26 April 2012 (Khamis)
Selepas berhempas-pulas selama dua hari menantikan detik-detik Ujian yang mendebarkan, kebanyakkan nota-nota dan soalan yang kami ulang kaji disoal dalam ujian, cuma apabila menggunakan teknik hafalan menyebabkan ada fakta yang tak teringat semasa menjawab soalan... Oleh itu, dinasihatkan rakan-rakan sekalian baca dan cuba fahamkan lah apa yang dibaca ye...
Seusai 'check-out' daripada hotel, inilah masanya untuk menjelajah bandar Muar. Kebanyakkan bangunan di bandar Muar bercirikan seni bina era tahun 80an kerana ada bangunan yang berhadapan hotel penginapan kami tertera tahun 1986. Seusia dengan kami plak...
Tempat pertama kami tuju ialah ke tanah perkuburan bersebelahan SM Sains di Bakri. Sahabatku, Ayu ingin membaca Al-Fatihah kepada insan yang pernah bertahkta dihatinya. Apakan daya Allah lebih menyangi arwahyarham. Aku dan Haja hanya menanti di dalam kereta bersebelahan dengan tanah perkuburan.
Jalan di bandar Muar ini sehala. Jadi berhati-hatilah semasa memandu kereta ye. Kami melintasi semula jambatan yang merentangi sungai Muar iaitu sungai yang terpanjang di Johor. Di sekitarnya, tersergam bangunan yang menunjukkan perubahan zaman dari era penjajah hingga kini.
Sungai Muar,
Engkau menyimpan seribu rahsia anak bangsa,
Sungaimu mengalir lesu menuju ke muara,
Membawa beribu kelodak yang memudarkan warnamu
Angkara tangan manusia tidak bertimbang rasa...
Namun, engkau tetap mengalir menyumbang jasa kepada bangsa...
Bersajak pula... Perut pun mula rasa lapar. Kalau datang Muar, rugi kalau tak makan Mee Bandung dan asam pedas. Kawan serumahku mencadangkan kami menikmati makanan ini di Tanjung Emas. Sedap juga makan Mee bandung Muar ni bersama ABC. Sebagai buah tangan kami membeli perencah mee bandung Mak Pon..
Suasana di sekitar Tanjung Emas. Lokomotif yang terdapat di Tanjung Emas dipercayai tertua di Malaysia.
Bangunan antik yang terdapat di Dataran Tanjung Emas yang merupakan lokasi karnival di bandar Muar
Lepas makan, solat dan berehat sekejap di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di bawah ini gambar disekitar Masjid ...
Foto di dalam masjid. Mimbar dan lampu yang tergantung memaparkan kesenian zaman lampau
Tempat yang indah untuk bersantai. Kolam air pancut mengindahkan lagi suasana dipersekitraran masjid
Peninggalan sejarah harus dipelihara untuk tatapan generasi akan datang
No comments:
Post a Comment