Hari ini, Rabu, 4 Januari 2012 bersamaan 10 Safar 1433 H. Maka, bermulalah sesi persekolahan untuk tahun ini. Bersemangat untuk memulakan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi, jujur dan amanah dalam menjalankan tugas di sekolah. Tugas pertamaku untuk tahun ini ialah menjadi pengacara majlis untuk program orientasi untuk pelajar tingkatan 1. Harap-harap semua berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Risau juga ni, 'first time' jadi pengacara majlis. Dah la segan sikit berucap depan orang ramai, tapi merima tugas ini sebagai pengalaman untuk meningkatkan profesionalisme perguruan...
Alhamdulillah, jawatan di sekolah sikit seperti penolong KP Geografi dan mengurus bilik mesyuarat tapi jawatan pengurus rumah sukan 'Exora' (warna jingga) dan penolong bendahari PIBG memerlukan komitmen yang tinggi.
Suka sangat dapat tukar menjadi guru penasihat persatuan Geografi dan Alam Sekitar. Sesuai sangat dengan opsyen dan minatku ini. Terima kasih, Fahizah dan En. Tahir. Sebelum ini, aku guru penasihat persatuan bola baling (hehe sebenarnya tak tahu pun main bola baling).
Dan tak dilupakan jawatan guru kelas. Dulu aku guru kelas 1 RK 1 (pelajarnya baik dan bagus), kini aku memegang guru kelas 1 H (pelajar sederhana). Tahun lepas, 'berperang' perasaan dan emosi jugak dengan kelas ni, tapi harap-harap pelajar 1 Harmoni tahun ini, adalah pelajar yang terbaik........
Cukup setakat ini, nak bersiap pergi sekolah ni...
Persekitaran bilik guru selepas gotong royong (tahun lepas). Tahun ini, banyak perubahan lagi dalam bilik guru
No comments:
Post a Comment