Saturday, May 1, 2010

A BOUQUET OF ROSES (A compilation of Heart-warming stories)



Susunan: Jabatan Pendidikan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbit: Kementerian Pendidikan Malaysia
Tahun: 2004

Buku ini merupakan kompilasi pelbagai cerita menarik iaitu motivasi, kekeluargaan, perguruan dan sebagainya. Tetapi cerita yang paling menarik ialah cerita “Zak’s Story” oleh Lee Man Yin Judith (m/s 61) iaitu kisah mengenai anak kecil bernama Zak yang bosan dengan hari-hari persekolahannya. Zak yang berumur 10 tahun mengutarakan cadangannya untuk berhenti sekolah dan bekerja bersama abangnya Ranggau. Keesokan harinya, Ranggau membawa Zek ke ladang lada Hitam untuk bertani. Setelah seharian penat bekerja di Ladang lada Hitam, abangnya Ranggau bertanya pada Zak adakah mahu bekerja lagi pada esok hari. Zak yang kepenatan bekerja di Ladang terus menolak pelawaan abangnya dan berkeingin belajar semula. Abangnya menasihat Zak supaya merebut peluang belajar kerana dirinya tidak berpeluang belajar. Sekiranya Zak tidak mahu belajar, seumur hidupnya akan diabadikan di ladang lada hitam. Pengajaran cerita ini ialah pengalaman adalah guru terbaik untuk menasihati seorang.

Selain itu, kisah “A Historical Figure” oleh Radha Krishnan Ponnusamy (m/s 30) telah mengubah persepsi bahawa pengajaran Sejarah boleh menarik kalau menggunakan kaedah yang betul. Seperti guru Mr. Pany yang mengaitkan kisah Sejarah dengan cerita seperti The Tiger of Sandakan dan Sinbad the Advanture telah mengubah persepsi pelajarnya bahawa Sejarah adalah subjek yang menarik dan tidak membosankan. Inilah kunci penting kejayaan sebuah P&P apabila minat belajar dalam diri pelajar sudah ada, maka mudahlah pelajar untuk menerima pengajaran daripada guru. Tetapi tidak dinafikan pengajaran subjek Sejarah agak sukar bagi guru yang mengajar bukan opsyennya. Walaubagaimanapun, itu semua boleh diatasi sekiranya guru itu pun mempunyai minat mendalam dalam profesion keguruan.

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa sikap seorang guru yang baik ialah seorang yang penyayang, mudah didekati oleh pelajar dan komited dengan tugas. ..

SELUHUR BUDI GURU

SELUHUR BUDI GURU

Penyusun: Azman Ahmad
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tahun: 2006

Seluhur Budi Guru merupakan koleksi kisah menarik dari guru-guru Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Johor. Gaya bahasa yang mudah, menarik dan santai. Cerita-cerita yang dipaparkan menjadi inspirasi untuk bakal seorang guru untuk mengutip pengalaman untuk dijadikan pedoman dalam mendidik anak bangsa. Antara cerita yang menarik ialah paparan kisah seperti yang tertera di kulit belakang buku iaitu kisah seluhur budi guru (m/s 123), karangan Rohaidah Sullaiman Mulianya seorang guru kerana sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitulah budi yang di tabur Cikgu Hassan kepada Aida menyebabkan semangat belajar Aida semakin meningkat dan Aida bercita-cita untuk menggenggam segulung Ijazah kedoktoran. Menariknya cerita ini, ia mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam pewarisan harta semasa kita masih hidup. Disebabkan harta, Cikgu Hassan telah disisihkan oleh anak-anaknya apabila mewariskan hartanya kepada anak semasa masih hidup. Akhirnya, Dr. Aida membalas budi gurunya dengan mempelawa Cikgu Hassan tinggal bersamanya.
Selain itu, kisah Budi Cikgu Mohammad karangan Mashith Hayati Hj. Ahmad (m/s 52) merupakan kisah seorang guru yang dermawan dan sanggup membantu anak muridnya yang dalam kesusahan. Cikgu Mohamad membantu anak muridnya Hayati yang kematian ayah (kawan karib cikgu Mohamad) dengan memberi belanja makan setiap hari.

Walaubagaimanapun, Hayati tidak sempat untuk membalas budi baik gurunya apabila gurunya meninggal dunia akibat serangan jantung. Namun Hayati masih mengingati pesanan Cikgu Mohammad iaitu Hayati boleh membayar hutang dengan membaca Al-Fatihah apabila Cikgu Mohamad sudah tiada….Al-Fatihah buat Cikgu Mohamad.

Cikgu Yusof penyiasat (Anuar Daud) m/s 38 merupakan kisah kebijaksanaan seorang guru merangkap pengetua sekolah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajarnya. Kisah bermula apabila Cikgu Halim membawa pelajar bernama Sivam untuk diadili dihadapan pengetua atas tuduhan mencuri duit RM 100. Penyiasatan ini berakhir apabila Cikgu Yusof dapat menyelesaikan masalah disiplin lain pelajarnya seperti Budin dan Mei Lin. Inilah sikap yang perlu ada pada seorang guru iaitu bijaksana dalam melakukan penyiasatan dan menyelesaikan masalah dengan adil.
Keseluruhannya buku ini amat menarik untuk dibaca oleh bakal guru, pelajar, ibu bapa dan sesiapa yang ingin menambah ilmu pengetahuan. Untuk mendapatkan banyak lagi cerita menarik perjuangan seorang guru boleh dapatkan buku ini di pasaran atau perpustakaan….Buku ini dipinjam dari Perpustakaan Desa Kg. Chuah, Port Dickson.

Tuesday, April 27, 2010

Gurukah Aku atau ….?




Gurukah Aku atau ….?
Penulis: Norbi Hussi
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Gaya penulisan yang bersahaja dan penuh informasi. Buku yang menarik dan amat sesuai untuk bakal guru, guru yang sedang berkhidmat dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang pendidikan. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama penulis memperihalkan pengalaman semasa belajar di sekolah rendah. Apa yang boleh disimpulkan, psikologi budak sekolah rendah suka diberi perhatian, kasih sayang pujian dan hadiah dari gurunya sebagai motivasi diri. Selain itu, teknik mengajar cara berulang-ulang menyebut fakta sambil menyanyi boleh mengukuhkan fakta atau dikenali dengan teknik hafalan. Sebagai guru pula haruslah mempamerkan sikap tegas, berdisiplin, dan peka kepada aduan pelajar. Bahagian kedua pula, penulis menceritakan pengalamannya di sekolah menengah. Menurut penulis, guru adalah contoh kepada pelajar. Guru yang sentiasa kemas dan berpakaian cantik menjadi tarikan kepada pelajar. Secara tidak langsung boleh mendidik pelajar agar berpakaian kemas bersih apabila ke sekolah. Selain itu, teknik P&P yang melibatkan pelajar memang menyeronokkan dan dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Guru haruslah tegas dan memberi arahan dengan konsisten, selalu bertanya masalah pelajar, soal selidik pelajar sebelum menjatuhkan hukuman, tidak menjatuhkan air muka pelajar, tidak memberi gelaran buruk kepada pelajar, memahami perasaan pelajar dan memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar.

Bahagian ketiga pula penulis mengambarkan pengalamannya sebagai seorang guru. Keikhlasan penulis sebagai seorang guru terselah apabila sanggup mengadakan kelas tambahan kepada pelajar yang memerlukan tanpa sedikit bayaran dan mengambil berat masalah pelajar, menasihati palajar, tidak mudah merajuk dan guru haruslah menguasai ilmunya sebelum mengajar pelajar. Penulis juga percaya bahawa kalau kita sayangkan pelajar, pelajar juga akan sayangkan kita. Kesannya dia akan suka juga dengan pelajaran yang kita ajar. Ini memudahkan kita mengajar mereka. Selain itu, guru juga haruslah menguasai ilmu pedagogi seperti menggunakan bahasa yang mudah, sesuai dengan aras pencapaian pelajar. Bahagian keempat pula penulis memaparkan kisah hubung kait guru dengan pentadbiran sekolah. Guru hendaklah tidak serius dalam tugas boleh menyebabkan minat pelajar belajar subjek tersebut tumpul. Guru sekarang cepat ‘lunyai’ mudah rasa letih, cepat penat dan tidak tahan dengan tugas yang banyak. Guru yang komited dengan tugasnya, pasti tahu dan bijak merancang bagi memastikan pelajar terus mendapat ilmu walaupun beliau tidak ada disekolah.
Bahagian kelima pula merupakan seedikit coretan luahan hati orang ramai terhadap guru mereka.

Kesimpulannya, buku ini amat memuaskan hati saya. Gaya bahasa yang mudah di fahami dan terasa saya pula sebagai pelakonnya “cikgu mira”. Banyak ilmu dan pengalaman penulis, boleh diaplikasikan dalam pengajaran. Apapun kena persiapkan diri menjadi guru supaya pelajar akan menghormati kita sebagai seorang guru dan pelajar tidak mudah pijak kepala kita pula. Banyak lagi cerita yang menarik, jadi boleh dapatkan buku ini di pasaran….Buku ini dipinjam di Perpustakaan UPSI…

UPSI, TANJUNG MALIM (DISEMBER, 2009)

PERCINTAAN SEORANG GADIS SUFI

PERCINTAAN SEORANG GADIS SUFI

Penulis :MOHD. SAFWAN AMRULLAH
Terbitan : PUSTAKA AL-FAWANIS (1994)

Buku ini lahir dari usaha gigih serta ikhlas oleh penulis menceritakan kisah agung seorang gadis bernama Rabiah al-Adawiyah. Rabiah telah merasakan betapa manisnya nikmat bercinta dengan Allah, maka ia pun ingin agar kaum muslimin turut merasakan apa yang dirasakanya. Maka dia pun mengajak mereka mengubah sikap, pendekatan dan tindakan ubudiyah dalam hidup mereka yang singkat. Cara dan pendekatan yang dimaksudkannya ialah cinta itu sendiri. Cinta itu harus ditujukan kepada yang layaj menerimanya. Cinta itu harus ikhlas dan jujur. Jangan digunakan cinta itu kepada perkara yang tidak patut beroleh kecintaan. Siapakah sasaran cinta membara Rabiah? Tentulah kekasih dan kerinduannya, yakni Allah s.w.t. Adapun selain-Nya, maka Rabiah sudah menomborkan-duakanya. Tseluruh hidupnya tekah dipenuhu oleh perasaan cinta ini.

Siapakah Rabiah? Rabiah merupakan anak kepada Ismail yang warak, abid serta zahid. Menjelang kelahiran Rabiah kedua ibubapanya mempunyai keinginan kiranya Allah menganugerahkan mereka bayi lekaki kerana kesemuanya anak perempuan. Rabiah beerti kempat dalam bahasa Arab kerana Rabiah merupakan anak keempat. Walaupun pasangan ini hampa tapi mereka tetap menerima Rabiah dengan hati terbuka. Ayah Rabiah merupakan guru menghafaz Al-Quran. Ayah Rabiah pernah bermimpi bertemu Rasulullah dan berpesan kepadanya supaya tidak bersedih kerana kehadiran anak perempuan didalam keluarganya membawa berkat dan syafaat. Nabi s.a.w. mangatakan bahawa Rabiah kelak akan mensyafaatkan tujuh puluh ribu umat Islam. Dan, dalam mimpi itu Nabi menyuruh Ismail berangkat menemui Raja Basrah.

Dalam usia yang masih mentah Rabiah telah ditinggalakan oleh ayah dan ibunya ke rahmatullah. Walaupun Rabiah mempunyai tiga orang kakak tapi kakaknya masih tergolong kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang kedua ibu bapa. Maka Rabiah tinggal sebatang kara menjadi anak yati piatu yang miskin. Rabiah terus-menerus berdoa dan munajat kepada Allah yang menjadi pendamping dan tempat mengadunya. Cinta Rabiah yang ikhlas kepada Allah itulah menjadikan kesedihan ditinggal kedua-dua orang tuanya berubah menjadi nikmat batin yang tiada tolok bandingnya. Dan keadaan tersebut menyebabkan keimananya kepada Allah semakin teguh, kepercayaannya kepada takdir semakin mantap, dan keyakinannya kepada rahmat Allah tidak pernah luntur. Ketika kemarau panjang yang melanda kota Basrah, Rabiah telah dijual dengan harga enam dirham oleh manusia yang tak berperikemanusiaan. Meskipun penderitaanya beggitu sukar untuk ditanggung oleh kanak-kanak seumurnya, namum solat malamnya tidak pernah ditinggalkan. Rabiah sentiasa berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

“Oh Tuhanku, aku tidak peduli apa pun ujian dan kesengsaraan yang kutanggung selagi Engkau tidak marah kepaduku. Kerana aku yakin rahmat dan keampunan-Mu jauh lebih luas dan lebih besar bagiku. Aku berlindung kepada-Mu daripada mendapat marah-Mu, Engkaulah yang berhak memarahi aku, dan tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuatan-Mu.”

Gambaran sebenar kejiwaan Rabiah dapat dilihat menerusi kalimat-kalimat tersebut. Rentetan peristiwa pahit yang dialaminys sejak kecil, yang bermula dengan kewafatan kedua-dua orang tuanya, kemudian perhambaan dan perpisahan dengan saudara-saudaranya tidak sedikitpun dihiraukan oleh Rabiah asalkan Allah tetap sayang kepadanya.

Sesungguhnya tidak wujud sebarang kesan pada Rabiah apakah orang lain suka kepadanya atau tidak tetapi apakah kekasihnya masih menyukainya atau tidak. Oleh itu, hal yang amat dibimbangkannya ialah kemurkaan dan kemarahan Allah. Adapun kemarahan manusia tidaklah menjadi perhatian utamanya.

Belum ada ahli falsafah yang membicarakan falsafah cinta Ilahi secara terus-terang dan mendalam sebelum Rabiah al-Adawiyah. Kehidupan Rabiah dihabiskan dengan merenung dan bertafakur hingga dapat melintasi alam malakut dan menikmati kelazatan cinta kepada Allah dan ini menyebabkan dia dapat mendengar setiap makhluk yang menyebut nama Allah. Rabiah tidak sedikitpun diganggu oleh masalah dunia, pujian dan sanjungan, kritikan dan cacian orang lain tidak memberi kesan apa-apa baginya.

Sesungguhnya hidup Rabiah adalah untuk kekasihnya iaitu Allah. Maka, seluruh hidupnya ia serahkan kepada Allah, cinta dan pengabdiannya hanya kepada Allah, cinta dan pengabdiannya hanya kepada-Nya, tanpa sedikitpun dicelah dan disertai perkara-perkara dunia yang sejak lama tidak pernah hadir dalam fikirannya. Kerana anak-anak dan suami tidak wujud dalam hidup Rabiah, maka gangguan yang datang dari keluarga tidak pernah berlaku keatasnya.

Di antara bait-bait syair ketika Rabiah munajat kepada Allah, seperti berikut:

Aku mencintaiMu kerana dua sebab,
Yakni cinta kerana nikmatMu dan kedua,
Cinta kerana Engkau patut dicinta,
Cinta pertama menyibukkan aku mengenangMu,
Cinta kedua membuat aku menyerahkan cinta yang wajar kerana Engkau singkapkan tabir supaya aku berpeluang memandang wajahMu,
Sungguh dalam kedua-dua cinta ini, tiada yang patut kupuja selain-Mu, kerana hak-Mulah segala sanjungan dan pujian.

Sementara dalam syair yang lain pula:

Wahai kekasihku, cukuplah Engkau untukku,
Limpahkanllah belas kasihMu,
Kepadaku yang berdosa yang mendekati Mu,
Engkaulah satu-satunya tempat pergantungkan dan keasyikanKu,
Sungguh seluruh relung hatiku teruntuk buatMu.

Kecintaan Rabiah yang tidak mengharapkan syurga atau menjauhi neraka;

Orang-orang yang menyembahMu kerana takut neraka,
Mereka hanya ingin bebas dari neraka,
Lalu ingin tinggal di dalam istana syurga,
Sambil meneguk minuman yang lazat,

Namum aku tidak inginkan syurga,
Dan tidak takutkan neraka,
Tapi aku hanya mahukan Engkau..

Ini hanya merupakan cebisan kisah daripada Percintaan Seorang Gadis Sufi oleh Mohd. Sofwan Amrullah. Marilah kita sama-sama menghayati pencintaan ini.......Penjelasan lanjut boleh dapatkan buku ini di peperpustakaan....Aku pinjam buku nie kat Perpustakaan UPM...

UPM, Serdang (10 Rejab 1728H )

Salam Kecemerlangan

"Ingatlah berusaha itu wajib, tapi keberhasilan dari usaha itu milik Allah S.W.T. Mengejar Impian itu sungguh memenatkan, kadangkala mengundang putus asa, Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga.....

Salam Perjuangan Seluruh Alam