Artikel sebelum ini, anda disajikan dengan sungai yang mengalir berwarna biru kan? Artikel kali ini mengenai sungai yang berwarna hijau pula..
Sungai Goldstream, Kanada yang mengalir melalui Bandar
Langford di British Columbia telah berubah warna hijau seolah-olah seperti
bencana radioaktif.
Seorang jurugambar yang mengembara di tebing sungai tersebut
untuk mengambil gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar
sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember 2010.
Para penyiasat pada mulanya menyalahkan
satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di
kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.
Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob
Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu
Menurut Warta Montreal, bahan itu tidak menjejaskan populasi
ikan dan sungai kembali kepada warna asal
semula dalam masa sejam.
No comments:
Post a Comment