Hari Sabtu, 24 Mac 2012
Alhamdulillah, sekian lama menunggu hampir setahun, akhirnya pada hari ini aku, Haja dan Ayu dapat menghadiri taklimat kursus induksi di Batu Pahat. Kursus induksi ini penting untuk pengesahan jawatanku. Kami semua berkonvoi kereta ke Parit Raja, Batu Pahat. Taklimat bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kami semua diberi tugasan individu dan berkumpulan. Penyerahan tugasan pada Kursus Induksi sebulan dari sekarang.
Tugasan individu lebih berkaitan dengan cara penyimpanan dokumen Rahsia Besar, Rahsia dan Sulit serta Terhad. Manakala tajuk berkumpulan berkaitan Inovasi. InsyaAllah dalam tempoh sebulan ini, aku cuba untuk menyelesaikannya...
Seusai taklimat, aku terus menelefon adikku yang belajar di UTHM, Batu Pahat. Aku terus ke kediamannya dan membawanya keluar ke bandar Batu Pahat. Adikku membawaku ke Batu Pahat Mall. Pusat beli-belah yang senang untuk dikunjungi kerana berhampiran jalan besar yang menghubungkan Batu Pahat dan Ayer Hitam. Aku hanya membeli barang dapur di Pacific dan menghadiakan majalah Q & A isu perdana kepadanya. Batu Pahat telah kujelajahi, Muar tunggulah ketibaanku...
No comments:
Post a Comment