Dipagari tanah tinggi dan lautan
Bebunga berseri menghiasi taman
Dilintasi Sungai Pahang yang ternama
Menyuburi kehijauan tanaman
Berbagai cabaran misteri kedamaian
Hutan Endau -Rompin dan Taman Negara
Membiru gelombang di Teluk Cempedak
Pulau Tioman penuh keasyikan
Berbagai bangsa aneka budaya
Bersatu usaha penuh setia
Berganding menuju arah cita-cita
Demi masa depan penuh gemilang
Kuantan pusat perancangan
Lipis bersejarah pahlawan terbilang
Pekan Bandar Diraja duli bersemayam
Memerintah watan penuh keadilan
Dirgahayu…
Tinggi Gunung Tahan kemuncak harapan
Tenang Tasik Chini kedamaian watan
Wahai anak nusa
Bukti kesetiaan
Oh kau negeriku Pahang Darul Makmur…
Penyanyi : Razak Ahmad
Komposer: Azmi Hamzah (semasa mengajar di SK Tanah Rata,Cameron Highland 1986-1991)
· Tempat kedua Pertandingan Mencipta Lagu Pahang 1991
Lagu ini banyak nostalgia kepada diriku. Dulu, masa kecil selalu mendengar lagu ini radio Kuantan (Sekarang Radio Malaysia Pahang). Tetapi apa yang ingin ku catat disini, ialah seni kata lagu ini yang menceritakan perihal negeriku. Sesuai sangat untuk ABM BENTUK MUKA BUMI. Kenapa? Dalam lirik ini ada memperihalkan bentuk muka bumi iaitu tanah, tinggi, tanah pamah, lembangan (kawasan yang disaliri sungai) dan pinggir laut.
Bertuah negeri Pahang kerana letaknya Gunung Tahan iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, 2 187 m dan Sungai Pahang (sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, 475 km). Tasik Chini penuh misteri dan tasik Bera pula merupakan tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Damainya Hutan Endau-Rompin dan Taman Negara yang menyimpan khazanah biodiversiti yang tinggi nilainya.Tanah pamahnya pula dibina petempatan seperti di Kuantan (Ibu negeri Pahang), Lipis dan Pekan. Pantai-pantainya indah dan bersih seperti di Teluk Chempedak dan Pulau Tioman.
Alangkah indahnya lagu ini. Tetapi tak sesuai digunakan ABM di negeri Johor. Tapi adakah generasi sekarang di Pahang pernah mendengar lagu ini????? Sudah selesai mengajar bentuk muka bumi tanah tinggi. Minggu ini ada ujian 1. InsyaAllah, lepas cuti sekolah ini nak mengajar tajuk tanah pamah. Huhu, sedihnya kena balik lambat cuti sekolah ini, ada kelas tambahan.... Sabar aje lah...
Semoga ada manfaatnya..
No comments:
Post a Comment