Sunday, April 29, 2012

Induksi Muar...

24 -26 April 2012 ( Selasa - Khamis)

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Bandar Muar dan dikenali juga sebagai Bandar Maharani yang kini diisytiharkan sebagai Bandar Diraja untuk negeri Johor.
Kursus induksi yang aku hadiri ini merupakan Kursus Induksi SSM Modul Khusus iaitu untuk para pendidik yang berbakti di negeri Johor. Slot ceramah lebih kepada KPM dan peningkatan Profesional Keguruan. Modul Umum berkaitan dengan perkidmatan awam perlu dibaca sendiri ye...CD sudah dibekalkan semasa taklimat Induksi di Batu Pahat, sebulan yang lalu.

Penceramahnya memang terbaik walaupun ada sesi ceramah selepas makan tengah hari tapi kami semua enjoy ceramah dan tidak ada yang tidur semasa ceramah... Terkesan juga dengan satu soalan penceramah..

 "Keluarkan secebis kertas dan tulis kenapa anda menjadi guru". Kemudian penceramah itu secara rawak memilih peserta untuk membacakanya..

Ada yang mengajar kerana minat, ada yang kena paksa dan ada juga yang jadi guru kerana berjaya mengisi borang. Apapun kita semua ditakdirkan menjadi seorang guru. Mungkin yang dipaksa lama-kelamaan akan jatuh cinta dengan kerjaya ini tapi kalau tidak berminat jugak eloklah berhenti kerana

" Seorang doktor yang melakukan kesilapan hanya merosakkan seseorang sahaja tapi kalau guru yang melakukan kesilapan akan merosakkan satu generasi..."

Seronok sangat Kursus Induksi dengar ceramah, buat aktiviti berkumpulan (study), makan dan minum di Hotel Pelangi. Huh... Rasa macam duduk Cameron Highlands je, sejuk sangat... Tapi makanan dan kemudahan hotel amat memuaskan hati. Kadangkala stress juga fikir pasal peperiksaan di hari akhir kursus..

Masih aku teringat bacaan doa oleh seseorang ustaz yang bacaan doanya sangat sayu dan mendayu-dayu memohon rahmat dan perkenan Allah s.w.t.

Terima kasih kepada penghulu yang mengambil inisiatif untuk menolong 'photostat' soalan-soalan Ujian Induksi tahun-tahun lepas. Terima kasih juga kepada para peserta yang menyumbang bahan photostat... Semoga kita semua lulus dengan jayanya dalam Induksi ini...
 
 Antara peserta kursus Induksi di Hotel Pelangi. Seronok berkenalan dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain...

No comments:

Post a Comment