. Akhirnya, pada hari selasa aku telah menyiapkan laporan itu dengan sebaiknya. Keesokanya di sekolah, aku dan rakan dipanggil oleh guru kanan pentadbiran (GPK) dan meminta kami menyerahkan buku laporan tersebut pada hari Khamis. Syukur alhamdulillah, aku telah menyiapkannya awal. Namum, kawan-kawanku yang menangguh kerja terpaksa menyiapkan buku laporan itu pada malam harinya. Kesian aku lihat mereka terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan buku laporan itu. Oleh itu, aku mengambil pengajaran dari kejadian ini, kita perlu mengutamakan kerja yang perlu disiapkan dan yang penting jangan menangguh kerja.

Oops...aku kesuntukan masa untuk menulis. Aku perlu bersiap ke sekolah. Walaupun hari ini, Sabtu, sekolah aku mengadakan sekolah ganti sempena Cuti Tahun Baru Cina.
Erm...dapat juga aku cuti seminggu untuk Cuti Tahun Baru Cina....

No comments:

Post a Comment