1 September 2012 (Sabtu)
Alhamdulillah....
Hari ini sudah masuk seminggu aku bergelar tunang orang. Tarikh 1
September 2012 dipilih memandangkan Hari Kemerdekaan jatuh pada hari
Jumaat. Bolehlah aku dan keluarga aku membuat persiapan majlis
pertunanganku...
Hari
Khamis, aku mengambil CRK. Awal-awal pagi lagi aku bertolak pulang ke
kampung. Alhamdulillah, perjalanan lancar membolehkan aku tiba ke
kampung lebih awal daripada biasa.
Selepas
berehat sebentar, aku dan adik-adikku terus ke bandar Kuantan untuk
menempah kek, mencari buah-buahan dan menambah lagi dua hantaran kerana
di saat-saat terakhir pihak lelaki menambah lagi dua hantaran pemberian
ibu saudaranya.
Hantaran dariku kepada si dia.... Temanya 'pink'. Semua ini, aku gubah kecuali sireh junjung je bagi yang pakar..
Siapa tunangnya biarlah dirahsiakan tetapi seorang guru juga seperti aku dan menetap di Selangor. Aku baru selesai isi e-GTukar. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan pertukaranku ini ke Selangor. Amin...
Kalau
dahulu, aku ingin meminta ditukar untuk mengajar di Pahang kini
destinasi aku sudah berubah ke Selangor pula. Bolehlah mempereratkan
lagi silaturrahim dengan saudara-mara ayah yang berada di Selangor...
Hantaran dari sebelah pihak lelaki. Temanya merah dan digubah oleh adik perempuannya. Aku menerima cincin merisik dan tunang serta sepasang kain persalinan untuk pernikahan nanti...
Aku sedikit terkilan.... Sedih juga
di majlis pertunanganku tiada kelibat kakak, abang ipar dan adik
bongsuku. Tetapi aku akur, pada masa yang sama 1 September 2012 juga tarikh
istimewa buat adikku yang berjaya melangkah masuk ke menara gading. Adikku mendaftar di USM ditemani kakak dan abang iparku sahaja. Tiada ibu dan ayah menemaninya pada hari istimewa itu. Terima kasih
adikku dan kakakku yang berkorban demi kelansungan majlis
pertunanganku... Tahniah, adikku... Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...
Gambar di sekitar majlis pertunanganku.. Semoga semuanya berjalan lancar dan ke jinjang pelamin. Amin...
No comments:
Post a Comment