Hari ini, 24 Ramadan 1434 H maka genaplah 24 hari umat islam
berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Hari Jumaat penghulu segala hari merupakan
jumaat terakhir di bulan Ramadan tahun ini dan juga merupakan hari terakhir persekolahan.
Alhamdulillah, isnin diisytiharkan hari cuti peristiwa manakala selasa pula
cuti berganti yang akan digantikan pada 24
Ogos 2013. Syukurnya dapat bercuti raya
selama 2 minggu dan yang pasti budak-budak tak sabar bercuti hingga hari rabu
pun dah ramai pelajar yang ponteng sekolah...
Hari ini sekolahku mengadakan Majlis Khatam Al-Quran untuk
pelajar Islam dan pelajar bukan islam pula menghadiri Program Penghayatan
Nilai Murni 2013. Aku dapat melihat pelajar-pelajarku segak berbaju
Melayu dengan samping macam dah tak sabar menyambut lebaran. Opps jangan salah faham... mereka ini
pelajar yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran.
Sayangnya, aku tidak dapat mendengar bacaan Al-Quran anak-anak muridku kerana tahun ini aku ditugaskan untuk
memantau kawalam disiplin pelajar India di makmal fizik. Pelajar ini mendengar ceramah
motivasi daripada palajar UTM. Manakala
kumpulan india yang ditempatkan di makmal fizik pula mendengar ceramah daripada
anggota polis. Tergiang-giang juga di telinga ini, selepas mendengar ceramah daripada anggota polis ini, ramai pelajar yang insaf. Semoga berkekalanlah keinsafanya bukan seperti pepatah Melayu 'hangat-hangat tahi ayam', insaf hanya sekejap, lepas 2@3 minggu ulang balik perbuatan lama...
Seperti pelajar India, pelajar cina juga mendengar ceramah penerapan
nilai murni di makmal biologi. Agak melalaikan pelajar pelajar Cina di kantin didendangkan
dengan hiburan nyayian yang berunsur K-Pop.. Apapun, semoga pelajar
yang terlibat mendapat manfaat daripada program anjuran sekolah ini.
Selepas majlis Khatam Al-Quran, tradisi sekolah pelajar
Islam akan bersalam dengan guru-guru mereka. Cuma aku dan beberapa orang guru
tidak dapat turut serta kerana menjalankan tugas lain. Alhamdulillah, sempat juga
aku ke kelas 1 Bestari untuk mengambil kehadiran pelajar tetapi
diberi layanan istimewa oleh pelajar yang tak sabar-sabar hendak bersalam
dengan aku untuk meminta maaf dan mengucapkan selamat hari raya... Aku sungguh
terharu dengan sikap-sikap pelajarku ini.... Cikgu sayang kamu semua..
Sedih juga petang itu, GPK Petang sekolahku, berbesar hati
untuk belanja kami iftar di hotel di JB. Sayangnya, aku tidak dapat turut
serta... Aku rasa sangat bersalah kerana tidak dapat turut serta. Terpancar
wajah pengharapan Kak Aween, Kak Liza, K. Azzah untuk aku turut serta tetapi
aku benar-benar tidak dapat ikut sekali. Beria-ia kak Noralizah hendak tahu kenapa
aku tidak dapat pergi tetapi itu biarlah menjadi rahsiaku.. Lagipun aku dah
beri kuoataku kepada suami kak Suhaini...
Maafkan aku wahai sahabat-sahabat sesi petang yang begitu ‘happening’.
Aku pun tak tahu tahun hadapan adakah kita masih dapat berpuasa dan berbuka
puasa sama...
p/s: Saat ini aku keseoranga. Aku terpaksa menunggu suami tercinta menjemputku Ahad ini.. Kalau masih bujang, pastilah aku orang paling awal pulang kekampung. Semoga Allah memberkati dan melindungi perjalanan kami...
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Saya mohon maaf zahir dan batin..
Casino site - Lucky Club Live
ReplyDeleteAll of the casino games available on the site are available for players of all levels and casino players. There are two main categories of online Live casino: Play Live, BingoLive, Slots and Table Games: 2000+Types of games: Slots, Roulette, Blackjack, Slots luckyclub and more