Tuesday, September 27, 2011

27 SEPTEMBER 2011

Pejam celik... pejam celik.... rupanya sudah setahun aku berada di bumi Johor ini. Sepanjang perjalanan hidup di sini, pelbagai liku-liku kehidupan aku lalui. Ada suka dan ada duka. Itulah kehidupan...Bak kata pujangga...

"Hidup tidak selalunya indah, tetapi yang indah akan sentiasa hidup"

Setiap manusia ingin kehidupan yang indah dan bahagia bersama orang tersayang. Kadang-kadang Allah, jarakkan kita dengan orang tersayang supaya kita saling sayang-menyayangi dan harga-menghargai. Apabila berjauhan dengan keluarga, amat terasa kesunyiannya tetapi apabila mempunyai teman-teman yang baik dan memahami, terasa kesunyian itu dapat ditampung mereka.

Hari ini genap setahun aku bergelar seorang guru. Aku cuba menjadi guru yang terbaik dan ingin memberi terbaik kepada pelajarku. Namun, jalannya berliku kerana kelemahanku sendiri. Mungkin pengalamanku masih kurang, banyak yang perlu aku belajar. Aku perlu belajar bagaimana hendak mengawal kelas supaya kelas tidak bertukar menjadi pasar. Aku perlu belajar bagaimana hendak menarik perhatian mereka supaya terus fokus dengan apa yang ingin aku sampaikan. Aku perlu belajar bagaimana hendak memahami mereka yang masih muda dan mentah ini.

Pintaku kepada pelajarku, tolonglah beri perhatian semasa guru mengajar, bukannya bersembang dengan rakan-rakanmu. Tolonglah hormati guru kerana di situ letaknya keberkatan ilmu. Jangan disia-siakan usia mudamu dengan perkara sia-sia. Gunalah usia muda untuk menuntut ilmu. Niatkan setiap kali datang sekolah, tujuanmu hanya satu menuntut ilmu kerana Allah. Semoga usahamu diberkati Allah.

Wahai pelajarku, janganlah kamu leka dengan keindahan dunia ini yang sementara. Janganlah kamu leka dengan pelbagai gajet (handphone, laptop-facebook) yang melalaikan. Gunalah ia sekadar keperluan sahaja, jangan sampai melampui batas sehingga menyiakan masamu. Janganlah kamu tersalah memilih teman kelak kamu yang rugi. Pilihlah teman yang baik membawamu kearah kebaikan dan kesejahteraan.

Terima kasih untuk pelajar 1 A. Ucapan "Terima Kasih" yang bersemangat itu, membuat aku rasa di hormati dan di hargai.

Sekadar peringatan, buat diri ini yang lalai...

Pelajar 1 A sedang mengambil peperiksaan Matematik

p/s: Jangan lupa buat ulangkaji dari Unit 1- Unit 16... Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang pada 17 Oktober ini. Manfaatkan cuti sekolah sempena PMR ini. Semoga kamu semua lulus dengan cemerlang....

No comments:

Post a Comment