Wednesday, February 15, 2012

Air Mata... Menangislah..

Setiap hari aku melayari internet untuk 'key in' data pelajar secara online. Sistem yang baru diperkenalkan itu selalu menyusahkan aku sahaja. Bosan betul bila dia tulis "Tidak dapat sambung ke pangkalan data. Sila hubungi Admin". Tak dapat 'key in' maklumat ibu dan yang terbaru ini, semua data bapa pelajarku telah ditukar kepada nama seorang sahaja. Tak faham? Maksudnya dalam kelas aku terdapat seorang bapa sahaja iaitu Nurha*****

Dah awal tahun, aku dah 'key in' SMM pelajar sekarang dibebankan lagi dengan mengisi secara online plak..

Masalah kali ini, betul membuat aku menangis... Aku dah letih untuk menghadap aplikasi ini. Banyak kerjaku yang tertangguh. Aku nak kena buat soalan ujian 1 pada bulan 3 ni. Aku nak buat persediaan mengajar. Pagi semalam asyik nak 'mengupdate' data pelajar, sampai aku terlupa buat persediaan untuk mengajar. Dah la semalam kena datang awal, untuk mesyuarat (selepas mesyuarat mesti bertambah kerja perkeranian). Mujurlah aku sudah mengajar tajuk ini tahun lepas boleh la mengajar tetapi AKU TETAP TIDAK PUAS HATI kerana aku tidak memberi yang terbaik kepada pelajarku. Tugas utamaku, mendidik pelajar, bukan dibebankan dengan kerja perkeranian....

Air mata ini tumpah jua... Aku menangis, semasa mengedit kembali maklumat bapa itu... Tiada teman yang sudi tenangkan kegelisahan hati ini. Aku terus menangis teresak-esak sambil key in data sehingga LED 'broadband CELCOM' aku yang berwarna biru (3G) itu bertukar warna hijau (GPRS). Aku menyerah.... Aku tutup laptop. Aku baring sambil melayan perasaaan ini. Tiba-tiba, cahaya matahari yang terkena pada wajahku.

Lantas aku bangun, membersihkan diri dan ambil wuduk. Aku ingin mengadu masalah ini kepada Tuhanku, Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Tiada teman disisi, berjauhan dengan keluarga membuatkan aku ingin pergi dari daerah ini..... Hanya Allah yang sentiasa disisi. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini. Sesungguhnya hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala... Perkenanlahkan doa hambaMu ini.. Amin...




3 comments:

  1. Sabar adalah nasihat yg bleh diberi. beban ini akan berterusan sehingga terabai tugas hakiki seorang guru. material didahului. kdg2 org lain mgatakan teknologi memudahkan kerja bahkan kita laluinya berbeza. ujian Allah terhadap hambaNya juga berbeza. Moga ini dijadikan peluang untk bjaya pd masa akan datang =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..... Terima kasih atas sokongan. Kita pun sedih atas penutupan PSS sementara yang kita usahakan dulu. Macamana nak menyemai budaya membaca dikalangan pelajar, kalau gedung ilmu ditutup dan tidak tahu bila boleh beroperasi semula...

    ReplyDelete
  3. Tak semestinya penutupan PSS bermakna tutup budaya membaca. Kita teruskan anak didik kita terus membaca bahan ilmiah. Prog Nilam terus berjalan wpun PSS tiada. Kekangan menuntut kita mencari jalan lain. Insya Allah ada jalan penyelesaiannya ^_^

    ReplyDelete