Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H & Hari Merdeka 2011

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1342 H dan Selamat Hari Merdeka ke 54 tahun... Macam orang sekarang kata, rayakan sebulan dan sambutan bulan kemerdekaan pun sehingga 16 September iaitu Hari Penubuhan Malaysia...


Rasa macam tidak puas cuti di kampung. Perjalanan pulang sejauh 306 km, sungguh memenatkan namun hati senang apabila terpandang banner "Selamat Pulang Perantau ke Rancangan". Lumrah kehidupan, hidup ini adalah musafir. Merantau dari satu destinasi ke destinasi. Akhirnya tetap pulang ke tempat asalnya seperti kata bak pepatah "sireh pulang ke ganggang".

Raya tahun ini disambut dengan sederhana tetapi tetap meriah. Sudah lama tidak beraya di Kuala Lipis, Pahang (kampung mak) atau Sekinchan, Selangor (kampung ayah). Rindu rasanya suasana kampung dan beraya dengan sanak saudara.

Cuti raya ini, sempat juga bersiar-siar di Teluk Chempedak.

Bayu laut bertiup pada waktu siang membawa angin sepoi-sepoi bahasa. Dedaunan pohon kelapa dan mengkuang bergerak mengikut irama bayu. Di tepian pantai, pokok tapak kuda & rumput menjalar hidup subur di bawah terik mentari. Sekali-sekala terlihat keletah sang monyet nakal cuba mencuri bekalan makanan pengunjung. Sungguh mendamaikan. Namun, hati tidak senang melihat 'Jalur Gemilang' berkibar megah dengan keadaan yang uzur.

Kibaran jalur gemilang


Sempena bulan kemerdekaan ini, ramai juga penduduk kampungku yang mengibar bendera 'Jalur Gemilang'.

Nikmat kemerdekaan ini harus di syukuri. Betapa sukarnya, pejuang-pejuang bangsa seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Tok Janggut berjuang untuk membebaskan bumi tercinta ini daripada penjajah.

Kini, kita sudah bebas daripada penjajah. Tetapi jangan biarkan diri kita dijajah minda dan tingkah laku kita tanpa kita sedari......


Salam perjuangan seluruh alam.....

No comments:

Post a Comment