Mutiara Kata

Sunday, September 11, 2011

Pengaruh Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim - Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau
· Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat lebihan haba yang terperangkap dalam lapisan atmosfera.
Proses kesan rumah hijau.

Kesan Rumah Hijau (Sumber: Buku Teks Geografi Ting 4 - m/s 142)

1. Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC), metana (CH4) dan nitrus oksida (N2O) meningkat melebihi tahap normal.
2. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba dalam atmosfera bumi dan menghalang pembalikan semula haba dari bumi ke atmosfera. Ini menyebabkan suhu permukaan bumi semakin meningkat.
3. Kejadian ini dapat dijelaskan dengan merujuk kepada sebuah rumah hijau yang digunakan untuk penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan pada musim sejuk. Tanaman di dalam rumah ini mendapat haba daripada cahaya matahari yang menembusi kaca dan mengahalang haba keluar daripadanya. Oleh itu, suhu pun meningkat.


Rumah Hijau yang digunakan untuk penanaman pada musim sejuk

Faktor-faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau ialah:
a) Pembalakan dan pembakaran hutan meningkatkan gas karbon dioksida dan nitrus oksida.
b) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang membebaskan gas karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan CFC.
c) Pereputan bahan organik daripada aktivti pertanian, peternakan dan pelupusan sampah membebaskan gas metana
d) Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan peti sejuk, pembakaran polisterina dan penggunaan bahan aeorosol.
e) Pembakaran sampah sarap secara terbuka

Pengeluaran gas-gas rumah hijau yang meningkat ke atmosfera (Sumber: Buku Teks Geografi Ting 1, m/s 119 - Sasbadi)
Kesan rumah hijau mengakibat peningkatan suhu bumi iaitu:
a) Ais di kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair
b) Kenaikan aras laut
c) Kemerosotan hasil tanaman
d) Kemarau berpanjangan
e) Musim sejuk singkat dan lembap
f) Musim panas panjang dan panas

Simulasi Proses Kesan Rumah Hijau

2 comments: