Saturday, October 15, 2011

Hutan Gunung

1. Tumbuh di kawasan tanah tinggi melebihi 1 200 meter.


2. Antara kawasan diliputi hutan gunung ialah:

a) Gunung Kinabalu di Sabah

b) Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang

c) Gunung Jerai di Kedah


3. Tumbuhan semula jadi di kawasan gunung berbeza-beza mengikut ketinggian kawasan. Semakin tinggi kawasan itu, semakin jarang tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut.


4. Di kawasan ketinggian antara 1 200 hingga 1 800 meter:


a) Hutan montane bawah atau hutan daun luruh (pokok oak dan laurel). Tumbuh-tumbuhan terdiri daripada jenis konifer dan oak gunung.

b) Terdapat pokok epifit seperti orkid dan paku langsuyar.

c) Hidupan liar seperti kongkang, musang, kucing batu, harimau dahan, ungka, binturong, katak, burung dan serangga.

5. Di kawasan ketinggian antara 1 800 hingga 2 900 meter:


a) Ditumbuhi hutan montane atas seperti pokok-pokok daun tirus seperti pokok pain, sprus dan gelam gunung.

b) Terdapat pokok kera, pokok rhododendron dan Rafflesia.

c) Hidupan liar seperti beruang, ferret-badger, tikus, serangga dan burung.



6. Di kawasan ketinggian antara 2 900 hingga 3 500 meter:


a) Ditumbuhi tumbuhan hampir alpain atau sub-alps iaitu hutan campur jenis pokok kerdil dan rumput.

b) Terdapat pokok renek konifer, rumput jenis red sanicle, Bornean eyebright, Low’s Buttercup dan periuk kera.

c) Hidupan liar seperti tupai, tikus, burung dan serangga



7. Di kawasan ketinggian melebihi antara 3 500 meter:


a) Ditumbuhui tumbuhan alpain atau alps (pokok kerdil, paku pakis, kulampair dan lumut).

b) Terdapat pokok semak samun renek seperti rhododendron, rumput dan orkid.

8. Tumbuhan hampir alpain dan tumbuhan alpain hanya terdapat di Gunung Kinabalu, Sabah.


SUMBER GAMBAR:


Dari Mersilau ke Puncak Kinabalu. Klik Sini


Sabah: Kinabalu - In Search of Nepenthes rajah. Klik Sini

Climbing Mt. Tambuyukon (part 3 of 5).Klik Sini


Kinabalu Plants. Klik Sini



XPDC Gunung Tahan - Satu catatan perjalanan. Klik Sini



Mount Kinabalu Climb, Episode: Fighting, Fighting !! Klik Sini

Thursday, October 13, 2011

Hutan Pantai


1. Hutan pantai banyak terdapat di kawasan pantai yang berpasir.


2. Kawasan yang terdapat hutan pantai ialah:


a) Pantai Cahaya Bulan di Kelantan

b) Pantai Batu Ferrengghi di Pulau Pinang

c) Pantai Desaru di Johor

d) Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi

e) Pulau Sipadan di Sabah


3. Pelbagai jenis tumbuhan hidup di kawasan pantai seperti pokok ru, pokok kelapa, laut, pokok jemerlang laut dan pokok bebaru dan pokok menjalar seperti pokok tapak kuda. Terdapat juga pokok renek seperti pokok bintangor laut, pokok kelat jambu laut dan pokok mengkuang.



4. Ciri-ciri utama tumbuhan hutan pantai ialah:


a) Pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza-beza

b) Mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar

c) Daun berbentuk silinder seperti pokok ru

d) Batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok ru

e) Kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek seperti pokok ru, kelat jambu laut dan pokok dungun

f) Akar yang merebak dan menjalar jauh kedalam tanah seperti pokok tapak kuda

g) Tumbuhan semula jadi berbeza mengikut jarak dari laut


Profil hutan pantai


5. Antara hidupan liar yang terdapat di hutan pantai ialah kera, ular, biawak, tupai, burung dan serangga.



Thursday, October 6, 2011

MANA MILIK KITA

MANA MILIK KITA - RABBANI

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya





Wednesday, October 5, 2011

Tak Pasti


Dua minggu lepas, cikgu atau merangkap kawan serumahku telah berkahwin. Bulan ini, seorang lagi 'housemate' ku bakal bertunang & seorang lagi bakal menyusul bulan 11 ini. Aku? Tak pasti..

Carilah suatu yang PASTI,
Agar KERAGUAN tidak MENGHANTUI,
Kiranya tidak ketemu usaha yang PASTI,
MINTALAH PADA YANG MAHA MENGETAHUI,
Insya Allah PETUNJUK-Nya sentiasa akan diberi,

Pada hamba2-Nya yang PERCAYA serta MEYAKINI.
Semuanya berada dalam PENGETAHUAN-Nya,
Serta BERLAKU sesuai KETENTUAN-Nya..
Insya Allah..


Kadang-kadang terasa sedih juga, melihat kawan-kawan lain sudah berkahwin. Ada juga yang bertanya bila hendak kahwin. Kalau ikutkan hati, sekarang juga nak kahwin, tetapi seharusnya keimanan mengatasi nafsu. Sabar dengan ujian Allah, itulah yang terbaik. Sesungguhnya sabar itu indah..


Kenapa lambat kawen? - kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.
dah berpunya? - ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing.
Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan...
Bila?? - Bila jodoh dah sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..

Janganlah selalu bertanya bila orang itu nak kahwin.. kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah.. sampai masa Allah akan membongkarkannya.. InyaAllah...♥

JIKA AKU JATUH HATI




Saturday, October 1, 2011

HUTAN PAYA AIR MASIN & TAWAR

HUTAN PAYA:
Terdapat dua jenis hutan paya iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

HUTAN PAYA AIR MASIN

1. Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur, terlindung dan ditenggelami air semasa air pasang.

2. Hutan paya air masin banyak terdapat di:

a) sekitar muara sungai Perak

b) sekitar muara Sungai Bernam, Selangor

c) muara sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak

d) kawasan pantai timur Sabah


3. Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung .


Pokok-pokok yang terdapat di Hutan Paya Air Masin



4. Ciri-ciri pokok bakau ialah:

a) Akar ceracak @ akar udara untuk pernafasan (menyerap oksigen daripada udara walaupun pokok separa tenggelam). Contoh: Pokok bakau api-api dan perepat.

b) Akar jangkang menyokong pokok daripada tumbang. Contoh: Pokok bakau kurap dan bakau minyak.

c) Daunnya bersaiz kecil, berkilat, lebar, tebal dan liat

d) Malar hijau

e) Batang pokok mempunyai banyak cabang


Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air masin

Struktur hutan paya air masin

5. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan belacak, ketam uca, kerang, memerang, burung bangau, ular, monyet dan spesies burung seperti burung merak, burung botak dan burung upih.

Hidupan liar di hutan paya air masin

HUTAN PAYA AIR TAWAR


1. Terdapat di kawasan rendah (pedalaman) dan bersaliran buruk (bertakung air) seperti di tasik dan kawasan tanah gambut.

2. Hutan paya air tawar banyak terdapat di:

a) Tasik Bera dan Tasik Chini, Pahang

b) Kawasan tenggara Pahang

c) Sebahagian Sabak Bernam, Selangor

d) Delta Rajang, Sarawak


3. Antara tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok rumbia, gelam, nipah, kempas, ramin, keladi air, dan mengkuang. Antara pokok-pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok bintangor, mersawa paya, meranti paya, sepetir paya, jongkong, alan bunga, semayur dan kapur paya.


Tumbuh-tumbuhan di hutan paya air tawar

4. Ciri-ciri tumbuhan semula jadi:

a) Jenis pokok berkayu keras

b) Tumbuh bercampur aduk

c) Batang pokok besar, lurus dan tinggi

d) Mempunyai tiga lapisan nyata iaitu lapisan kanopi (silara), lapisan tengah dan lapisan pokok renek.

e) Akar udara (pokok bintangor) dan akar pneumatofor (knee) (pokok perupuk) membantu pokok menyerap oksigen daripada udara

f) Akar jangkang (pokok kelat dan merbulan) dan akar banir (meranti) untuk menyokong pokok daripada tumbang di kawasan menakung air


Struktur hutan paya air masin

5. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan, udang air tawar, monyet proboscis, enggang, cicak paya, buaya, biawak, monyet dan burung bangau.

Haiwan-haiwan liar di hutan paya air tawar



Bacaan Tambahan:

Klik Sini