Hari Isnin, 26 Mac 2012.
Sampai je sekolah, Cikgu Pyan yang selalu 'kecoh' tu memberitahu aku bahawa nama aku 'naik' untuk bertugas semasa pilihan raya umum (pru) ke 13. Terkejut aku dibuatnya. Bila aku mengisi borang permohonan untuk menjadi petugas pru ni? Pihak pentadbir selalu menggunakan kuasa 'autoriti' berbanding 'demokrasi'. Apa boleh buat, terpaksa rela aku menerima tugas ini walaupun keinginan ini kuat untuk balik ke kampung untuk mengundi buat kali pertama. Berkecai harapan hatiku. Tetapi ini mungkin pengalaman seumur hidup sekali sahaja, jadi kami yang menurut perintah, menerima dengan rela hati demi negara tercinta...Cikgu kerjanya serba-serbi boleh... dari mengajar dalam kelas hinggalah melakukan kerja-kerja perkeranian...
Hehe masa PRU ke 12 yang lepas, tak nak balik kampung mengundi (masa tu masih belajar di UPM). Sekarang PRU ke 13 ni mengundi pos je la ye..
Hari Rabu, 28 Mac 2012.
Seawal pagi, aku terus bertolak ke rumah kawanku untuk menumpang keretanya ke dewan raya. Setibanya di hadapan pasaraya Titah, kawanku 'Miss Ooi' sudah tiba lebih awal daripada kami walaupun kami sudah berjanji untuk berjumpa pukul 8.00 pagi. Inilah tingkah laku mulia, apabila berjanji menepati masa. Bukannya berjanji pukul 8.00 pagi baru nak bertolak dari rumah.
Sepatutnya, majlis bermula pukul 9.00 pagi, tetapi akibat ramai yang terlewat sampai di kaunter pendaftaran, maka majlis pun bermula lewat 15 minit. Ermm... bilalah orang kita nak berubah untuk menepati masa. Masa makan 10.30 pagi pun dianjakkan pukul 11.30 pagi. Laparnya perut ini kerana sebelum pergi tadi, makan pagi beralaskan susu dan sekeping roti. Sedihnya, apabila keluar menjamu selera makananya hampir habis dan airnya sudah habis. Terpaksalah menapak ke sekolah berhampiran...
Taklimat bersambung kembali... Kali ini petugas SPR menunjukkan kami gambaran suasana di saluran pilihan raya. Ada peserta yang berlakon menjadi kerani pengundian, ktm, ejen dan pengundi. Akhirnya, taklimat berakhir pukul 2.30 petang. Kemudian kami menjamu selera walaupun makananya hampir habis tapi makananya menyelerakan... asam pedas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hari ni boleh pulang awal....
Cabaran yang sebenar ialah pada hari pengundian... Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Amin... ..
No comments:
Post a Comment