Monday, March 19, 2012

Menghilir di Sungai Pahang

MENGHILIR DI SUNGAI PAHANG


Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan

PENYANYI: ROSLAN MADUN




Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu 475 km. Sungai ini merupakan cawangan dari anak Sungai Jelai yang berpunca dari banjaran Titiwangsa. Kemudian, ia mengalir ke bawah untuk membentuk Sungai Jelai di kawasan Lipis. Sungai mengalir terus ke kawasan Jerantut dan menyertai Sungai Tembeling, membentuk Sungai Pahang di Kuala Tembeling. Di lokasi tersebut, ia dipanggil Ulu Sungai Pahang. Sungai Pahang terus melepasi kampung Pulau Tawar dan daerah Temerloh dan Maran dan akhirnya bertemu di muara laut di rantau Pekan iaitu di Kuala Pahang. Akhirnya sungai bertemu dengan Laut China Selatan. (sumber: Wikipedia)



p/s: Seronoknya cuti sekolah seminggu yang lalu dapat menghabiskan masa bersama keluarga di negeri yang tercinta, Pahang Darul Makmur atau dahulu dikenali dengan panggilan Inderapura. Perjalanan pulang ke Johor dinihari Isnin, bertemankan kabus sepanjang perjalanan di Rompin selepas Muadzam Shah (melalui jalan persekutuan Kuantan-Segamat) sungguh mendamaikan..... Indahnya saat itu.... Memandu dalam kabus? Berhati-hatilah dan jangan lupa pasang lampu kereta anda supaya pengguna jalan raya mengetahui kehadiran anda di jala raya..

No comments:

Post a Comment