Tuesday, May 25, 2010

Dalam Kenangan SMRA Chuah 5

Aktiviti: Sambutan Hari Guru
Tempat: SMRA Chuah
Masa: 8.30 pagi

Sajak nukilan anak murid aku...(Adlina Aqilah)

16 Mei - Delusi Seraut Kenangan


Satu demi satu kenangan bertamu,
Bersamamu duhai guru,
Pilu kami berdayung sampan,
Kenangan di muara takdir,
Menilai ajaranmu perdu sendu,
Perpisahan ini apakah perlu,

Delusi ini jadi igauan,
Mimpi ini jadi kenyataan
Namun....

Saat ini baru kutahu,
Hargamu tidak ternilai,
Tegurmu menyisih kesesatan,
Marahmu membina kehidupan,
Senyummu membelai kasih dan sayang,
Renunganmu menghapus dosa,
Ayun tanganmu mereka berwibawa,
Telunjukmu mencipta benua,

Guruku,
Pergimu seribu kehilangan,
Bak embun sedingin salju,
Singgah sesaat di kelopak ingatan,
Tatkala mentari menjegah diri,
Kau pergi kami relai,
Dan
Delusi ini masih lagi,
Meraut kenangan....



Terima kasih pelajarku sekalian....Hadiah ini begitu istimewa buatku..


Persembahan istimewa dari pelajar tingkatan 1


Puteri-puteri tingkatan 1...Kenangan bersama kalian terpahat dalam memoriku...


Hebat betul guru & pelajar lelaki bermain bola jaring nie...


Bagus Zakwan...Teruskan usaha...Jangan sedih Cikgu Mokhtar...Boleh cuba lagi


Rajinnya Izzudin dan Shafie buat kerja...


Gaya-gaya peserta "Music Chair" SMRA Chuah. Antaranya Nasir, Hafiy dan Shafie


Bergambar dulu sebelum main Futsal...


"Peace No War" sebelum bermain permainan Semakin jauh semakin sayang


Maka kami guru Malaysia berikrar dan berjanji...


Seloka dari pelajar tingkatan 3



Sedapnya kek sumbangan ini...


Sedapnya pizza nie...

Monday, May 24, 2010

Dalam Kenangan SMRA Chuah 4

Aktiviti: Spell it Right (Program Perpustakaan bersama Komuniti Desa)
Tempat: Perpustakaan Desa Chuah
Masa: 9 pagi
Tarikh:22April 2010





Aktiviti: Pertandingan Kuiz Sains & Matematik
Tempat : Dewan, SMRA Chuah
Masa: 8 pagi
Tarikh:




Antara pelajar yang terlibat dengan Kuiz Sains dan Matematik...Siti Nurhanida, Nazirul Mubin dan Aqilah

Aktiviti: Sambutan Maulidur Rasul
Tempat : Dewan, SMRA Chuah
Masa: 8 pagi
Tarikh:


Sebahagian pelajar tingkatan 1 yang membuat persembahan Nasyid sempena Majlis Maulidur Rasul


Peserta nasyid lelaki tingkatan 2....


Penyampaian hadiah oleh Cikgu Rozita kepada pemenang pertandingan Syarahan....


Jamuan Maulidur Rasul....Sedap ke makan nasi "ambeng" tu Syahrul Nizam...

Dalam Kenangan SMRA Chuah 3

Aktiviti: Demonstrasi Pemasangan Khemah
Tempat : Tapak Perhimpunan, SMRA Chuah
Tarikh : 5 Mei 2010
Masa : 2.30 petang


Lambaian 'Peace' Cikgu Mokhtar....


Gaya seorang pemimpin KRS, Cikgu Suhaidah...mencurah ilmu tanpa jemu


Buat apa tu...Siti Nurhanida, Syazwani & Siti Hajar


Cepat-cepat pasang khemah....


Selamat ke khemah nie?

Aktiviti: Ikhtiar Hidup
Tempat : Kawasan skitar SMRA Chuah
Tarikh : 19 April 2010
Masa : 2.30 petang


Resepi istimewa daripada Adam Firdaus, Khairzuran dan Alif


Tekunnya adik kita ni masak....


Masak apa tu....boleh makan ke?


Senaman regangan badan dulu baru boleh bersukan


Pameran sempena minggu Anti Dadah..Belia benci dadah...

Sunday, May 23, 2010

Dalam Kenangan SMRA Chuah 2

Aktiviti: Permainan Congkak
Tempat : Kantin, SMRA Chuah
Tarikh : 3 Mei 2010
Masa : 2.30 petang


Cikgu pun turut serta dalam aktiviti permainan congkak nie...


sekitar aktiviti permainan....karom dan congkak

Aktiviti: Origami
Tempat : Kantin, SMRA Chuah
Tarikh : 21 April 2010
Masa : 2.30 petang


Tekunnya cikgu Rahmatia belajar origami daripada Siti Nur Amira


Jadi ke origami bunga tulip tu...


Antara hasil origami pelajar...cantiknya bunga tulip

Saturday, May 22, 2010

Kenangan SMRA Chuah....

Pertama kali aku tiba di SMRA Chuah ini, aku tercari-cari bangunan sekolah. Aku terkejut kawasan sekolah ini di kawasan masjid. Pada pendapat aku, sekolah di kawasan masjid ini adalah sekolah agama rakyat untuk budak sekolah rendah seperti di kampung aku. Sekolah ini hanya mempunyai tiga buah kelas iaitu untuk tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3. Nampaknya, tidak banyak kelas yang akan aku mengajar untuk praktikal ini. Adakah sama cabarannya mengajar budak di Chuah ini dengan tempat aku, iaitu sekolah di kawasan FELDA dan sekolah di pinggir bandar Kuantan?

Aku melapor diri dengan pengetua iaitu Cikgu Zaki. Baik dan ramah orangnya melayan tetamu baru dikenali.Guru-guru yang lain pun menerima kedatangan aku dengan baik. Aku di beri tanggungjawab mengajar Geografi dan Sejarah di tingkatan 1.


Inilah pengetua SMRA Chuah....Cikgu Zaki


Guru pengiring ke Pertandingan MTAQ peringkat PD....Ustazah Soffiyah, aku dan Cikgu Rahmatia




Ini pula aku dan Cikgu Norsiah...Tengah sibuk memantau pelajar SMRA Chuah sempena pertandingan MTAQ di Sekolah Tinggi Port Dickson


Guru SMRA Chuah iaitu Cikgu Latifah (guru pembimbing aku), Cikgu Zuraidah, Cikgu Khamisah dan Cikgu Rozita

Friday, May 21, 2010

Laksamana Agung



Tajuk : Laksamana Agung
Diceritakan Semula: Rosnah Suhaimi
Tebal : 95 muka surat
Penerbit : S.S Mubarak & Brothers (M) SDN. BHD.
Harga : RM 6.90
Tahun : 1982
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson


Pertama kali aku tengok luaran kulit buku ini sudah uzur. Aku balut di bahagian tepi buku ini dan aku baiki bahagian dalam buku ini. Sebenarnya aku ingin menampal nombor panggilan untuk buku ini. Aku bilik seimbas lalu buku ini. Aku fikir buku ini berkaitan dengan kisah fiksyen. Tetapi aku tertarik untuk baca sebab ia berkaitan dengan zaman” Victoria”. Bila aku baca dan teliti buku ini berkaitan dengan kisah seorang laksamana agung pada sekitar tahun 1800. Tetapi siapakah laksamana Agung tersebut?

Bagi yang berpeluang pergi ke Trafalgar Square,di tengah kota London, pasti anda akan melihat monument yang menjulang tinggi iaitu Nelson Column. Siapa itu Nelson? Kenapa pihak British membina monument tersebut? Apakah jasa beliau kepada Negara British?


Nama sebenar Nelson ialah Horatio Nelson yang dilahirkan di Burnham Thorpe iaitu di Norfolk pada tahun 1758. Pada zaman kecilnya, Nelson biasa hidup dalam kepayahan. Ketika berumur sebelas tahun, Nelson telah mengikuti angkatan tentera laut dibawah Kapten Maurice Suckling iaitu bapa saudara Nelson. Walaubagaimanapun peperangan dengan Sepanyol itu tidak terjadi.

Menurut Prince William Henry, Nelson adalah seorang kapten yeng termuda dan terpendek. Ia mempunyai pakaian lengkap yang penuh berenda. Rambutnya yang panjang diikat kebelakang dan kelihatan aneh. Ketika itu umur Nelson ialah 24 tahun dan telah mempelajari ilmu peperangan. Pada tahun 1793, King Louis XVI bagi negeri Perancis telah dihukum bunuh. Ini menyebabkan perhubungan Britain dengan Pemberontokan Perancis menjadi tegang. Peluang ini amat di tunggu Nelson apabila dia dilantik menjadi Kapten untuk kapal perang Agamemnon. Nelson telah menggempur pertahanan Perancis di Bastia dan di Calvi. Akhirnya Nelson Berjaya menawan Calvi walaupun dia telah cedera parah di bahagian mata kanan. Nelson tidak menerima penghargaan di atas tugas cemerlangnya walaupun Nelson berkeinginan jasa keberaniannya di hargai. Nelson telah memenangi kejayaan cemerlang dalam peperangan di Cape St. Vincent atas keberaniannya menawan Kapal San Josef milik Sepanyol. Atas kejayaan tersebut Nelson telah diberi gelaran Laksamana Muda Sir Horatio Nelson, “Knight of the Bath” dan Nelson amat berbangga dan bermegah serta tidak menolak pujian.

Ketika peperangan di pelabuhan Santa Cruz di Pulau Teneriffe di barat laut pantai Afrika dan cubaan menawan kapal Sepanyol, Nelson telah mengalami cedera parah di tangan kanannya akibat kena tembak. Nelson bernasib baik kerana anak tirinya Josiah Nisbet bersama isteri yang bernama Fanny, telah menjumpai Nelson terbaring dalam keadaan pengsan. Akibat kecederaan tersebut, lengan kanan Nelson terpaksa dipotong. Kejadian ini berlaku pada tahun 1797. Pada tahun 1798, sekali lagi Nelson diberi kepercayaan untuk mengemudi tiga kapal perang iaitu Vanguard, Orion dan Alexander untuk menyerang kapal tentera milik Napolean. Pada Ogos, 1798, 10 buah kapal perang di bawah pimpinan Nelson telah menyerang 13 buah kapal Perancis di bawah pimpinan Laksamana De Brueys. Kapal terbesar Perancis ialah Orient telah digempur oleh Nelson dan Laksamana De Brueys telah terputus kedua-dua belah kaki akibat kena tembakan dan terbunuh terkena sebiji peluru berpandu. Dalam peperangan itu, kapal Orient telah meletup dan letupannya boleh didengari sehingga ke Alexandria di Mesir dan cahayanya cerah memerangi seluruh kawasan Aboukir Bay. Sekali lagi, Nelson mendapat kecederaan di bahagian dahi dan sekeping kulit tergantung menutupi matanya. Nelson tetap mengutamakan anak buahnya apabila mengikut giliran penerimaan rawatan walaupun doctor itu mengharapkan dapat merawat Nelson serta merta. Peperangan itu lebih dikenali sebagai Battle of Nile.

Sir William Hamilton merupakan pesuruhjaya tinggi British di Naples dan telah berkahwin dengan perempuan muda dan cantik iaitu Emma. Nelson dan Emma telah jatuh cinta dan hubungan mereka telah diketahui oleh Sir William. Walaubagaimanapun, Sir William tidak berbuat apa-apa kerana sangat menyayangi Nelson. Pada 6 Oktober 1798, Nelson telah dianugerahkan gelaran Lord Nelson of the Nile dan Burnham Thorpe. Dua tahun kemudian, Nelson juga telah dianugerahkan gelaran Nelson Sicilian Dukedon of Bronte apabila menyelamatkan keluarga diraja Naples keluar daripada Naples dan menetap di Palermo Sicily. Pada 13 Januari 1801, Nelson telah berpisah dengan isterinya Fanny. Pada 1 Februari 1801, Puan Hamilton telah melahirkan anak perempuan yang bernama Horatio iaitu anak hasil hubungan terlarangnya bersama Nelson. Nelson telah menganggap Emma sebagai isterinya. Pada tahun 1801, Britain telah berperang dengan kesemua Negara Eropah kecuali Portugal.

Pada 19 Mac 1801, angkatan tentera British telah sampai di pantai utara Denmark iaitu Skaw. Pada 1 April 1801, berlaku pertempuran yang dikenali sebagi Battle of Copenhagen dan sekali lagi kejayaan milik Nelson yang mengemudi kapal Elephant walaupun Nelson telah melanggar larangan Sir Hyde Parker. Nelson telah dikurniakan gelaran Viscount oleh negaranya. Nelson telah berperang sebanyak 105 kali tetapi peperangan Copenhagen adalah yang paling besar.

Rakyat Britain memandang Nelson sebagai laksamana paling agung dan mereka meminta Nelson untuk menjaga Selat Dover daripada ancaman angkatan Napolean. Tabiat Nelson ialah dia tidak suka bertahan. Lalu Nelson merancang satu serangan ke atas kapal-kapal penyerang di Pelabuhan Perancis bernama Boulogne. Namun, angkatan Perancis adalah lebih kuat dan mereka telah menerima kekalahan.

Pada April, 1803 Sir Willian Hamilton meninggal dunia ketika hubungan British dengan Perancis semakin tegang selepas mengikat perjanjian perdamaian sementara pada 1801. Pada 30 Julai 1803, Nelson memantau pergerakan kapal Perancis di pelabuhan Toulan dengan menggelapai Kapal Victory . Pada tahun 1805 telah berada di Mediterranean selama dua tahun. Pada 1805, Nelson naik ke darat di Gibralter sejak ia memerintah angkatan tentera laut pada 1803. Nelson belayar ke Portsmouth untuk bercuti.

Pada 19 Ogos 1805, Nelson telah disambut dengan besar-besaran. Nelson hanya singgah setengah jam sahaja di London dan menuju ke pangkuan Emma buat kali terakhir di Merton. Nelson hanya tinggal di darat selama 25 hari. Nelson seolah dapat merasakan akan menghadapi peperangan terakhir. Oleh itu, Nelson telah menyuruh pembuat keranda di London untuk menjaga keranda Nelson yang diperbuat daripada kayu dan besi kapal Orient yang meletup di Bay of Aboukir, Switfsure.

Pada 2 september 1805, Nelson telah diarahkan untuk bersiap siaga untuk berperang. Selain Nelson, Kapten Berry akan mengetui kapal Agamemnon, Kapten Blackwood mengetui Euryalus bersama Nelson dan Hardy mengetui kapal Victory. Sir Home Popham telah mencipta satu sistem isyarat di mana bendera mempunyai berlainan perkataan. Antara jasa Nelson dalam hal perkapalaN ialah dia telah mengarahkan buku berkenaan haruslah disebarkan kepada seluruh kapal-kapalnya. Isyarat ini telah dituliskan dalam Telegraphic Signals atau Marine Vocabulary. Ketika Nelson keluar daripada rumah tumpangan pada 13 September 1805, Geogre Inn, ramai orang ramai menanti kedatangan Nelson kerana mereka tahu Nelson tidak akan pulang hidup ke Portsmouth.

Pada hari Sabtu, 28 September 1805, Victory bersama Ajax dan Thunderer sampai di Teluk Cadiz. Pada 29 September 1805, Nelson telah menyambut hari jadinya yang ke 47 tahun. Nelson telah memperkenalkan satu teknik peperangan yang dikenali sebagai “the Nelson Touch” iaitu membiarkan kumpulan kapal pertama untuk di tembak oleh musuh dan tidak dapat membalas balik untuk memecahkan barisan tentera Perancis dan Sepanyol. Pada 21Oktober 1805, angkatan British belayar perlahan menuju ke Selat Gibralter, Sepanyol untuk memotong kapal-kapal Villeneuve daripada berlayar ke Mediterranean. Pada pukul 11.40 kapal Collingwood telah dihujani peluru. Kapal yang dinaiki oleh Nelson iaitu Victory bersama sahabatnya, Hardy telah duhujani oleh peluru musuh selama 20 minit. Kemudian kapal Victory telah berlanggar dengan kapal Perancis Redoubtable. Akibat perlanggaran itu, kapal Victory telah tersangkut pada kappal Redoutable dan solah-olah tidak dapat dipisahkan. Pada pukul 1.35, Hardy telah menyedari Nelson sedang berlutut dalam keadaan mengerikan dan Nelson rebah ke kiri. Nelson telah ditembak menembusi bahagian tulang belakang. Nelson telah dibawa ke bahagian bawah kapal untuk diberi rawatan. Nelson telah menutup mukanya dengan sapu tangan supaya berita mengenainya tidak tersebar luas. Walaubagaimanapun Dr. Beatty mendapati mereka tidak dapat menyelamatkan Nelson. Dalam keadaan nazak itu, Nelson telah mendengar sorakan yang menanda sebuah kapal musuh dapat ditawan.

Dalam kesakitan itu, Nelson ingin berjumpa Hardy untuk bertanya mengenai peperangan. Menurut Hardy, mereka dapat menawan dalam lingkungan 14 dan 15 buah. Selain itu, Nelson berwasiat supaya tolong berikan rambutnya kepada Puan Hamilton dan segala barang kepunyaannya. Sebelum menghembus nafas terakhir iaitu 4.30 petang, Nelson telah menyatakan dia telah puas. Syukur kepada Tuhan yang dia telah menjalankan tugasnya. Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Trafalgar yang berkhir pada pukul 5 petang. British dapat menawan 17 buah kapal Perancis dan Sepanyol manakala 18 buah telah meletup. Manakala 27 buah kapal British tidak tenggelam. Walaupun British telah memengangi peperangan tersebut, namum berita sedih kematian laksamana agung, Nelson telah tersebar dan kehilangannya sungguh mengharukan. Collingwood menngmabil tugas Nelson. Berita kemenangan peperangan tidaklah sebesar kesedihan atas pemergian Nelson.

Pada 4 Disember 1805, kapal Victory membawa mayat Nelson mengibarkan bendera separuh tiang telah berlabuh do St. Helens Solent. Kemudian ia belayar mengelilingi Sungai Thames dan mayat Laksamana Nelson diletakkan dalam keranda yang dihadiah oleh Kapten Ben Hallowell. Keranda tu telah dipamerkan selama empat hari di Royal Naval College, Greenwich. Pada 9 januari 1806, keranda itu diusung ke St. Paul’s Cathedral dan perarakan itu memakan masa panjang. Suasana di kota London sepi dan yang hanya kedengaran ialah bunyi orang mengangkat topi ketika kenderaan yang membawa mayat dapat dilihat orang mereka. Upacara pengkebumian memakan masa 4 jam dan bendera yang terkoyak akibat tembakan telah menutup keranda tersebut. Nelson meninggal dalam usianya yang masih muda.


Maklumat lanjut mengenai Nelson:

http://en.wikipedia.org/wiki/Nelson%27s_Column
http://www.solarnavigator.net/history/nelsons_column_trafalgar_square_london_england.htm

Tariq bin Ziyad


Tajuk : Novel sejarah Islam Tariq (Menang ataupun Syahid)
Penulis : Abdul Latip Talib
Tebal : -
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : -
Tahun : Cetakan Ke 2, 2008
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson

Tariq bin Ziyad berketurunan Barbar dan merupakan bekas budak suruhan kepada Musa bin Musair. Tariq bin Ziyad merupakan panglima Islam yang patuh kepada suruhan agama, kuat beribadah dan tinggi ilmu dalam bidang agama dan ketenteraan. Selain itu, beliau seorang bijaksana, jujur dan amanah serta mempunyai bakat kepimpinan. Tariq bin Ziyad juga seorang yang tegas dan berani. Disebabkan faktor inilah, Tariq bin Ziyad telah dipilih untuk mengetuai pasukan peninjau ke Andalusia (Cordova, Toledo dan Madrid) iaitu di selatan Andalusia dengan angkatan tentera seramai 12 000 orang. Kebijaksanaan Tariq bin Ziyad terbukti apabila hanya memilih angkatan tentera yang terbaik sahaja iaitu memilih tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardu, dan solat witir. Selain itu, Tariq bin Ziyad juga bijak dalam menaikkan semangat tentera di medan perjuangan apabila membakar kapal yang membawa mereka ke Andalusia sehingga berita itu disampaikan kepada Raja Rodegira (Raja Sepanyol yang berketurunan Gotik) telah membuat kesimpulan bahawa Tariq bin Ziyad seorang yang gila. Tetapi apakah sebenarnya tujuan Tariq bin Ziyad membakar kapal tersebut?

Inilah merupakan kata-kata Tariq bin Ziyad untuk menaikan semangat tenteranya berperang untuk menyebarkan Islam.

"Saudara-saudara, di belakang kita laut, di hadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan."

"Demi Allah sekiranya kita berundur, lautan akan menggelamkan kita. Sekiranya kita mara musuh sedang menanti. Kita tidak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas, nama baik kita tercemar. Tuhan juga mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka berani kepada kita. Sebaliknya Tuhan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut kepada musuh. Pertahankanlah jiwa kalian."

Pada awal bulan Ramadhan (19 Julai 711 Masihi) berlaku pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Gotik dibawah pimpinan raja Rodegira dan Goted di Sungai Barbat. Tentera Gotik yang jumlah berganda dari tentera Islam telah dirantai kaki dan tidak diberi makan dan minum. Kemenangan pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam kerana kebijaksanaan Tariq bin Ziyad apabila melihat ada peluang untuk menghapuskan tentera Gotik tanpa perperangan iaitu dengan membakar tentera Gotik di kawasan berumput kering. Akibat ramai tentera Gotik yang digari kaki, maka ramai yang tidak dapat melepaskan diri dan mati dalam kebakaran tersebut. Dalam peperangan ini, Raja Godigera telah mati lemas akibat cuba melarikan dalam medan pertempuran. Perjuangan tentera Gotik telah diteruskan oleh Goted.

Dalam perjuangan untuk menghapuskan saki baki tentera Gotik, Tariq bin Ziyad telah pergi ke sebuah perkampungan Maktum untuk mengawasi kampung tersebut daripada tentera Gotik. Akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh tentera Islam, maka ramai penduduk kampung yang tertarik dengan Islam lalu memeluk islam. Mereka di latih memegang senjata untuk berlawan dengan tentera Gotik. Tariq bin Ziyad juga telah mengambill anak angkat yang dinamanya Khalid kerana budak ini tidak takut kepada panglima Islam, Tariq bin Ziyad berbanding rakan sebayanya yang lain.

Tariq bin Ziyad yang dibantu oleh Panglima Amir, Malik dan Suffian dalam peperangan ini. Dalam usaha untuk menangkap angkatan tentera Goted, Tariq bin Ziyad telah membahagikan tentra Islam kepda empat bahagian iaitu 2 500 ke Cordova di bawah pimpinan tentera Amir, 2 500 tentera di bawah pimpinan Panglima Malik ke kota Malaga, tentera di bawah pimpinan Panglima Sufian ke kota Granada manakal Tariq bin Ziyad ke kota Toledo.

Apakah kesudahan perjuangan Tariq bin Ziyad? Adakah tentera Islam mampu menawan Andalusia? Siapakah yang membocorkan rahsia pertahanan Raja Godigera dan tentera Gotik kepada Tariq bin Ziyad? Adakah cita-cita Tariq bin Ziyad untuk menyebarkan sinar Islam di benua eropah tercapai? Untuk mengetahui kesudahan kisah perjuangan Tariq bin Ziyad, boleh dapatkan buku ini di pasaran...

Salahudin Ayubi


Tajuk : Novel Sejarah Islam Salahudin Ayubi (Penakluk Jerusalem)
Penulis : Abdul Latip Talib
Tebal : -
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga : -
Tahun : Cetakan Ke 9, 2010
Pemilikan : Perpustakaan SMRA Chuah, Port Dickson

Nama sebenarnya ialah Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543 H atau 1138 M. Najmuddin Ayyub iaitu ayah Salahudin berbangsa Kurdish dan berasal daripada Azarbaijan. Ayahnya merupakan gabenor di Tikrit dan bapa saudaranya, Asadudin Syirkuwah merupakan panglima tentera.

Sejak kecil Salahudin didik dengan ilmu keagamaan dari ayahnya dan ilmu kenteraan oleh bapa saudaranya.

Menurut Lane-pole seorang ahli Sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. “ Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjadi kelesuan pemikiran golongan bangsawan.”

Kejayaan utama Salahudin ialah menawan kota Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari jumaat 27 Rejab 583 Hijrah selepas berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai 1187.

Pada 16 Safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.

Salahudin Ayubi merupakan seorang yang begitu teliti dalam ilmu ketenteraan. Beliau menggunakan teknik peperangan seperti zaman Rasulullah. Beliau bercita-cita tinggi untuk membebaskan kota Baitul Maqdis dari jajahan Rom walaupun tidak mendapat kejersama dari kerajaan Islam lain. Salahudin Ayubi juga merupakan seorang yang tekun beribadah dan patuh kepada ajaran agama.Contohnya, apabila Salahudin ingin menawan Baitul Maqdis, beliau hanya memilih pejuang Islam yang menghidupkan malam dengan melaksanakan Qiamulail...

Ini hanya sebahagian coretan perjuangan Salahudin Ayubi. Untuk mengetahui liku-liku perjalanan Salahudin Ayubi bersama tentera Islam dalam perjuangan membebaskan Baitul Maqdis, boleh dapatkan buku ini di pasaran....

Cinta Sufi


Tajuk : Cinta Sufi
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Tebal : 509
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd
Harga : RM 19.90
Tahun : Cetakan Ke 1, 2010

Cinta Sufi adalah cinta abadi kepada khalidnya. Cinta Sufi merupakan sambungan kepada Trilogi Bagaikan Puteri. Selain itu, Cinta Sufi merupakan kesinambungan novel Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Novel ini berbeza daripada tilogi Bagaikan Puteri apabila lebih menjuruskan kepada pengembaaraan Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan bersama Catalina menuju ke Hulu Melaka dalam mencari Maryam. Selepas kembali daripada pengembaraan ke masa hadapan di sebuah gua iaitu mirip kepada pengulangan Ashabul Kahfi, Laksamana Sunan sudah kehilangan kudratnya. Pada masa inilah, kerajaan Melaka telah mengalami kemerosotan dan diserang oleh Portugal. Kelemahan kepimpinan dan angkara si petualang bangsa iaitu Sibuga.Pengembaraanya ke dunia Polip telah mengembalikan kudratnya. Luna wanita berbangsa Polip telah jatuh cinta kepada Laksamana Sunan tetapi mendapat tentangan keluarga daripada pihak Luna.

Apakah kesudahan cinta tiga segi ini? Siapakah yang mendapat menambat cinta Laksamana Sunan selepas kematian isterinya, Sang Ratu? Siapakah Maryam yang di cari Catalina di Hulu Melaka? Adakah Laksamana Sunan berjaya menghapuskan taghut dan melawan penjajah Portugal di Hulu Melaka? Untuk mengetahui kesudahan cerita pengembaraan epik ini boleh dapatkan novel ini dipasaran….

Laksamana Sunan seorang manusia luar biasa. Keimanannya kepada Allah begitu tinggi. Adakah wujud manusia seperti Laksamana Sunan pada zaman ini??? Mungkin pada zaman ini, sukar mencari manusia seperti Laksamana Sunan tetapi sekurangnya kita hendaklah melaksanan perintah Allah. semoga dengan menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia & akhirat...Ameen

Dalam Mihrab Cinta



Tajuk : Dalam Mihrab Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Muka Surat : 421
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd.
Harga : RM 25.90
Tahun : Cetakan Ke 3, 2008
Pemilikan : Perpustakaan Desa Kg.Chuah


Novelis terkenal dengan karya islamik terkenal “Ayat-ayat Cinta” dan “Ketika Cinta Bertasbih” ini kembali dengan novel yang unik dengan menggabungkan tiga cerita berbeza dalam satu novel.

“Takbir Cinta Zahrana” merupakan pembuka cerita novel ini. Zahrana merupakan seorang wanita yang berjaya dalam pendidikan hingga peringkat Master Teknik dari institusi yang terkenal dan melayakkannya memegang jawatan pensyarah di sebuah universiti swasta terkenal di Jawa Tengah Semarang. Walaubagaimanapun, disebalik kejayaan itu, hidup Zahrana masih lagi sepi tanpa seorang teman hidup iaitu suami. Keadaan ini menggusarkan ibu dan bapanya kerana usia Zahrana semakin hari semakin meningkat. Pak Karman merupakan Dekan Falkulti Zahrana telah menghantar rombongan meminang Zahrana. Walaubagaimanapun, Zahrana telah menolak peminangan itu dan ini menyebabkan Pak Karman marah dan ingin memcecat Zahrana dari jawatan pensyarah yang di pegangangnya. Apa kesudahan ceita ini. Adakah lelaki yang dapat menambat hati Zahrana? Adakah hajat ibu bapanya untuk melihat Zahrana berumah tangga tercapai? Dapatkan novel ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

“Dalam Mihrab Cinta” merupakan petikan cerita daripada novel “Dalam Mihrab Cinta” yang bakal ada di pasaran tetapi tidak tahu bila ada di pasaran. Jalan cerita yang menarik. Rasanya tak sabar nak baca novel yang lengkap….Bila agaknya ada kat pasaran….

Manakala, cerita “Mahkota Cinta” merupakan cerita ketabahan seorang anak muda yang berjuang untuk mengubah nasib hidupnya hingga sanggup bermusafir di bumi Malaysia. Zul merupakan pemuda Jawa dari Indonesia yang bercita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat S2 di Malaysia. Dalam perjalanan dari Indonesia ke Malaysia dengan menaiki feri dari Batam ke pelabuhan Johor Bahru, Zul telah berkenalan dengan seorang wanita iaitu Siti Martini yang telah membantu Zul sepanjang perjalanan dari Johor Bahru hingga Kuala Lumpur. Setelah Zul dapat menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Zul terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung hidupnya di Kuala Lumpur. Zul begitu tabah menghadapi kesempitan hidup dan begitu berdisplin dalam hidupnya. Namun, hidup tidak pernah sunyi dari dugaan, pertemuan semula dengan Mari (Siti Martini) telah membibitkan rasa cinta kepada pasangan ini. Akhirnya, Zul membuat keputusan berkahwin dengan Mari setelah di nasihatkan kawannya selepas melihat hidup Zul tidak terurus menahan panahan asmara. Walaubagaimanapun kedatangan Zul kerumah Mari telah menyebabkan hidupnya hancur setelah membaca keratan akhbar iaitu penangkapan Mari dan kawannya atas tuduhan melacurkan diri. Apakah kesudahan cinta Zul dengan Mari? Apakah Zul dapat bangkit dan meneruskan perjuangan menamatkan Master dalam Pendidikan di UM? Ikutilah cerita ketabahan Zul ini dan semoga menjadi inspirasi untuk kita terus bangkit untuk terus berusaha menambah ilmu pengetahuan.