Saturday, October 1, 2011

HUTAN PAYA AIR MASIN & TAWAR

HUTAN PAYA:
Terdapat dua jenis hutan paya iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

HUTAN PAYA AIR MASIN

1. Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur, terlindung dan ditenggelami air semasa air pasang.

2. Hutan paya air masin banyak terdapat di:

a) sekitar muara sungai Perak

b) sekitar muara Sungai Bernam, Selangor

c) muara sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak

d) kawasan pantai timur Sabah


3. Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung .


Pokok-pokok yang terdapat di Hutan Paya Air Masin



4. Ciri-ciri pokok bakau ialah:

a) Akar ceracak @ akar udara untuk pernafasan (menyerap oksigen daripada udara walaupun pokok separa tenggelam). Contoh: Pokok bakau api-api dan perepat.

b) Akar jangkang menyokong pokok daripada tumbang. Contoh: Pokok bakau kurap dan bakau minyak.

c) Daunnya bersaiz kecil, berkilat, lebar, tebal dan liat

d) Malar hijau

e) Batang pokok mempunyai banyak cabang


Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin

Struktur hutan paya air masin

5. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan belacak, ketam uca, kerang, memerang, burung bangau, ular, monyet dan spesies burung seperti burung merak, burung botak dan burung upih.

Hidupan liar di hutan paya air masin

HUTAN PAYA AIR TAWAR


1. Terdapat di kawasan rendah (pedalaman) dan bersaliran buruk (bertakung air) seperti di tasik dan kawasan tanah gambut.

2. Hutan paya air tawar banyak terdapat di:

a) Tasik Bera dan Tasik Chini, Pahang

b) Kawasan tenggara Pahang

c) Sebahagian Sabak Bernam, Selangor

d) Delta Rajang, Sarawak


3. Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok rumbia, gelam, nipah, kempas, ramin, keladi air, dan mengkuang. Antara pokok-pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok bintangor, mersawa paya, meranti paya, sepetir paya, jongkong, alan bunga, semayur dan kapur paya.


Tumbuh-tumbuhan di hutan paya air tawar

4. Ciri-ciri tumbuhan semula jadi:

a) Jenis pokok berkayu keras

b) Tumbuh bercampur aduk

c) Batang pokok besar, lurus dan tinggi

d) Mempunyai tiga lapisan nyata iaitu lapisan kanopi (silara), lapisan tengah dan lapisan pokok renek.

e) Akar udara (pokok bintangor) dan akar pneumatofor (knee) (pokok perupuk) membantu pokok menyerap oksigen daripada udara

f) Akar jangkang (pokok kelat dan merbulan) dan akar banir (meranti) untuk menyokong pokok daripada tumbang di kawasan menakung air


Struktur hutan paya air masin

5. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan, udang air tawar, monyet proboscis, enggang, cicak paya, buaya, biawak, monyet dan burung bangau.

Haiwan-haiwan liar di hutan paya air tawar



Bacaan Tambahan:

Klik Sini

No comments:

Post a Comment