Showing posts with label Geografi. Show all posts
Showing posts with label Geografi. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Gunung Sebagai Pasak Bumi


Al Qur’an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologi penting gunung.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sebagaimana terlihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah goncangan di permukaan bumi.
Kenyataan ini tidaklah diketahui oleh siapapun di masa ketika Al Qur’an diturunkan. Nyatanya, hal ini baru saja terungkap sebagai hasil penemuan geologi moden.
Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan (plat) raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk berpanjangan yang dalam ke bawah. Ini bererti gunung mempunyai bahagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.
Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:
Pada bahagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pergunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305)
Dalam sebuah ayat, peranan gunung seperti ini diungkapkan melalui sebuah perumpamaan sebagai “pasak”:
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Al Qur’an, 78:6-7)
Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terombang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Singkatnya, kita dapat menyamakan gunung dengan paku yang menjadikan lembaran-lembaran kayu tetap menyatu.
Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah “isostasi”. Isostasi bermakna seperti berikut:
Isostasi: keseimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan graviti. (Webster’s New Twentieth Century Dictionary, 2. edition “Isostasy”, New York, s. 975)
Peranan penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi moden dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sumber: MyIbrah.com

Monday, March 19, 2012

Menghilir di Sungai Pahang

MENGHILIR DI SUNGAI PAHANG


Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan

PENYANYI: ROSLAN MADUN




Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu 475 km. Sungai ini merupakan cawangan dari anak Sungai Jelai yang berpunca dari banjaran Titiwangsa. Kemudian, ia mengalir ke bawah untuk membentuk Sungai Jelai di kawasan Lipis. Sungai mengalir terus ke kawasan Jerantut dan menyertai Sungai Tembeling, membentuk Sungai Pahang di Kuala Tembeling. Di lokasi tersebut, ia dipanggil Ulu Sungai Pahang. Sungai Pahang terus melepasi kampung Pulau Tawar dan daerah Temerloh dan Maran dan akhirnya bertemu di muara laut di rantau Pekan iaitu di Kuala Pahang. Akhirnya sungai bertemu dengan Laut China Selatan. (sumber: Wikipedia)



p/s: Seronoknya cuti sekolah seminggu yang lalu dapat menghabiskan masa bersama keluarga di negeri yang tercinta, Pahang Darul Makmur atau dahulu dikenali dengan panggilan Inderapura. Perjalanan pulang ke Johor dinihari Isnin, bertemankan kabus sepanjang perjalanan di Rompin selepas Muadzam Shah (melalui jalan persekutuan Kuantan-Segamat) sungguh mendamaikan..... Indahnya saat itu.... Memandu dalam kabus? Berhati-hatilah dan jangan lupa pasang lampu kereta anda supaya pengguna jalan raya mengetahui kehadiran anda di jala raya..

Tuesday, March 6, 2012

Nusaku Darul Makmur (Pahang Negeriku)





NUSAKU DARUL MAKMUR (PAHANG NEGERIKU)

Dipagari tanah tinggi dan lautan

Bebunga berseri menghiasi taman

Dilintasi Sungai Pahang yang ternama

Menyuburi kehijauan tanaman


Berbagai cabaran misteri kedamaian

Hutan Endau -Rompin dan Taman Negara

Membiru gelombang di Teluk Cempedak

Pulau Tioman penuh keasyikan


Berbagai bangsa aneka budaya

Bersatu usaha penuh setia

Berganding menuju arah cita-cita

Demi masa depan penuh gemilang


Kuantan pusat perancangan

Lipis bersejarah pahlawan terbilang

Pekan Bandar Diraja duli bersemayam

Memerintah watan penuh keadilan

Dirgahayu…


Tinggi Gunung Tahan kemuncak harapan

Tenang Tasik Chini kedamaian watan

Wahai anak nusa

Bukti kesetiaan

Oh kau negeriku Pahang Darul Makmur…



Penyanyi : Razak Ahmad

Komposer: Azmi Hamzah (semasa mengajar di SK Tanah Rata,Cameron Highland 1986-1991)

· Tempat kedua Pertandingan Mencipta Lagu Pahang 1991


Lagu ini banyak nostalgia kepada diriku. Dulu, masa kecil selalu mendengar lagu ini radio Kuantan (Sekarang Radio Malaysia Pahang). Tetapi apa yang ingin ku catat disini, ialah seni kata lagu ini yang menceritakan perihal negeriku. Sesuai sangat untuk ABM BENTUK MUKA BUMI. Kenapa? Dalam lirik ini ada memperihalkan bentuk muka bumi iaitu tanah, tinggi, tanah pamah, lembangan (kawasan yang disaliri sungai) dan pinggir laut.

Bertuah negeri Pahang kerana letaknya Gunung Tahan iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, 2 187 m dan Sungai Pahang (sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, 475 km). Tasik Chini penuh misteri dan tasik Bera pula merupakan tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Damainya Hutan Endau-Rompin dan Taman Negara yang menyimpan khazanah biodiversiti yang tinggi nilainya.Tanah pamahnya pula dibina petempatan seperti di Kuantan (Ibu negeri Pahang), Lipis dan Pekan. Pantai-pantainya indah dan bersih seperti di Teluk Chempedak dan Pulau Tioman.


Alangkah indahnya lagu ini. Tetapi tak sesuai digunakan ABM di negeri Johor. Tapi adakah generasi sekarang di Pahang pernah mendengar lagu ini????? Sudah selesai mengajar bentuk muka bumi tanah tinggi. Minggu ini ada ujian 1. InsyaAllah, lepas cuti sekolah ini nak mengajar tajuk tanah pamah. Huhu, sedihnya kena balik lambat cuti sekolah ini, ada kelas tambahan.... Sabar aje lah...


Semoga ada manfaatnya..





Saturday, October 15, 2011

Hutan Gunung

1. Tumbuh di kawasan tanah tinggi melebihi 1 200 meter.


2. Antara kawasan diliputi hutan gunung ialah:

a) Gunung Kinabalu di Sabah

b) Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang

c) Gunung Jerai di Kedah


3. Tumbuhan semula jadi di kawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan. Semakin tinggi kawasan itu, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.


4. Di kawasan ketinggian antara 1 200 hingga 1 800 meter:


a) Hutan montane bawah atau hutan daun luruh (pokok oak dan laurel). Tumbuh-tumbuhan terdiri daripada jenis konifer dan oak gunung.

b) Terdapat pokok epifit seperti orkid dan paku langsuyar.

c) Hidupan liar seperti kongkang, musang, kucing batu, harimau dahan, ungka, binturong, katak, burung dan serangga.

5. Di kawasan ketinggian antara 1 800 hingga 2 900 meter:


a) Ditumbuhi hutan montane atas seperti pokok-pokok daun tirus seperti pokok pain, sprus dan gelam gunung.

b) Terdapat pokok kera, pokok rhododendron dan Rafflesia.

c) Hidupan liar seperti beruang, ferret-badger, tikus, serangga dan burung.



6. Di kawasan ketinggian antara 2 900 hingga 3 500 meter:


a) Ditumbuhi tumbuhan hampir alpain atau sub-alps iaitu hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput.

b) Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis red sanicle, Bornean eyebright, Low’s Buttercup dan periuk kera.

c) Hidupan liar seperti tupai, tikus, burung dan serangga



7. Di kawasan ketinggian melebihi antara 3 500 meter:


a) Ditumbuhui tumbuhan alpain atau alps (pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut).

b) Terdapat pokok semak samun renek seperti rhododendron, rumput dan orkid.

8. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat di Gunung Kinabalu, Sabah.


SUMBER GAMBAR:


Dari Mersilau ke Puncak Kinabalu. Klik Sini


Sabah: Kinabalu - In Search of Nepenthes rajah. Klik Sini

Climbing Mt. Tambuyukon (part 3 of 5).Klik Sini


Kinabalu Plants. Klik Sini



XPDC Gunung Tahan - Satu catatan perjalanan. Klik Sini



Mount Kinabalu Climb, Episode: Fighting, Fighting !! Klik Sini