Sebuah sungai di Costa Rica didapati bertukar warna menjadi air
kebiru-biruan. Setelah dikaji perubahan unik ini, ia adalah disebabkan
tindak balas kimia semula jadi. Sungai ini dikenali sebagai ‘The Celeste’ yang terletak di Taman Negara Tenorio di Guatuso, Alajuela.
Sungai ini mempunyai air sungai yang berwarna biru disebabkan oleh
tindak balas kimia semulajadi antara sulfur dan kalsium karbonat yang
bertindak memberi warna air sungai yang unik ini.
Memang jelas sungai ini kelihatan cantik walaupun perubahan ini
berlaku atas tindakbalas kimia semulajadi. Dikatakan juga fenomena ini
juga mempunyai kaitan dengan aktiviti gunung berapi di negara itu. Jadi,
jika kita terlihat atau nampak sesuatu benda yang luar biasa, hendaklah
kita sentiasa memuji ciptaan Allah SWT.
SUBHANALLAH! MAHA SUCI ALLAH...
SUBHANALLAH! MAHA SUCI ALLAH...
JOM MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN..
JOM MELIHAT PERMULAAN SUNGAI BIRU INI..
Sumber: MELAYUKINI.NET HARIAN METRO ONLINE
p/s: Sekiranya anda ingin ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan roda 4 x 4 dan berjalan kaki merentasi hutan dan mendaki bukit... Dinasihatkan supaya tidak pergi pada musim hujan kerana anda mungkin tidak dapat melihat sungai berwarna biru dan denai mungkin lecah dan berlumpur...
No comments:
Post a Comment