PBS?
Apa itu PBS?
Apa itu PBS?
PBS ialah singkatan untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sekiranya sebelum ini, prestasi pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaa dan kemuncak kejayaan diukur semasa PMR untuk pelajar sekolah menengah rendah dan SPM untuk pelajar sekolah menengah atas iaitu hanya melibatkan intelek sahaja, kini prestasi pelajar diukur meliputi keseluruhan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melalui PBS guru lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar berkaitan sesuatu topik yang diajar kerana soalan istrumen lebih berbentuk subjektif berbanding soalan peperiksaan yang berbentuk objektif. Dengan ini, guru boleh memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan cuba membimbingnya.
Bagaimana PBS ini dilaksanakan?
Guru-guru tetap mengajar seperti biasa dan tetap menghabiskan salibus KBSM. Bezanya PBS dilaksanakan sepanjang tahun dan tiada musim peperiksaan. Selepas guru-guru habis mengajar sesuatu topik berkaitan, guru-guru akan mengedarkan instrumen PBS dari Band 1 hingga band 6. Sekiranya pelajar gagal, guru-guru terpaksa memberikan soalan yang sama kepada pelajar dan cuba membimbingya sehingga pelajar lulus. Sekiranya pelajar lulus, soalan instrumen band 1, pelajar boleh menjawab soalan band 2 dan seterusnya.
Timbul juga persoalan bagaimana prestasi pelajar diukur? Ini kerana pelajar hanya perlu lulus setiap instrumen seperti band 1, band 2, band 3, band 4, band 5 dan paling tinggi band 6. Jadi, tiada lagi pelajar yang mendapat A, B, C, D dan E.

Semasa diperkenalkan PBS mampu mengurangkan beban guru di
sekolah. Namun, perkara sebaliknya berlaku kerana PBS memerlukan tumpuan
dan pemerhatian guru sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran
pelajar tetapi hakikatnya guru masih disibukkan dengan pelbagai kerja
perkeranian. Walaupun kerja guru makin bertambah, namun kami tetap menyokong dasar yang diperkenalkan.
Cuma agak kesal kerana guru-guru di sekolah didedahkan agak lewat iaitu pada bulan 4. Jadi kami semua terpaksa terkejar-kejar untuk memberikan instrumen soalan-soalan untuk topik yang lepas.
Ini fail induk PBS bagi setiap mata pelajaran. Banyak juga nak menulis ada 12 mata pelajaran didarab dengan 35 orang pelajar.... Sakit tangan menulis
Ini pula maklumat pelajar. Rasanya dah banyak kali menulis maklumat ini.. Dalam buku 'register', buku pendaftaran sekolah, SMM, Pangkalan data, Kad 001... Inilah contoh kerja perkeranian guru...
p/s: Dah lama tak update blog mengenai geografi kerana sibuk membuat dan menanda soalan PBS dan menguruskan PBS untuk kelas 1 Harmoni...
mula-mula memang sukar, lama-lama boleh buat dgn baik. selalunya begitu. Ya, saya memang setuju dengan tugas pengkeranian guru yang memegang kelas, banyak dan ada yg bertindan. Kebanyakan guru mata pelajaran adalah guru kelas@ tingkatan.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, siapa yang menyediakan soalan utk PBS ni? Lembaga Peperiksaan Malaysia atau guru itu sendiri?
Delete