Lepas makan, solat dan berehat sekejap di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di bawah ini gambar disekitar Masjid ...
Sunday, April 29, 2012
Muar oh Muar...
Lepas makan, solat dan berehat sekejap di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Di bawah ini gambar disekitar Masjid ...
Hari Tapir Sedunia... 27 April. Tapir Semakin Pupus
Induksi Muar...
Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Bandar Muar dan dikenali juga sebagai Bandar Maharani yang kini diisytiharkan sebagai Bandar Diraja untuk negeri Johor.
Penceramahnya memang terbaik walaupun ada sesi ceramah selepas makan tengah hari tapi kami semua enjoy ceramah dan tidak ada yang tidur semasa ceramah... Terkesan juga dengan satu soalan penceramah..
"Keluarkan secebis kertas dan tulis kenapa anda menjadi guru". Kemudian penceramah itu secara rawak memilih peserta untuk membacakanya..
Ada yang mengajar kerana minat, ada yang kena paksa dan ada juga yang jadi guru kerana berjaya mengisi borang. Apapun kita semua ditakdirkan menjadi seorang guru. Mungkin yang dipaksa lama-kelamaan akan jatuh cinta dengan kerjaya ini tapi kalau tidak berminat jugak eloklah berhenti kerana
Masih aku teringat bacaan doa oleh seseorang ustaz yang bacaan doanya sangat sayu dan mendayu-dayu memohon rahmat dan perkenan Allah s.w.t.
Terima kasih kepada penghulu yang mengambil inisiatif untuk menolong 'photostat' soalan-soalan Ujian Induksi tahun-tahun lepas. Terima kasih juga kepada para peserta yang menyumbang bahan photostat... Semoga kita semua lulus dengan jayanya dalam Induksi ini...
Saturday, April 28, 2012
Bola Keranjang
Sabtu yang lepas merupakan hari persekolahan untuk menggantikkan hari cuti sempena Hari Raya Aidiladha nanti. Jadual mengikut hari Khamis. Namun, aku diarahkan untuk mengikuti satu kursus "Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru-Guru Bukan Opsyen dalam Mata Pelajaran PJK, 2012"
Program ini amat menarik sekali. Pertama kali dalam hidup, aku didedahkan dengan teknik permainan dan pengadilan Bola Keranjang. Penceramah En. Lee dan En. Wong sangat baik hati dan sabar melayan kerenah kami guru-guru yang tidak pernah bermain bola keranjang ini.
Enjoy sangat belajar teknik isyarat tangan untuk mengadili perlawanan bola keranjang ni. Kalau ingat balik sekarang ni, hanya satu atau dua je isyarat yang boleh ingat.... Rasanya main bola keranjang lagi best dari bola baling..
Aku cuba aplikasikan apa yang aku perolehi semasa kursus itu. Namun, aku sedih dengan segelintir pelajar yang tidak berminat bermain bola semasa PJK. Apa yang harus aku lalukan? Aku masih mencari kaedah yang terbaik untuk menarik pelajar ini melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani...
Logo Persatuan Geografi dan Alam Sekitar
Pada 14 April lalu telah diadakan perjumpaan kali ke tiga, Persatuan Geografi dan Alam Sekitar. Pada kali ini, pengerusi persatuan tidak hadir. Ermm... yang hadir pun hanya 9 orang sahaja. Jadi, aktivititi kali ini ialah melukis logo persatuan.... Inilah antara-antara hasil-hasil karya ahli persatuan. Tetapi yang berwarna hanya satu sahaja, yang lain cikgu tolong warnakan ye..Apakah logo yang paling sesuai untuk dijadikan logo persatuan ye?
Thursday, April 26, 2012
Takziah...
Friday, April 20, 2012
Piramid Bacaan

Betul ke rakyat Malaysia tidak suka membaca? Banyak khazanah ilmu boleh diperolehi dengan membaca. Tetapi apakah bacaan yang paling terbaik?
Jawapanya ialah banyaklah membaca @ mengaji al-Quran. Kalau boleh setiap hari amalkan membaca al-Quran, sehelai atau dua helai muka surat dan membaca tafsirnya sekali.
Semoga kita memperolehi syafaatNya di akhirat kelak... Semoga ada manfaatnya..
Adab-adab Menuntut Ilmu..
Thursday, April 19, 2012
Antara Cuaca dan Alam

Wednesday, April 11, 2012
APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Gempa 8.5 SR, Air Danau Toba Berpusar

Getaran gempa terasa cukup kuat berlaku kurang lebih 5 minit. Gempa juga terasa di sekitar wilayah Danau Toba. Seluruh masyarakat Parapat dan Pulau Samosir yang rumahnya berada di tepi danau ketakutan dan berlari ke luar rumah masing-masing.
Ketika itulah, fenomena aneh dilihat warga terjadi di Danau Toba, gunung berapi yang terbesar di Indonesia, bahkan di Asia Tenggara.
Air Danau Toba yang biasanya tenang, nampak berpusar bak aliran sungai deras, hingga warga yang sempat menyaksikan menjangka akan terjadi tsunami dari tengah danau. Tak sedikit warga yang panik dan khawatir.
Hingga saat ini tak diketahui apa penyebab air Danau Toba bergolak. Lihat videonya di tautan ini.
Sumber: Harian Metro Online
Amaran Tsunami ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi
BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.
Sumber: Harian Metro Online
Gempa bumi di Aceh dirasai di Malaysia

Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.7 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang di Malaysia. Sehubungan itu, beberapa negeri di Malaysia terutamanya di pantai barat merasai impak gegaran daripada fenomena tersebut.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Susulan kejadian gempa bumi yang melanda Banda Acheh, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan supaya penduduk yang tinggal di kawasan perairan barat termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Perlis, Kedah serta Perak agar berwaspada dan tidak menghampiri kawasan pantai bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku susulan daripada bencana alam tersebut.
Amaran Jangkaan Tsunami:
GEORGETOWN, PULAU PINANG: DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI PADA 9.11 PM
PORT DICKSON: DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI 2.10 AM
SINGAPURA : DIJANGKAKAN WAKTU MELANDA TSUNAMI DI PINGGIR PANTAI : 7.51AM ESOK
TOLONG SEBARKAN KEPADA KELUARGA, RAKAN YANG TINGGAL BERHAMPIRAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
Saturday, April 7, 2012
Gunung Sebagai Pasak Bumi

Al Qur’an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologi penting gunung.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sebagaimana terlihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah goncangan di permukaan bumi.
Kenyataan ini tidaklah diketahui oleh siapapun di masa ketika Al Qur’an diturunkan. Nyatanya, hal ini baru saja terungkap sebagai hasil penemuan geologi moden.
Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan (plat) raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk berpanjangan yang dalam ke bawah. Ini bererti gunung mempunyai bahagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.
Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:
Pada bahagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pergunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305)
Dalam sebuah ayat, peranan gunung seperti ini diungkapkan melalui sebuah perumpamaan sebagai “pasak”:
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Al Qur’an, 78:6-7)Dengan kata lain, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terombang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Singkatnya, kita dapat menyamakan gunung dengan paku yang menjadikan lembaran-lembaran kayu tetap menyatu.
Fungsi pemancangan dari gunung dijelaskan dalam tulisan ilmiah dengan istilah “isostasi”. Isostasi bermakna seperti berikut:
Isostasi: keseimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran materi bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan graviti. (Webster’s New Twentieth Century Dictionary, 2. edition “Isostasy”, New York, s. 975)
Peranan penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi moden dan penelitian gempa, telah dinyatakan dalam Al Qur’an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti Hikmah Maha Agung dalam ciptaan Allah.
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…” (Al Qur’an, 21:31)
Sumber: MyIbrah.com
Sunday, April 1, 2012
Taufan matahari lima kali saiz bumi

Penemuan bersama taufan, Dr Huw Morgan berkata, taufan unik dan hebat itu mungkin memainkan peranan penting terhadap cetusan ribut-ribut solar global.
Gas-gas terpanas bermula 50,000 kepada 2 juta Kelvin disedut daripada akar dasar dan berpusar memasuki atmosfera sejauh 200,000 km tidak kurang tiga jam.
SUMBER: HARIAN METRO ONLINE
60 Jam Bumi - EARTH HOUR

Earth Hour atau Jam Bumi merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Tujuan
Tujuannya agar menyerlah kesedaran mengenai kepanasan global dan perubahan iklim yang cukup nyata. Perubahan iklim bukan saja mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam sekitar. Kempen Earth Hour ini dijayakan dengan cara mematikan kesemua peralatan elektrik atau sumber elektrik tepat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit. .
Sasaran
Orang ramai hendaklah memadamkan semua lampu tidak digunakan dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam waktu tempatan.
Earth Hour 2008Di Kuala Lumpur, Malaysia, lampu menara kembar tertinggi di dunia, Menara Kembar Petronas dipadamkan.
Earth Hour 2009
Earth Hour 2009 ialah 8:30–9:30 28 Mac 2009. Kini, 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah 'komited ke Earth Hour 2009, satu peningkatan sangat besar daripada perkecimpungan rakyat dalam 35 buah negara untuk Earth Hour 2008.
Earth Hour 2010
Earth Hour 2010 adalah acara Earth Hour yang keempat yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF). Pada 2010, ia disambut pada hari Sabtu 27 Mac 2010, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam waktu tempatan.126 negara telah menyertai Earth Hour 2010.
Earth Hour 2011
Earth Hour 2011 adalah sambutan yang terbesar dalam sejarah lima tahun kempen, merupakan penglibatan sukarela yang terbesar untuk alam sekitar. Memecah rekod iaitu sebanyak 5251 bandar dari 135 buah negara dan melibatkan di semua tujuh benua menyertai kempen ini. Dianggarkan 1.8 bilion orang di seluruh dunia menyertainya.Disambut pada 26 Mac 2011.(8:30 - 9:30 malam (waktu tempatan peserta)
Earth Hour 2012
Earth Hour 2012 telah berlaku pada 31 Mac 2012 (8:30 - 9:30 malam (waktu tempatan peserta). Pada bulan Februari, Earth Hour melancarkan kempen 2012 "I Will If You Will" (Saya Lakukan Jika Anda Lakukan", dengan tujuan untuk melibatkan masyarakat global yang kian meningkat melepasi masa dan menyelaraskan usaha-usaha secara terbuka melalui Facebook, Twitter, Google + dan e-mel.
Earth Hour 2011
Earth Hour 2013 akan diadakan pada hari Sabtu, 30 Mac, 2013.
SUMBER: Earth Hour, Wikipedia , Jam Bumi Wikipedia Bahasa Indonesia, Earth Hour Wikipedia Bahasa Melayu, Anarm Net