Pagi yang indah, disinari suria.. Cahaya mentari mula menyinari lautan dan terbias bercahaya dipukul ombak. Indah sungguh alam ciptaan tuhan. Apabila aku melihat laut, terbayang kekerdilan diri ini seperti semut di padang yang luas. Apabila diteliti seolah lautan bersatu dengan langit.. Teringat orang dahulu, takut berlayar kerana takut terjatuh di penghujung bumi, walhal Allah s.w.t menciptakan bumi ini berbentuk bulat...
Pagi itu, air pasang kesan daripada putaran bumi pada paksinya. Hendak mandi, ombak kuat membadai pantai. Jadi aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan meninjau keindahan pantai bersama ibuku..
Setelah puas berjalan-jalan, aku lihat ada juga orang yang mandi pantai walaupun air pasang. Sementara untuk menunggu air surut aku mengambil gambar-gambar yang menarik. Antarannya gambar bot yang dipukul ombak badai...
Inilah hidup ibarat dipukul badai kehidupan, sekiranya tiada tali (agama Allah S.W.T) yang mengikat kita mungkin terumbang-ambing dalam kehidupan..
Tungu punya tunggu, rupanya air pasang tidak menampakkan kesurutannya cuma ombak kurang membadai pantai. Aku tidak boleh melepaskan peluang mandi kerana tengah hari nanti aku akan meninggalkan pulau ini. Aku mula bermandi-manda bersama keluarga. Memang seronok sebab sudah lama tidak mandi pantai. Tetapi kehadiran 'obor' merencatkan aktivitiku yang cuba belajar berenang. Terpaksalah naik kedaratan sebentar bermain pasir pula.
Aku juga bermain 'boling pasir' tetapi bola pasirku relai di pertengahan perjalanan. Agaknya adunan bola pasirku tidak begitu kukuh lagi tapi aku telah mempertaruhkannya... Inilah kesannya sekiranya tidah sabar. .. Macam kehidupan yang penuh cabaran perlu ditempuhi penuh kesabaran agar tidak terkandas di pertengahan perjalanan...
Aktiviti yang paling menarik dan mencabar kemampuan fizikal dan mentalku di Pulau Kapas ini ialah BERKAYAK. Dahulu zaman persekolahan, semasa menyertai perkhemahan Pandu Puteri peringkat daerah, aku pernah berkayak tapi malangnya berlegar-legar di tebing sungai sahaja...
Memang profesional abang iparku menjadi 'trainer' kayak yang mengajar kami sekeluarga berkayak. Seronok berkayak di lautan cuma perlu kuat untuk menghadapi gelombang lautan dan tergelong dipukul ombak. Memang takut berada di tengah lautan, tetapi kena kuatkan semangat dan fokus untuk kembali ke daratan. Dapat aku perhatikan betapa banyaknya obor-obor berkeliaran di lautan. Janganlah obor-obor ini menghampiri kawasan pantai..
Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Pulau Kapas seperti pokok bunga jejarum (exora) dan pokok kelapa...
Haiwan semula jadi pula yang banyak di pantai ini ialah biawak..
Pulau yang cantik,
Air lautnya membiru,
Pantainya memutih,
Bayu memupuk lembut,
Tumbuh-tumbuhannya hijau
menyubur,
Ku tinggalkan mu,
Dengan penuh kenangan dan harapan,
Agar Engkau terus kekal indah dan bersih,
Wahai Pulau Kapas....
P/s: Janganlah ada obor-obor 'plastik' kerana kehadirannya boleh mencacatkan
keindahan pantai.. Buanglah sampah di dalam tong sampah, bukannya
menyepah di merata tempat...
No comments:
Post a Comment