Tuesday, September 13, 2011

Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim - Kemarau

1. Kemarau merupakan tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada langsung hujan.

2. Perubahan iklim semula jadi seperti
El Nino pada tahun 1997 menyebabkan kemarau di Malaysia.

Untuk melihat Animasi terjadinya El Nino dan La Nina : Klik Sini

3. Kejadian kemarau berpunca daripada kegiatan manusia seperti:
a) Pembalakan yang tidak terkawal
b) Pertanian pindah

4.
Kesan- kesan kemarau ialah:
a) Peningkatan suhu
b) Menjejaskan sumber bekalan air

c) Kemusnahan tumbuhan serta hidupan air
d) Kebuluran. Contoh: Klik Sini


Rencana Tambahan:

Pemantauan Kemarau Malaysia Klik Sini

Menghadapi fenomena El NinoKlik Sini

El- Nino Punca Cuaca Bercelaru Klik Sini

Kemarau di China dan Australia. Klik Sini

Kemarau di China Klik Sini



"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang-biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Al-Baqarah 164

KRISIS KEMANUSIA AFRIKA TIMUR 2011 - KEMARAU PALING TERUK DALAM 60 TAHUN

Monday, September 12, 2011

Pengaruh Manusia terhadap Cuaca dan Iklim - Jerebu

Jerebu

1. Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah
pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
(Wikipedia)

2. Kejadian jerebu merupakan fenomena biasa yang berlaku di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.


3.Pada tahun 2005, jerebu teruk melanda pantai barat semenanjung Malaysia, dimana dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang. Kini, Kejadian jerebu merupakan fenomena biasa pencemaran udara di Malaysia.

4. Jerebu berlaku disebabkan:

a) Kebakaran hutan
b) Pembakaran secara terbuka
c) Pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan kilang
d) Letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas berasid, habuk dan debu


5. Kejadian jerebu akan mengaburi pandangan dan menyebabkan jarak penglihatan terhad.

6. Kejadian jerebu memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti:

a. Sakit mata (konjuntivitis)

b. Radang paru-paru (bronchitis)

c. Masalah pernafasan

d. asma


Artikel Jerebu:

BERITA JEREBU



Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim - Pulau Haba

Pulau haba bandar

1. Pulau haba bandar ialah keadaan atmosfera bandar yang mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.

2. Contohnya,
kawasan bandaraya Kuala Lumpur lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar.




Antara punca berlaku Pulau Haba Bandar:



a) Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan haba lebih cepat daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar

b) Bangunan tinggi di bandar menghalang tiupan angin

c) Bahan pencemar seperti debu, habuk, gas menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi

d) Ketiadaan daun dan litupan pokok bermakna proses perpeluhan kurang berlaku untuk merendahkan suhu di bandar

e)Haba yang dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah

f)Bangunan bercermin memantulkan haba




Kesan fenomena pulau haba:


a) Suhu udara di bandar lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar

b) Bilangan penduduk mengalami sakit kepala bertambah


Pembentukan Pulau haba di bandar besar seperti Bandaraya Kuala Lumpur


Sunday, September 11, 2011

Pengaruh Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim - Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau
· Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat lebihan haba yang terperangkap dalam lapisan atmosfera.
Proses kesan rumah hijau.

Kesan Rumah Hijau (Sumber: Buku Teks Geografi Ting 4 - m/s 142)

1. Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC), metana (CH4) dan nitrus oksida (N2O) meningkat melebihi tahap normal.
2. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba dalam atmosfera bumi dan menghalang pembalikan semula haba dari bumi ke atmosfera. Ini menyebabkan suhu permukaan bumi semakin meningkat.
3. Kejadian ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada sebuah rumah hijau yang digunakan untuk penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan pada musim sejuk. Tanaman di dalam rumah ini mendapat haba daripada cahaya matahari yang menembusi kaca dan mengahalang haba keluar daripadanya. Oleh itu, suhu pun meningkat.


Rumah Hijau yang digunakan untuk penanaman pada musim sejuk

Faktor-faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau ialah:
a) Pembalakan dan pembakaran hutan meningkatkan gas karbon dioksida dan nitrus oksida.
b) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang membebaskan gas karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan CFC.
c) Pereputan bahan organik daripada aktivti pertanian, peternakan dan pelupusan sampah membebaskan gas metana
d) Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan peti sejuk, pembakaran polisterina dan penggunaan bahan aeorosol.
e) Pembakaran sampah sarap secara terbuka

Pengeluaran gas-gas rumah hijau yang meningkat ke atmosfera (Sumber: Buku Teks Geografi Ting 1, m/s 119 - Sasbadi)
Kesan rumah hijau mengakibat peningkatan suhu bumi iaitu:
a) Ais di kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair
b) Kenaikan aras laut
c) Kemerosotan hasil tanaman
d) Kemarau berpanjangan
e) Musim sejuk singkat dan lembap
f) Musim panas panjang dan panas

Simulasi Proses Kesan Rumah Hijau

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H & Hari Merdeka 2011

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1342 H dan Selamat Hari Merdeka ke 54 tahun... Macam orang sekarang kata, rayakan sebulan dan sambutan bulan kemerdekaan pun sehingga 16 September iaitu Hari Penubuhan Malaysia...


Rasa macam tidak puas cuti di kampung. Perjalanan pulang sejauh 306 km, sungguh memenatkan namun hati senang apabila terpandang banner "Selamat Pulang Perantau ke Rancangan". Lumrah kehidupan, hidup ini adalah musafir. Merantau dari satu destinasi ke destinasi. Akhirnya tetap pulang ke tempat asalnya seperti kata bak pepatah "sireh pulang ke ganggang".

Raya tahun ini disambut dengan sederhana tetapi tetap meriah. Sudah lama tidak beraya di Kuala Lipis, Pahang (kampung mak) atau Sekinchan, Selangor (kampung ayah). Rindu rasanya suasana kampung dan beraya dengan sanak saudara.

Cuti raya ini, sempat juga bersiar-siar di Teluk Chempedak.

Bayu laut bertiup pada waktu siang membawa angin sepoi-sepoi bahasa. Dedaunan pohon kelapa dan mengkuang bergerak mengikut irama bayu. Di tepian pantai, pokok tapak kuda & rumput menjalar hidup subur di bawah terik mentari. Sekali-sekala terlihat keletah sang monyet nakal cuba mencuri bekalan makanan pengunjung. Sungguh mendamaikan. Namun, hati tidak senang melihat 'Jalur Gemilang' berkibar megah dengan keadaan yang uzur.

Kibaran jalur gemilang


Sempena bulan kemerdekaan ini, ramai juga penduduk kampungku yang mengibar bendera 'Jalur Gemilang'.

Nikmat kemerdekaan ini harus di syukuri. Betapa sukarnya, pejuang-pejuang bangsa seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Tok Janggut berjuang untuk membebaskan bumi tercinta ini daripada penjajah.

Kini, kita sudah bebas daripada penjajah. Tetapi jangan biarkan diri kita dijajah minda dan tingkah laku kita tanpa kita sedari......


Salam perjuangan seluruh alam.....